Wednesday, July 29, 2009

Cerita...


Pembaca Budiman...


Entry ini hanya cerita semasa aku melalui kursus penarafan jurulatih kebangsaan hari tu. Kiranya syarat perlu lulus tu berat la jgak. Test tu mencangkupi fitness test, paper work and presentation, interview and knowledge test.

Erm... yang kelakarnya kita orang kena siapkan satu kertas kerja dalam masa hanya dua jam, lengkap dengan jadual aktiviti, kewangan dan jawatankuasa. Susahnyer adalah tang jadual tu, susah gak nak rangka, budget plak jadi dua hal dan jawatankuasa tu, tambah lagi satu hal... yang lain boleh goreng jer...

Tapi orang kata, berkat kesungguhan dan kesabaran, alhamdulillah.... aku dapat melengkapkan semua kriteria yang diperlukan. Bahkan tak sangka aku boleh catat masa yang agak baik.. Ok lah, setakat nak LULUS tu...

Tapi sayangnyer, ada 3 orang dari kalangan kami yang gagal... ini semua adalah gara-gara tidak dapat memenuhi kriteria renang 200 meter dalam masa 15 minit. Namun aku berharap Jawatankuasa Penilai akan menilai balik perkara ini dan membantu rakan aku bertiga ni..

Tuesday, July 28, 2009

HEROES...

Pembaca Budiman...

Tentu korang tertanya-tanya, pasal aku pilih tajuk HEROES untuk entry kali ni. Erm... aku ada sebabnya, this post aku dedicate khas untuk Kelantan Paintball Team dari SMK Dato' Perdana, dalam Anugrah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2009, atas kesungguhan dan keazaman diaorang semua semasa berjuang dalam paintball field. Kalau korang tak pernah main game ni, korang takkan tahu betapa enjoy main benda ni. Walaupun kita berperang dalam masa 5 minit, tapi adrenalin kita berada pada tahap maksimum.... mendidih gitu...

Disebabkan ini adalah dedication untuk gang bang tu, here is their name, Team Captain : Megat Aizad, Kacong, Hafiz, Zamri, Naim, Izzat, Aqmal ... and HERO among the heroes is Megat... (the captain) coz dia telah menghidupkan peluang team untuk layak ke peringkat akhir. Walaupun kita orang tidak menjadi juara but it's ok at no 4 @ national level.

Aku sallute dengan bebudak ni, coz it was a tough game, but they can make it to the final stage. I'm proud of you guys. All the best untuk semua team member, semoga hubungan antara kita tidak terhenti di sini, jadikan pertemuan ini sebagai langkah untuk persahabatan yang lebih panjang... So untuk semua jangan lupa KLIK lagi blog aku ni... Thx untuk Kak Tie coz beri peluang kepada aku menyertai program ni... Mables...

Belakang : Dari kiri : Hafiz, Zamri, Kacong, Naim, Izat.
Depan : Aqmal dan Megat.

Tuesday, July 21, 2009

Mukjizat Allah

Pembaca Budiman,

Hari ini aku ingin membicarakan tentang peristiwa Isra' dan Mikraj. Tentu korang tahu apa kisahnyer disebalik peristiwa ini. Anugerah ini telah diberikan kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w adalah untuk mengubati dukalara Rasullah di atas kehilangan 2 orang yang sangat baginda sayangi iaitu Abdul Mutalib (bapa saudara) dan Siti Khadijah (isteri).

Mudah cerita Isra' adalah perjalanan nabi semasa di bumi iaitu dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin). Sementara Mikraj pula perjalanan nabi dari bumi ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah s.w.t. Dan telah kembali semula ke Mekah dalam 1 malam sahaja. Dari sinilah munculnya idea untuk manusia mengkaji teori pergerakan dan kelajuan.

Secara mudahnya peristiwa ini adalah menggambarkan keseluruhan ciptaan Allah dan janji Allah kepada umat manusia. Nabi Muhammad telah diperlihatkan dengan pelbagai pemandangan yang menggembirakan dan sebaliknya. Allah telah membawa nabi Muhammad melihat neraka dan syurga.

Semasa dalam perjalanan mengadap Allah s.w.t nabi Muhammad telah berjumpa dengan nabi Musa a.s. Dan sejurus selepas itu baginda menemui Allah s.w.t dan telah menerima perintah supaya umat manusia mendirikan solat. Mulanya 50 waktu sehari semalam, tetapi atas nasihat nabi Isa a.s nabi Muhammad telah memohon supaya Allah s.w.t mengurangkan jumlahnya. Setelah beberapa kali menemui Allah, akhirnya nabi Muhammad telah menerima 5 waktu solat fardhu sehari semalam. Nabi Muhammad merayu kepada Allah adalah semata-mata kerana baginda sayang kepada kita semua. Cuba korang bayangkan kalau 50 waktu, larat ker ?.. yang 5 waktu ni pun ramai yang tak terbuat.. Na-u-zubillahi min zalik..

Jika kita nak membicarakan soal ini, tentunya masih panjang. Namun apa yang aku nak tegaskan di sini adalah, jika kita leka mengingati Allah, masih belum terlambat untuk kita mendampinginya. Kalau kita lupa kasih dan sayang Rasulullah, marilah kita mula berselawat kepada baginda. Sesungguhnya selawat itu tanda rindu dan kasih kita kepada baginda.

Aku harap idea yang kecil ini, boleh membawa kesedaran buat kita semua. Peringatan ini adalah untuk diri aku sendiri dan juga semua yang sudi membaca. semoga kita semua tergolong dalam umat yang beriman dan bertaqwa... Nanti KLIK lagi blog aku ni, aku bukan nak membebel tapi sekadar berpesan-pesan, kerana manusia itu selalu alpa dan rugi...

Sunday, July 19, 2009

Give Life .....

Pembaca Budiman,

Hari ini terpanggil aku untuk menyeru korang supaya merenung kehidupan kita seharian, muhasabah diri. Cuba kita kenang kembali kehidupan mereka yang tidak bernasib baik. Tak usah kita tengok jauh sampai ke Gaza, Darfour atau tempat-tempat lain di dunia. Cukup dengan kita prihatin kepada masyarakat setempat disekeliling kita. Kadang-kadang kita menjadi terlalu selfish untuk mengambil tahu kehidupan orang sebelah. Bukan maksud aku nak menyibuk tapi cukup sekadar bertegur sapa, atau bertanya khabar. Mainlah peranan korang dalam membantu masyarakat terutamanya kepada mereka yang memerlukan.

Bukan aku nak tunjuk baik, tapi aku adalah salah seorang penyumbang sepanjang hayat bagi tabung MAKNA @ Majlis Kanser Nasional. Bukan banyak pun sumbangan aku, cuma RM 1 sehari. Namun aku berharap sumbangan ikhlas aku ini akan membawa satu perubahan yang besar kepada mereka yang memerlukan. Orang kata kalau kita tak mulakan siapa lagi. So guys, play your role.... Insyaallah... Korang semua akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Untuk maklumat layari www.makna.org.my.

Friday, July 17, 2009

Times against My Life

Pembaca budiman,


Rasanya bulan Julai ni aku tersangat sibuk. Tak pernah rasanya aku dihujani dengan pelbagai program sehinggakan aku rasa keletihan dan tak der masa untuk diri sendiri. Tapi aku tetap kena maintain, uruskan segalanya dengan baik, supaya sentiasa nampak berktrampilan... he he he. Itulah aku, walaupun penat, outdoor activities is my passion. Susah nak cakap tu....

24 hingga 28 Julai aku ke KL,... Yahooo.... bestnyer... Paintball. Untuk makluman korang semua, I'm certified REF dalam sukan Xtreem paintball ni... he he he. Korang pernah cuba tak sukan ni. Kalau belum, cubalah.. Set up team korang dan pergi main kat mana-mana painball field... Pasti korang rasa tak puas. Nak, nak kalau korang main WoodBall (paintball dalam hutan) lagi best.... Kalau dalam gelanggang tu kita panggil SpeedBall... nanti dalam next post aku bagi info, kat mana korang boleh dapat guide tentang paintball ni...

Renang - Part Two

Pembaca Budiman,

Kali ni aku nak sambung teknik renang yang telah aku jelaskan dalam post aku yang lepas. Aku sure korang dah sediakan alatan yang sepatutnya. Erm... actually aku terlupa lagi satu benda yang korang kena sediakan sebelum masuk dalam kolam renang tu. Cuba teka apa kebendanyer.... ? Pelampung da............... bukannyer apa, aku takut korang semua tenggelam macam "Luncai terjun dengan labu-labunya". Kali ni kita nak mulakan kelas renang. Korang tengok jer teknik dibawah ni dan ikut, sure korang dapat berenang di akhir kisahnya nanti.

Langkah 1

Ha... korang tengok apa yang bebudak tu sedang lakukan. Korang buat jer camtu. Ini adalah latihan untuk menguatkan kaki dan membiasakan kaki korang untuk menujah air bila dah mula berenang nanti. Langkah ni sangat penting walaupun nampak mudah.



Langkah 2

Erm.. fasa ni korang akan berenang menggunakan bantuan pelampung dan kekuatan kaki. Masa ni korang kena dicover keyakinan korang dan pada satu masa belajar mengapungkan diri. Lepas tu korang cuba tambah lagi satu kemahiran iaitu kayuh dengan tangan. Kombinasi antara pergerakan tangan dan kaki akan menambah kelajuan renang korang. Kalau korang tak mahir langkah satu maka, di sinilah korang akan mula rasa masalahnya.

Langkah 3

Bila dah ada keyakinan, korang pegang sikit jer pelampung tu. Lebihnya semua badan korang dalam air dan kayuhlah dengan kaki sekuatnya. Selang selikan dengan kemahirang langkah 2. Pada masa ini juga korang kenan belajar teknik pernafasan. Sambil korang berenang korang benamkan muka ke dalam air, hembus nafas melalui hidung, kemudian angkat muka dari permukaan air dan tarik nafas memalui mulut. Ulang kemahiran ini hingga korang rasa selesa dan mahir. Langkah ini tersangat penting, supaya korang dapat berenang dengan tenang. Dan pastinya tak karam macam TITANIC... he he he.. Tapi kalau Jack ada kat tepi kolam tu takper lah kan.... Jack sedia terjun "you jump, I jump"

Langkah 4

Sekarang kiranya korang dah boleh mula berenang. Walaupun tak sehebat si Phelp tu, tapi korang dah tak mudah karam. Pada stage ni, korang kena berenang macam dalam gambar tu. Pada masa yang sama korang praktikkan teknik pernafasan yang telah aku bagitau dalam langkah 3. Koordinat semua kemahiran dan pergerakan di atas, berlatih dan terus berlatih. Pada tahap ni, jangan korang cuba nak berenang ke zon dalam plak. Kut nanti korang panik, Jack plak tak nampak, jadi Coral ler korang kat dasar kolam tu. Sebaiknyer praktis lagi. Kemahiran ni bukan boleh dapat dalam masa sehari dua. Ingat pesan aku "paddle for life" n "practice make perfect".

Aku harap pengetahuan dan kemahiran aku yang tak seberapa ni boleh membantu korang meneroka satu lagi cabang keseronokan hidup. So selamat mencuba dan berjaya ... Lega rasanya dah selesai satu hutang... Ada banyak lagi kemahiran yang aku janji nak kongsi ngn korang semua... Erm... sabar ek.. Ada masa aku menulis kagi.. So korang kena lah selalu KLIK di sini... he he he he he.... Aku harap korang boleh berenang sehebat ni.....

Sunday, July 12, 2009

Kursus Fotokreatif


Pembaca Budiman...

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman tentang Kursus FotoKreatif yang baru saja aku hadiri. Cuba teka mana tempatnya ? Aku pasti korang dah dapat agak bila tengok gambar kat atas. Ya.. Betul, betul, betul.... Terengganu Darul Iman. Baru jer hari rabu aku balik dari Terengganu, terpaksa datang balik gara-gara kursus ini telah dicepatkan sehari, tp yang bestnya kursus ini jadi 3 hari kerana ada penambahan kemahiran. Kursus ini adalah dibawah kendalian Otai Didiz n MarkLess dari WWW.FOTOKAHWIN.COM. Erm... memang berbaloi... banyak sekali tips dan tricks Photoshop didedahkan. Dan yang paling penting adalah teknik fotografi. Rasanya lebih yakin kini....

Peserta plak bukan sajer dari Ganu tapi dari KL, Selangor dan Kuantan. Wah !.. Bersemangat diaorang semua nak menuntut ilmu dari Otai Didiz. Kita orang banyak shoot outdoor, sebanyak gambar yang kami shoot, banyak lagi Otai Didiz memberi petua dan tunjuk ajar, yang paling penting. Dia akan check dan komen satu persatu gambar yang kita orang shoot, sampai dapat. TQ.. Didiz. Tak lupa juga pada Markless dan Noumi, si cantik manis yang menjadi subjek lensa kita orang hari tu. Kesian si Noumi tu, demi memuaskan hati kita orang, terpaksa la dia, berpanas.

Aku dah nak tido, ESOK nak kena asah skills yang telah diperturunkan. Esok tentatif kursus agak memboringkan. Terperap dalam dewan jer, just editing, editing, editing. Tapi aku harap skill yang diajar nanti berjaya menarik minat aku. Aku sure bila dah start editing, tak sedar pun masa berlalu. Itu ler penangan editing. Hari ketiga, kami semua telah berangkat ke Pulau Kapas Program hari ini lebih kepada portraiture. Di mana kami telah diajar untuk compose gambar, fokus, moment dan penggunaan natural light. Baru aku tahu naper Didiz cepatkan sehari kursus ni. rupa-rupanya ada trip ke Pulau Kapas. Kami buat tambahan bayaran sebanyak RM50.00, tapi semua orang berpuas hati dan dapat menggali lagi pengalaman dan skill yang ada pada Didiz. Lagipun trip ni ibarat lawatan sambil belajar he he he ..... ( ingat zaman sekolah dulu ). Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Kami semua telah berpisah pada jam 6.30 p.m di Kg. Kelulut selepas membasahkan tekak dengan air kelapa muda dan keropok lekor. Nampaknya aku telah mula mengumpul khalayak yang berminat dengan fotografi.... Best sikit ada member untuk bertanya dan berbincang, atau mungkin kongsi skill dan knowledge. Ok Guys, all the best untuk semua rakan kursus... Chaw... Wah dah banyak benda yang masih belum aku ceritakan pada korang semua... nanti ar... Jangan korang serik nak KLIK blog aku ni.... Erm ? So bye-bye. Nanti kalau ada kelapangan aku cerita plak pasal Teknik Fotografi yang aku tahu.... boleh kita semua belajar sama-sama, orait Gang... ZzzzZzzzZzzzZzzzZzzZ....

Sunday, July 5, 2009

Out Station ...

Pembaca Budiman ...

Hari ini agak busy menyiapkan dan memenuhi kriteria yang diperlukan untuk proses interview dalam kursus yang akan diadakan di Kuala Terengganu. Bimbang pun ada, klu lulus dinaikkan taraf dari Jurulatih Kanan Negeri ke Jurulatih Kebangsaan... Katanya... Aku bersama 2 orang lg rakan drive jer ke sana, senang... nanti kat sana boleh ler merayap ... Nanti aku cerita plak, kisah sepanjang aku kat sana... Jangan lupa tau ... KLIK lagi blog aku ni... He he he. Trengganu, here i come ....

Saturday, July 4, 2009

Renang - Part One

Pembaca Budiman....

Cuba korang tengok gambar kat atas tu, apa agaknya yang ingin aku kongsikan dengan korang semua ? Ya... Betul, betul, betul ... RENANG. Aku tahu ramai daripada kita semua yang tak tahu berenang, tak kiralah teknik kampung ke, atau teknik yang betul. Bagi aku sesaper yang boleh mengapungkan diri dia atas permukaan air tanpa bantuan alat apungan, maka orang tu dikira dah boleh berenang. Bukan niat aku nak tunjuk teror, tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman.. manalah tahu kut-kut nanti dengan baca ruangan ni korang semua, bersemangat untuk cuba berenang. Bagi yang dah pandai tu plak, janganlah pandang serong terhadap pengetahuan dan kemahiran aku yang ciput ni...

Ok... guys, kalau kita nak berenang mestilah kena ada kelengkapan renang dulu. Jadi dapatkanlah beberapa kelengkapan asas yang sesuai dengan budget korang semua.

Swimming Cap... perlu ker swimming cap secantik ni. Tujuannya adalah untuk melindungi rambut dari klorin dan mengotorkan air jika rambut korang gugur. Nanti nampak macam rumpai air lak..hik hik hik.




Goggle... lindungi mata korang dari klorin. Lagipun nampak pro cket kan
hik hik hik...






Swimming Suits... Beli ler ikut jantina dan saiznyer. Kalau tak nanti seksa
mata memandang. Sebaiknya beli ler yang menutup aurat... Kalau tak nanti
tentunya menjadi perhatian terutamanya part tutttttt... Sementelah kalau
badan korang tu ... solid molid ...


Sementara korang beli dulu kelengkapan di atas, aku rehat dulu. Nanti aku sambung lagi, sementara tu korang berangan dan praktis dulu atas katil dengan cam-cam teknik yang dah biasa korang buat tu.... hik hik hik... jumpa lagi...

MyCity - Part One


Pembaca budiman,


Kali ini aku nak menulis mengenai keindahan negeriku " Tanah Serendah Sekebun Bunga" negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim. Aku harap ruangan ini dapat memberi panduan kepada semua agar merancang sebuah percutian menarik ke negeriku tanah penuh nikmat. Dalam Chapter ini, fokusnya adalah Kota Bharu Bandaraya Islam.

Aku percaya korang semua pernah datang ke negeriku yang terkenal dengan shopping paradise bagi barang-barang import dari Thailand. Pendek kata klu sekadar nak beli barang-barang LV tu, xyah ler ke Bangkok.. Sini berlambak.. Lain ler kalau korang semua nak yang Ori... he he he. Aku rasa bila sesaper saja yang sampai sini, sasaran utama adalah Pasar Besar Siti Khadijah. Kat sini semua ada dari makanan hinggalah pakaian.. Very Variety. Meriah plak tu suasanaya, riuh rendah, dengan pelbagai offer yang menarik.


Pastu.. Cuba korang jengok kat sebelah tu, sebelah Pasar Siti Khadijah tu.. Ha..... di situ ler terletaknya Pusat Batik Kelantan. Dulu dikenali sebagai Bazaar Buluh Kubu. Di sini terdapat barangan batik khususnya, disamping tu juga terdapat barangan Kraf di tingkat atas. Kalau korang nak tahu dulu ada panggung wayang kat sini.. Panggung tu dok tingkat paling atas, tu... kat bumbung tu.. Kalau korang tengok wayang tengahari, masyaallah.... basah kuyup baju. Tapi ada gak orang yang berkepit ngn awek, bukan main syok lagi .... Aper citer tu .... Lu pikir la sendiri, bak kata Nabil.

Ops... lagi satu.. Orang semua dok sibuk dengan uptown kan.. Aha, sekarang Kota Bharu pun dah ada uptown.. Erm.. Kat sini ada macam-macam label jeans dan shirt, international lagi tu, siap boleh mintak kureng beb... Mana nak dapat kat dunia ni... Dah tu jurujualnyer, siap cakap melayu.. Fesyennya plak yang terlatest dalam pasaran.. Hinggakan designer asal baru buat blueprint, tapi kat sini dah hangat dok jual... Nak kata apa tu... Trend settler... he he he. actually banyak lagi aku nak tulis, tapi, bak kata rakan sekursus aku "masa mencemburui kita" lagi pun, mata ni dah separuh tertutup... Ngantokkkkkkkkk. Bye bye.. Gud nite..



Friday, July 3, 2009

Perjalanan Ke Macao & Hong Kong

Pembaca Budiman ...

Perjalanan yang tidak dirancang. Bak kata orang tua-tua " Rezeki jangan ditolak". Tetiba satu hari one of my friend call me dan bagitahu nak berikan aku satu kejutan. Bila dia cakap nak ajak aku pergi Macao dan Hong Kong, lidah aku kelu seribu bahasa. Aku cakap jangan bergurau, hal travel ni penting sangat bagi aku.. boleh putus kawan. Serius dia cakap... Yea, yea, yea... sonoknyer.... Actually pakej ni adalah hadiah company atas kecemerlangan kerja. Disebabkan sesuatu yang tidak diduga berlaku dan pakej ini tidak dapat ditangguhkan, maka aku telah diajak untuk mengisi kekosongan. Thanks Mr. Jarod Teoh to make this possible to me. I'm very appreciate it. Tima kasih daun keladi, lain kali ajaklah lagi he he he..... Penerbangan ke sana sudah semestinya dengan pesawat yang membawa slogan "EVERYONE CAN FLY". Kalau tak kerana Air Asia, manalah mampu syarikat kecil nak hantar staff dia pergi bercuti oversea. Pada 8hb Jun 2009 bermulalah kembara aku ke Macao dan Hongkong. Penerbangan aku dari Penang jam 3.50 p.m, tapi biasalah Air Asia, delayed ke jam 4.50 p.m.. Sepanjang penerbangan, Ya Allah... macam naik kuda, awan banyak dan tebal. Aku banyak berdoa, agar selamat sampai ke destinasi. Tp ada satu kejadian yang tak dapat aku lupakan, masa tu dah dekat nak sampai Macao, kiranya tengah prepare untuk landing time. Tetiba flight ni rasa macam terjatuh dengan laju dalam 3 - 4 saat. Masa tu, penumpang yang kalut dok tengok pancaran neon dari casini-casino kat Macao tu, terus terdiam, sampailah selamat mendarat di Aeroporto Internationale De Macao pada jam 8.00 p.m. Airport Macao ni memang kelas, runway dalam laut (tambak laut) airportnya kat darat, disambunng dengan 2 jambatan. Tapi walaupun... bertaraf international, airportnya kecik jer...

Kami semua menginap di The Venitien Hotel... Fulamak, hotel ni memang cantik giler... Rasa macam dok dalam istana. Dekorasi luar dan dalam hotel ni bertemakan bandar Venice, Itali. Biliknya superb... 7 star. Korang tahu la kan, Macao ni salah satu daripada pusat perjudian utama dunia dan yang paling besar di Asia. Dalam kompleks hotel ni semua ada, makanan, pakaian yang tak tercapai poketku, barangan elektronik dan sebagainya. Kiranya macam Genting Highland, tapi berkali ganda lebih besar daripada Genting. Bestnyer tido.... Gud Nite...

9hb Jun 2009 (Hari 1)

Hari ini bermulalah sesi lawatan sekitar Macao. Macao terdiri daripada 3 buah pulau yang disambungkan dengan jambatan ke setiap pulau. Walaupun Macao telah dikembalikan kepada negara China, tetapi pengaruh Portugis masih dikekalkan. Papan tanda dan segala informasi banyak ditulis dalam bahasa Portugis jadi sesetengah benda sepatah haram pun aku tak faham. Bahasa rasmi penduduk Macao ni ada dua iaitu Kantonis dan Portugis. Lawatan kat sini, banyak ke gereja dan tokong cina. Semua gereja tu dah beratus tahun umurnya, bandar lama Macao ni lebih kurang Bandar Hilir Melaka (Jonker Street), penuh dengan peninggalan Portugis. Mengikut tourist guide tu kata, masyarakat Macao adalah golongan kelas ke tiga, pertama adalah portugis dan mat-mat saleh, kedua pekerja profesional asing dari negara asia (termasuk malaysia) last baru ler org Macao. Kesian, walau dah bebas dari Portugis, tapi masih terikat dengan sistem lama. Bertuah rasanya jadi rakyat Malaysia. Ini adalah gambar yang sempat aku snap-snot semasa trip hari tu .. Tak banyak gambar dapat aku snap kerana pada hari tu hujan memanjang, berangin lagi ...

Unity Towards Excellent.. Statue



Macao Tower


Ini adalah gereja yang menjadi landmark Macao..

Statue.... Wizurai Portugis yang pertama
mendarat di Macao ...


Persembahan kebudayaan di Macao Centre ..


Habis ler lawatan sehari di sekitar Macao.. Sepatutnya banyak lagi tempat yang sepatutnya dilawati, tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, maka kami semua balik ke hotel dan bersiar-siar dalam kompleks hotel tu ... Gud nite, esok oneday trip to Hong Kong..

10hb Jun 2009

Dari Macao ke Hong Kong kami naik feri, tambang HKD168.00 (RM84.00) sehala. Perjalanan memakan masa satu jam dengan Katamaran (TurboJetFeri). Bertolak jam 9.00 a.m dari Taipa Jetty dan sampai 10.00 a.m kat Hong Kong. Sampai sana aku dan beberapa orang rakan memilih untuk mengambil pakej 1 day Discover Hong Kong, bayaran HKD522.00 (RM261.00) murah ler ni kiranya.. Mulanya ingat nak ke Hong Kong Disneyland, mak oiii... tiketnyer sajer dan RM700.00. Terus tak jadi kerana terkezut... So ada beberapa tempat yang kita orang pergi. Tapi cuaca di Hong Kong pun tidak berapa baik, jerebu tebal sangat.. Jadi inilah gambar yang telah aku snap-snot pada hari tu..

Hong Kong International Convention Centre @ Victoria Harbour









Night Scenes....
Hong Kong from Kowloon







Bruce Lee Statue @ Avenue Of Stars


Tongkang Hong Kong...

Sebelum makan malam kita orang telah naik Tongkang Hong Kong tu dan dibawa belayar mengharungi Victoria Straits ke sebuah perkampungan tradisional nelayan untuk menikmati makanan laut. Seronok meratah ketam, udang, sotong dan bla bla bla ... Lepas tu kita orang dibawa ke Avenue Of Stars kiranya macam Walk Of Fame versi Hong Kong. Than yang penting ke Pasar Malam... kah kah kah. Di Malaysia beli kat pasar malam, kat Hong Kong pun pasar malam jugak... Apa nak buat dah budget ciput... Than bergegas la pulak kita orang ke jeti kerana mengejar feri. Kat Hong Kong ni tiket feri sistem terbuka untuk masa perjalanan. Bila kita beli tiket feri kita boleh naik bila-bila masa dan mana-mana trip ke destinasi kita sebelum tamat tempoh. Jadi malam tu, tiket kita orang tamat tempoh pada jam 11.00 p.m. Nasib baik.. kita orang dapat kejar feri jam 10.00, taklah lewat sangat. Jam 11.oo p.m sampai, balik hotel, supper than.... Kroh.. kreh... kroh... tido.. Gud Nite...

Esoknya sebelum menunggu flight yang dijadualkan jam 5.00 p.m. Kita orang bergerak secara bebas. Jadi aku dan beberapa orang rakan cuma bersiar-siar di sekitar Macao dan beli sedikit cenderahati. Banyak barangan dari China kat sini.. Jadi taklah banyak benda yang boleh dibeli.. kat Malaysia pun berlambak... sebenarnya takder duit he he he....

Masa dok tunggu flight, tetiba langit menjadi hitam, hujan lebat dan angin kencang... Amaran Merah, Airport ditutup buat sementara waktu... Semua penerbangan tidak dibenarkan mendarat, jadi delayed lagi flight hari ni... Keadaan tu berlarutan dalam 2 jam, aku makan kat airport tu... Ya Allah... mahal giler. Air mineral yang kecik tu 500ml, RM10.00 hinggit.. Jus RM 15.00... sandwich tuna RM25.00. Tapi kerana lapar, makan jugak... Kemudian Ding Dong.. mengumumkan operasi airport diteruskan semula.. Alhamdulillah... boleh balik... dalam jam 7.30 p.m, pesawat Air Asia terbang membelah awan, membawa aku pulang ke Malaysia dengan 1001 kenangan. Aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 10.30 p.m dan terus pekena capati... arh... lega rasanya dapat makan makanan Malaysia..

Insyaallah jika ada rezeki, aku akan kembara lagi.. Bye bye.. Wassalam..

Penghargaan..

Penghargaan ini ditujukan khas untuk Mr.Darcy kerana telah banyak membantu aku dalam memahami selok belok untuk membina blog ni.. Tanpa kamu siapa.... lah aku ni... Tima Kasih daun keladi, jangan serik, banyak ni nak tanya lagi...

Sekapur Sirih, Secangkir Kata ...

Assalamualaikum ...

Pembaca budiman,

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana telah menganugerahkah idea blogger ini. Walaupun benda ni dah lama wujud tapi baru sekarang aku berkesempatan untuk meneroka keajaiban teknologi ini. Penyertaan aku dalam dunia blogger ni bukanlah kerana hendak mencabar atau tunjuk teror. Tapi sekadar nak mencari kawan dan berkongsi pengalaman dari sudut pandangan aku. Aku harap kewujudan aku dalam ruang siber ini tidak akan menyinggung perasaan sesaper pun. Aku juga akan cuba untuk jadikan blog ini sebagai satu medium agar sesiapa sahaja yang membaca blog ini akan mendapat menafaat dan teladan dari paparan yang tertera di blog ini. Bak kata alim ulama' "kalau kita berniat baik, ganjaran pahala jua balasannya".... Insyaallah.