Showing posts with label Light Up Your Life. Show all posts
Showing posts with label Light Up Your Life. Show all posts

Saturday, January 2, 2010

DIY Custom Album Technical

Pembaca Budiman...

1 . Go to www.canonfoto.com.my than download software canonfoto.
2 . Than korang baca cara menggunakan software tersebut.
3 . Korang boleh buat kerja secara online atau offline.
4 . Than korang boleh pilih templet dan sebagainya.
5 . Seret than susun gambar dalam templet dan layout yang telah dipilih.
6 . Pilih cover dan jenis kertas.
7 . Save dalam CD hantar ke kedai Canon dealer.
8 . Atau buat pesanan secara online.
9 . Hasil akan dihantar ke alamat yang di minta.
10. Senang sangat beb...

Cadangan : kertas pilih texture dan cover pilih DeBose


p/s mungkin pada peringkat awal agak susah, bila dah faham, mudah jer...

Friday, December 11, 2009

Kamera....

Pembaca Budiman...

Kamera sudah menjadi satu keperluan pada hari ini... Kalau dulu bukan semua orang ada kamera, tapi sekarang boleh dikatakan setiap rumah ada kamera... paling kurang, handset yang ada kamera hik hik hik... kira kamera la gak kan... Zaman aku muda-muda dulu, kamera masih guna filem... so kalau nak snap gambar tu, make sure tak membazir... tak macam sekarang, filem dah tak pakai, just snap-snap-snap... kalau tak suka, delete jer... mudah kan... Jadi aku percaya korang semua dah ada pengalaman menggunakan kamera...

Ramai orang bila cari kamera nak yang murah... aku pun sama gak, hek...hek...hek... tapi ada caranya... untuk memastikan gambar yang kita ambil tu boleh diedit dgn baik, sebaik-baiknya hendaklah 8mp ke atas... kalau mp kecil bila kita crop, pic tu jd kabur...

Dari segi jenama, terpulang kepada selera masing-masing... tapi bagi aku brand pilihan adalah Canon atau Nikon... sbb kedua-duanya menghasilkan gambar yang baik... paling kurang pun cari jenama yang biasa di dengar... kalau korang nak nilai, tangkap gambar yang ada banyak warna, terutama biru, hijau, purple... sesetengah kamera merubah warna tertentu dari warna asal... pastu baru decide... jangan tertarik pada warna dan rekabentuk... cari kualiti dahulu... sebaiknya cari yang lensa berbentuk dan bersaiz yang agak besar... walaupun nampak cam zaman dulu, tapi pencahayaanya bagus... Kalau korang semua dah ada Digital Compact Camera, than teroka ler function atau mode fotografi yang ada... setiap mode ada fungsinya... Erm... aku stop dulu, next entry aku citer plak pasal mode fotografi dan teknikal lain yang aku tahu... bukan niat nak menunjuk pandai, just nak berkongsi pengalaman... moga dapat membantu kalian semua... dan dapat pahala beb....

Friday, July 17, 2009

Renang - Part Two

Pembaca Budiman,

Kali ni aku nak sambung teknik renang yang telah aku jelaskan dalam post aku yang lepas. Aku sure korang dah sediakan alatan yang sepatutnya. Erm... actually aku terlupa lagi satu benda yang korang kena sediakan sebelum masuk dalam kolam renang tu. Cuba teka apa kebendanyer.... ? Pelampung da............... bukannyer apa, aku takut korang semua tenggelam macam "Luncai terjun dengan labu-labunya". Kali ni kita nak mulakan kelas renang. Korang tengok jer teknik dibawah ni dan ikut, sure korang dapat berenang di akhir kisahnya nanti.

Langkah 1

Ha... korang tengok apa yang bebudak tu sedang lakukan. Korang buat jer camtu. Ini adalah latihan untuk menguatkan kaki dan membiasakan kaki korang untuk menujah air bila dah mula berenang nanti. Langkah ni sangat penting walaupun nampak mudah.



Langkah 2

Erm.. fasa ni korang akan berenang menggunakan bantuan pelampung dan kekuatan kaki. Masa ni korang kena dicover keyakinan korang dan pada satu masa belajar mengapungkan diri. Lepas tu korang cuba tambah lagi satu kemahiran iaitu kayuh dengan tangan. Kombinasi antara pergerakan tangan dan kaki akan menambah kelajuan renang korang. Kalau korang tak mahir langkah satu maka, di sinilah korang akan mula rasa masalahnya.

Langkah 3

Bila dah ada keyakinan, korang pegang sikit jer pelampung tu. Lebihnya semua badan korang dalam air dan kayuhlah dengan kaki sekuatnya. Selang selikan dengan kemahirang langkah 2. Pada masa ini juga korang kenan belajar teknik pernafasan. Sambil korang berenang korang benamkan muka ke dalam air, hembus nafas melalui hidung, kemudian angkat muka dari permukaan air dan tarik nafas memalui mulut. Ulang kemahiran ini hingga korang rasa selesa dan mahir. Langkah ini tersangat penting, supaya korang dapat berenang dengan tenang. Dan pastinya tak karam macam TITANIC... he he he.. Tapi kalau Jack ada kat tepi kolam tu takper lah kan.... Jack sedia terjun "you jump, I jump"

Langkah 4

Sekarang kiranya korang dah boleh mula berenang. Walaupun tak sehebat si Phelp tu, tapi korang dah tak mudah karam. Pada stage ni, korang kena berenang macam dalam gambar tu. Pada masa yang sama korang praktikkan teknik pernafasan yang telah aku bagitau dalam langkah 3. Koordinat semua kemahiran dan pergerakan di atas, berlatih dan terus berlatih. Pada tahap ni, jangan korang cuba nak berenang ke zon dalam plak. Kut nanti korang panik, Jack plak tak nampak, jadi Coral ler korang kat dasar kolam tu. Sebaiknyer praktis lagi. Kemahiran ni bukan boleh dapat dalam masa sehari dua. Ingat pesan aku "paddle for life" n "practice make perfect".

Aku harap pengetahuan dan kemahiran aku yang tak seberapa ni boleh membantu korang meneroka satu lagi cabang keseronokan hidup. So selamat mencuba dan berjaya ... Lega rasanya dah selesai satu hutang... Ada banyak lagi kemahiran yang aku janji nak kongsi ngn korang semua... Erm... sabar ek.. Ada masa aku menulis kagi.. So korang kena lah selalu KLIK di sini... he he he he he.... Aku harap korang boleh berenang sehebat ni.....

Saturday, July 4, 2009

Renang - Part One

Pembaca Budiman....

Cuba korang tengok gambar kat atas tu, apa agaknya yang ingin aku kongsikan dengan korang semua ? Ya... Betul, betul, betul ... RENANG. Aku tahu ramai daripada kita semua yang tak tahu berenang, tak kiralah teknik kampung ke, atau teknik yang betul. Bagi aku sesaper yang boleh mengapungkan diri dia atas permukaan air tanpa bantuan alat apungan, maka orang tu dikira dah boleh berenang. Bukan niat aku nak tunjuk teror, tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman.. manalah tahu kut-kut nanti dengan baca ruangan ni korang semua, bersemangat untuk cuba berenang. Bagi yang dah pandai tu plak, janganlah pandang serong terhadap pengetahuan dan kemahiran aku yang ciput ni...

Ok... guys, kalau kita nak berenang mestilah kena ada kelengkapan renang dulu. Jadi dapatkanlah beberapa kelengkapan asas yang sesuai dengan budget korang semua.

Swimming Cap... perlu ker swimming cap secantik ni. Tujuannya adalah untuk melindungi rambut dari klorin dan mengotorkan air jika rambut korang gugur. Nanti nampak macam rumpai air lak..hik hik hik.




Goggle... lindungi mata korang dari klorin. Lagipun nampak pro cket kan
hik hik hik...






Swimming Suits... Beli ler ikut jantina dan saiznyer. Kalau tak nanti seksa
mata memandang. Sebaiknya beli ler yang menutup aurat... Kalau tak nanti
tentunya menjadi perhatian terutamanya part tutttttt... Sementelah kalau
badan korang tu ... solid molid ...


Sementara korang beli dulu kelengkapan di atas, aku rehat dulu. Nanti aku sambung lagi, sementara tu korang berangan dan praktis dulu atas katil dengan cam-cam teknik yang dah biasa korang buat tu.... hik hik hik... jumpa lagi...