Tuesday, July 21, 2009

Mukjizat Allah

Pembaca Budiman,

Hari ini aku ingin membicarakan tentang peristiwa Isra' dan Mikraj. Tentu korang tahu apa kisahnyer disebalik peristiwa ini. Anugerah ini telah diberikan kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w adalah untuk mengubati dukalara Rasullah di atas kehilangan 2 orang yang sangat baginda sayangi iaitu Abdul Mutalib (bapa saudara) dan Siti Khadijah (isteri).

Mudah cerita Isra' adalah perjalanan nabi semasa di bumi iaitu dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin). Sementara Mikraj pula perjalanan nabi dari bumi ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah s.w.t. Dan telah kembali semula ke Mekah dalam 1 malam sahaja. Dari sinilah munculnya idea untuk manusia mengkaji teori pergerakan dan kelajuan.

Secara mudahnya peristiwa ini adalah menggambarkan keseluruhan ciptaan Allah dan janji Allah kepada umat manusia. Nabi Muhammad telah diperlihatkan dengan pelbagai pemandangan yang menggembirakan dan sebaliknya. Allah telah membawa nabi Muhammad melihat neraka dan syurga.

Semasa dalam perjalanan mengadap Allah s.w.t nabi Muhammad telah berjumpa dengan nabi Musa a.s. Dan sejurus selepas itu baginda menemui Allah s.w.t dan telah menerima perintah supaya umat manusia mendirikan solat. Mulanya 50 waktu sehari semalam, tetapi atas nasihat nabi Isa a.s nabi Muhammad telah memohon supaya Allah s.w.t mengurangkan jumlahnya. Setelah beberapa kali menemui Allah, akhirnya nabi Muhammad telah menerima 5 waktu solat fardhu sehari semalam. Nabi Muhammad merayu kepada Allah adalah semata-mata kerana baginda sayang kepada kita semua. Cuba korang bayangkan kalau 50 waktu, larat ker ?.. yang 5 waktu ni pun ramai yang tak terbuat.. Na-u-zubillahi min zalik..

Jika kita nak membicarakan soal ini, tentunya masih panjang. Namun apa yang aku nak tegaskan di sini adalah, jika kita leka mengingati Allah, masih belum terlambat untuk kita mendampinginya. Kalau kita lupa kasih dan sayang Rasulullah, marilah kita mula berselawat kepada baginda. Sesungguhnya selawat itu tanda rindu dan kasih kita kepada baginda.

Aku harap idea yang kecil ini, boleh membawa kesedaran buat kita semua. Peringatan ini adalah untuk diri aku sendiri dan juga semua yang sudi membaca. semoga kita semua tergolong dalam umat yang beriman dan bertaqwa... Nanti KLIK lagi blog aku ni, aku bukan nak membebel tapi sekadar berpesan-pesan, kerana manusia itu selalu alpa dan rugi...

No comments: