Showing posts with label My Kembara. Show all posts
Showing posts with label My Kembara. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Bali..... Destinasi Cinta..... Finale

Pembaca Budiman.....

7 Feb

Kisah My Kembara, Bali Destinasi Cinta kembali lg..... Erm..... dah hampir setahun rupanya kenangan ini berlalu, tapi rasa macam baru semalam berlalu..... tp yg dahsyatnyer, citernya masih belum habis lg..... panjang sangat. Sorry la guys.... bukannya apa, busy cket ngn urusan harian, tambah plak tahun 2010, aku baru kenal fb, giler cket..... ala-ala meroyan gitu ngn fb, skali tak kenal tak cinta, tp dah kenal tu, terjelepuk depan PC..... tp bila fikir balik, blog ni lebih beri kepuasan pada aku untuk berkongsi citer ngn korang semua.....

Hari ni adalah last day aku n my wife berada di tanah Bali..... aku n my wife akan terbang pulang ke Malaysia dgn flight tengahari..... xsilap aku 12.30 tghari. Tapi sebelum tu, kita orang sempat lg shopping last minit..... sebelum tidur semalam, aku n my wife hitung semua souvenier yg kita orang beli, mana tahu kut terkurang ker..... nanti ada plak yg kecik hati..... tapi barangan sekitar Legian Street ni semuanya mahal..... sekali ganda lebih mahal.

Seperti yang dijanjikan, dalam jam 10.30a.m, Taufik datang jemput aku n my wife untuk ke airport. Tapi sebelum tu, sempat lagi kita orang bergambar di sebuah tugu "Patung Satria Gatokkaca". Selepas tu kita orang terus ke airport..... walaupun rasa sayu nak meninggalkan Bali, namun seronok lagi bila teringatkan Malaysia..... selepas segalanya selesai kami pun check-in dan berlegar dalam kawasan airport sementara menunggu penerbangan kami.

Patung Satria Katokkaca

Masyarakat Bali ni, sangat berpegang teguh pd kepercayaan yang mereka anuti..... Hindu Karma. Bagusnya mereka kerana, setiap pagi sebelum memulakan kerja, mereka akan sembahyang dulu untuk memohon perlindungan dan rezeki. Kita akan jumpa di mana-mana saja bunga yg digunakan untuk tujuan pemujaan tu. Moral of the story..... walau apa sekali pun yg kita nak buat, niat adalah penting..... tp jgn plak salah konsep, kalau benda jahat, kalau niat baik, tetap jahat jgak..... ingat tu.....

Bunga Pemujaan Masyarakat Hindu Bali


Bye Bye..... Bali

Penerbangan kami tak penuh, so bebas duduk di mana-mana pun..... selepas menikmati juadah dalam penerbangan, kami melelapkan mata sekejap..... mungkin kerana keletihan kut..... flight kami selamat mendarat di LCCT Kuala Lumpur lenih kurang 3.30p.m..... Adik aku dah menunggu kat situ seperti yg dijanjikan..... sementara menunggu flight sambungan ke Kota Bharu, kami semua makan dulu @ KFC. Lepas tu..... terus check-in untuk penerbangan ke Kota Bharu.


Dalam kul 9.00p.m kami telah pun selamat mendarat di Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu..... dengan itu secara rasmi berakhirlah kisah My Kembara..... Bali Destinasi Cinta. Insya-allah, jika dipanjangkan usia dan ada rezeki..... kembara ini akan berterusan lg. So tungguuuuuu.....

Sultan Ismail Petra Airport

Nanti jgn lupa KLIK lg di sini..... byk lg perkara yg aku nak kongsi ngn korang semua..... KLIK tau......

Thursday, October 21, 2010

Bali..... Destinasi Cinta..... Part iv

Pembaca Budiman...

06 Feb

Sudah agak lama aku tidak membuat sebarang entry..... he he he he he, bukanyer sibuk, tp xder idea untuk menyambung kisah My Kembara, Bali... Destinasi Cinta, kali ini aku akan menyambung kisah bulan madu kami pada hari ke tiga. Untuk hari ni kami hanya ada satu destinasi utama iaitu Gunung Bator.... ianya sebuah gunung berapi yang masih aktif dan pernah memuntahkan larva. Tapi pemandangannya sungguh mengasyikkan.... menurut Taufik, kita mesti sampai pada waktu tengahari, jika terlewat mungkin kita tidak dapat menikmati keindahan alam dan puncak Gunung Bator kerana diselubungi kabus. Kami keluar jam 9.00 am dan menapak ke deretan kedai menjual pakaian di sekitar Legian Street kerana masih kekurangan buah tangan untuk dibawa pulang.

Gunung Bator : Volcano yang masih aktif.

Lebih kurang jam 10.00am Taufik telah tiba ke hotel penginapan untuk menjemput kami. Sebelum kami ke Gunung Bator, terlebih dahulu Taufik telah bawa kami ke sebuah Gedung Batik yang paling popular di kalangan warga tempatan..... sudah tentu harganya lebih murah. Aku telah membeli 2 helai batik sutera dan harganya melebihi 1 juta rupiah..... ini lah yang dikatakan kaya, baju pun harganya berjuta he he he he he. Tapi kualitinya memang baik dan bajunya ada lining, selesa dipakai.

Kemudian kami terus menuju ke Gunung Bator dan dijangka makan tengahari di sana. Sepanjang perjalanan ke sana, kami disajikan dengan pemandangan tanah tinggi yang sungguh cantik. Suasana desa yang damai dan permai, sawah padi bertingkat di sepanjang jalan kami menuju ke sana. Suasananya sungguh asing bagi kita, kerana di tempat kita sawahnya terletak di tanah raya. Sebenarnya masyarakat di sini sungguh kuat bekerja, mungkin kerana kesempitan hidup memaksa mereka memerah tenaga untuk mencari nafkah. Mengikut Taufik, beras tanah tinggi Bali mahal harganya,... rasanya lebih enak dan tidak berbau. Hanya orang berada menggunakan beras ini, bagi masyarakat biasa, mereka tidak berkemampuan. Bagi Taufik sendiri, mereka sekeluarga pun hanya sekali dalam sebulan menikmati beras itu. Erm... tentu mahal harganya.

Penanaman padi bukit di Bali

Apabila tiba di kawasan tanah tinggi Bator, Taufik telah menurunkan kami di sebuah restoran muslim, dan yang penting ada surau disini..... kami terus mengambil tempat di tebing bukit, menikmati juadah tengahari sambil menikmati keindahan puncak Gunung Bator. Walau bagaimanapun, cuaca pada hari ini agak sejuk, pergerakan kabus ke puncak gunung agak cepat dari biasa. Lebih kurang selepas 1 jam di situ, kabus mula berarak ke puncak gunung. Kami pun tinggalkan restoran tu, tp sebelum tu.... kami lunaskan dulu solat.... Mengikut Taufik kalau dulu kita boleh menyewa bot dan mengunjungi desa yang didiami oleh masyarakat orang asli Bali yang mendiami kaki Gunung Bator. Namun pihak pemerintah Bali telah melarang aktiviti tersebut kerana masyarakat ini sukar menerima kunjungan orang asing, bengis dan selalu memeras ugut pelancong untuk mendapatkan duit. Kalau tidak mereka tidak akan membenarkan kita meninggalkan perkampungan mereka. Mengikut amalan dan kepercayaan mereka orang yang mati tidak akan ditanam, sebaliknya diletakkan di bawah pokok dan disembunyikan di dalam semak. Pelik jugak kan.....

Makan tengahari sambil menikmati keindahan panorama Gunung Bator

Tasik di kaki Gunung Bator

Dalam perjalanan balik kami telah singgah di sebuah Galeri Seni, banyak barangan kraf buatan Bali dijual di sini, tapi sayangnya harganya agak mahal..... kami hanya membeli sepeket key chain, sepeket handphone strap dan sehelai table runner..... tp kualiti barangya berbeza berbanding dgn tempat-tempat lain.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Spa..... untuk menikmati urutan aroma terapi bali bagi menyegarkan dan memulihkan tenaga yg telah kami gunakan sepanjang meneroka keindahan Bali. Taufik telah membawa kami ke sebuah Spa yang biasa dikunjunginya..... dan dia merupakan ahli kelab Spa tersebut..... dan dia boleh bagi kami diskaun dgn menggunakan kad keahliannya.... itu yang penting, lumayan kata Taufik..... kami cuma bayar 700.000.00 rupiah utk dua orang. Servisnya memang thumb up..... best sangat. Kami dapat eksekutif suite utk dua orang..... dan massuenyer, memang terlatih..... tempatnya memang cozy..... menenangkan dan mendamaikan..... keseluruhan rawatan memakan masa 1 jam setengah.... arh.... memang best. Orchid Spa..... itulah namanya. Kata Taufik, Spa ini bertaraf international.... cerita yg selebihnya, biarlah bersemadi dalam lipatan memori bagi kami berdua.

Selepas itu, kami menuju ke Restoran Plenkung.... resepi ini berasal dari timur pulau jawa..... kata Taufik, Luna Maya pernah datang makan ke sini. Tempatnya tidaklah eksklusif, tetapi restoran ini mempunyai rantain yang luas di Indonesia dan menyajikan masakan indonesia khususnya jawa timur dan juga masakan barat. Walaupun ia hanya sekadar restoran makanan biasa sahaja, namun pada waktu makan malam, pengunjung disajikan dengan nyanyian lagu-lagu balada terutama keroncong yang asyik untuk halwa telinga. Peluang juga dibuka untuk pengunjung yang ingin menonjolkan bakat. Kami makan nasi dgn ayam plenkung.


Restoran Plengkung

Selepas itu, kami bertolak pulang dan kami memutuskan untuk turun di Pantai Kuta. Yang kelakarnya kami kekurangan duit, nasib baik aku ada bawa wang lebih, klu tidak.... mampus, terpaksa mengemis di negara orang ha ha ha ha ha..... setelah dikumpulkan, kami dapat hampir 1 juta rupiah, campur dgn baki sedia ada, rupanya kami masih kaya..... mula-mula tu dah kecut perut. Pada mulanya kami berniat untuk menghabiskan masa dgn bersantai di hadapan SmartShop tu.... tp penuh, no vacancy.... so kami decide untuk beli minuman dan minum di tepian pantai beralaskan pasir putih Pantai Kuta.... dalam pukul 12.00am..... kami menapak pulang ke hotel kerna dengan tiba-tiba hujan turun.... agak lebat juga, nasib baik kami boleh menumpang lalu di tepian deretan kedai yang telah tutup..... kalau tidak, lencun kami dibuatnyer....

Pantai Kuta

Selepas menunaikan solat, kami pun tidur..... esok adalah hari terakhir kami di Bali... kami akan terbang pulang ke Malaysia, tanah air tercinta. Selamat malam.... jangan lupa KLIK lagi di sini. Penyudah bagi kisah Bali.... Destinasi cinta... see ya...

Thursday, April 22, 2010

Marine Education

Pembaca Budiman.....

Lama betul rasanya tak buat entry baru, bukan apa... busy betul lately... bukan mati idea... banyak cerita... but sorry not on the mood... coz so many things need my full attention actually. Erm... rasanya episod My Kembara : Bali Destinasi Cinta belum abis lg. Nanti la aku sambung balik... he he he.

Hari tu pada 12 hingga 15, aku bersama beberapa orang rakan jurulatih telah mengikut satu program yang telah dianjurkan oleh SMK Dato' Ahmad Maher bertempat di Pulau Redang, Terengganu. Pulau Redang tu beb... mewah budak skolah nih, buat aktiviti sampai ke P. Redang... apa yang penting... P.Redang ni one of the best place to visit in the world... erm bangga aku jd rakyat Malaysia. Kata bebudak ni Redang Rendezvous... (Program Penghayatan Taman Laut/Marine Education.)

Redang National Marine Park

Dari pemerhatian aku, program ni memang best giler, pakej pun berpatutan... pengisian plak, memang bernas... antara aktiviti yg dilakukan : water confident, turtle sanctuary, snorkeling, bubble maker and MAHERIAN in mangroove. Program ni dibawah selian Mr. Phyruzal Rajali, seorang yang boleh dikatakan pakar mengenai aktiviti seperti di atas.

Water Confident @ Berjaya Redang Lagoon

Water confident di buat di teluk berhadapan dengan Berjaya Redang... Ya, Allah... pemandangan sekeliling teluk ni, teramat cantiknyer... pantainya, jgn cakap, pasirnya...adush... memang cantik sekali... korang kalu datang ke Redang pastikan melawat teluk ni... heaven sangat...

Ush... sungguh terharu dengan kerja amal ni... sesaper nak jd volunteers dalam projek boleh daftarkan diri anda di SeaTru melalui laman sesawang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) www.umt.edu.my/seatru . Turtle Sanctuary adalah projek pemuliharaan penyu di bawah pengawasan dan tajaan UMT. Ada juga program anak angkat. For details, korang layari jer laman sesawang tu, ok...

Turtle Sanctuary at Chagar Hutang, Redang

Snorkeling ni yang sangat digemari oleh ramai peserta... snorkeling dilakukan di beberapa spot yang popular dengan keistimewaan yang tersendiri. Pada program kali ini, lokasi yang dipilih ialah, Pusat Taman Laut Pulau Redang (corals, fishes and morey eel) Pulau Paku (soft corals, clown fish family, turtles, shark and baby shark) than Long Beach (corals, fishes, shark and baby shark). Tp jangan bimbang, kebanyakkan shark yang ada kat tempat kita ni spesis yang baik... mcam kita semua orang Malaysia ler. Kecuali kalau korang mengancam habitat dia kan... tau tau sendiri la kan.

Protect Our Turtle

Corals and Fishes

Snokerling

Bubble Maker ini sebenarnya pendedahan kepada pelajar alam selam skuba, di mana setiap peserta di beri peluang memakai dan menggunakan aparatus selam skuba dengan kawalan seorang jurulatih 1:1. Bernafas di bawah permukaan air and meninjau coral secara statik than snap gambar... dalam 2 hingga 5 minit sorang. Cukup ler tu sekadar pengalaman. Nak lama buat lesen sendiri...

Bubble Maker

MAHERIANs in Mangroove plak adalah satu program pemuliharaan Hutan Paya Bakau... seronok program ni... mula-mula kita semua akan meniti akar banir hutan paya bakau ni sampai ke lokasi yang sesuai utk beraktiviti... agak mencabar laluannya, namun semua peserta berjaya merentasi laluan ini. Tugasan peserta adalah mencari flora dan fauna yang ditetapkan dan snap foto sebagai bukti... selepas itu, semua peserta di minta berbaris panjang dan setiap orang diwajibkan menyemai 1 benih pokok paya bakau. Korang semua tahu kan kepentingan paya bakau kepada ekologi... erm satu kerja amal yang sangat baik... walaupun simple tapi penuh makna... aku tengok semua peserta merasa bangga dengan apa yang telah dilakukan. Walaupun sumbangan tu kecil, tapi kita telah berjasa kepada seluruh warga bumi... he he he...

Mangrove

Anyway kalau sesiapa rasa berminat untuk anjurkan program seperti ini, utk skolah atau company bleh lah hubungi kami di Al-Khawarizmi Solution dengan menghubungi En. Ashraf 0193769862... untuk rundingan pakej... yang aku tahu program 2h 3m ni bermula dari feri ke P.Redang (Jeti Merang) kembali ke Merang balik. Semua bersih... feri, makan, penginapan, aktviti dan perlatan tak sampai RM400/pax. Pakej tertakluk kepada jenis penginapan. Bagi aku pakej ni lebih dari berbaloi... berbaloi-baloi... aku tengok bebudak semua rasa puas hati, bahkan ada yang kata murah. Rebut peluang ini. Kalau korang just nak pergi berehat jer pun boleh... dia orang bersedia uruskan, yang pasti... jaminan dia orang... harga lebih murah dari pasaran.

Tuesday, March 2, 2010

Bali..... Destinasi Cinta..... Part iii

Pembaca Budiman.....

05 Feb

Kisah My Kembara, kembali lagi untuk hari ke 2 berada di Bali. Agenda untuk hari ini telah kami putuskan semasa makan tengahari semalam. Semua pergerakan aku sepanjang berada di Bali telah dirancang sebaik-baiknya. Harap-harap semua informasi yang aku dapat dari internet dan kengkawan tu betul hendaknya.

Kami keluar seawal 9.00a.m, selepas sarapan kat hotel, kerana mengikut perancangan, kami akan menonton persembahan Barongan. Dari pengamatan aku, Barongan ni ada pengaruh opera cina, cuma penceritaannya sahaja yang berbeza. Biasanya cerita dalam persembahan Barongan adalah kisah epik hindu iaitu kisah dewa-dewa dan sebagainya. Sementara, opera cina pula berlatar belakangkan kisah kegemilangan Maharaja Cina. Dari segi lafaz dialog pula lebih kureng sama, iaitu seperti bernyanyi-nyanyi bagi watak perempuan dan suara parau dan garang bagi watak lelaki. Muzik iringan pula sudah tentu lah berbeza, kerana persembahan Barongan diiringi oleh sekumpulan pemuzik yang memainkan alatan muzik tradisional Bali. Sungguh indah sekali susunan muziknya, mengasyikkan.....

Tarian Legong : Pembuka pentas Barongan

Barongan

Seterusnya kami bergerak pula ke Nusa Dua, iaitu satu wilayah di selatan Pulau Bali. Tempat ini sebenarnya dikhususkan bagi penggemar sukan air seperti banana boat, jet ski, para sailing dan macam-macam lagi. Bayaran yang dikenakan pula agak mahal, bagi aku lawatan ke tempat ni sangat tak berbaloi. Oleh kerana dah sampai, aku ambik jer pakej Turtle Island..... ha ha ha ha ha, tergelak besar aku n my wife..... rasa macam tertipu sangat. Ape ke bende nyer turtle Island, ada la penyu dalam 15 ekor yang di letak dalam kurungan di gigi air..... boleh ler korang sentuh dan bergambar dengan penyu-penyu tu..... korang tahu berapa kita orang bayar..... Rp 600.000 untuk 2 orang, tu dah kira harga untuk local tu, kalau foreigners lagi mahal. Dalam pakej juga termasuk aktiviti memberi makan ikan, yang ni lg ler bodoh..... katanya ada Coral..... bukan sajer Coral, cucu Coral pun xder..... rumpai laut ada, pastu ada ler ikan datang makan roti yang aku bagi tu dalam 15 ke 20 ekor ikan..... satu jenis plak tu..... rasa diperbodohkan sangat..... kalau korang pergi ke Bali dan tak berniat untuk bermain aktiviti air..... jangan pilih trip ke Nusa Dua..... ingat tu.....

Nusa Dua..... WaterSport lover.

Lepas tu, aku n my wife dibawa bersantai ke Geger Beach, pantai ni di penuhi oleh mat saleh dan minah saleh semuanya, langsung takder orang tempatan..... kecuali pekerja yang menyediakan perkhidmatan di situ. Geger Beach ni adalah sebuah destinasi pilihan peluncur ombak yang baru berjinak-jinak dalam sukan ni. Ramai juga yang bersantai menikmati sinaran mentari..... bagi aku plak..... ya Allah, panasnya..... tapi pantainya memang cantik, pasirnya terhampar pepasir yang putih dan halus..... pantainya memang bersih. Kalau korang semua nak bersantai kat bawah payung tu, kenalah bayar, tak silap aku Rp 300.000 utk 1 payung dan dua kerusi malas..... Erm cam best gak, tp masa aku pergi tu tak sesuai, panas sangat..... kalau petang tentu best.... Kat sini ombaknya besar, dan sesuai untuk orang yang sudah mahir surfing.

Geger Beach menjadi tumpuan warga Eropah

Destinasi seterusnya Garuda Wishnu Kencana atau GWK. GWK ni adalah nama tiga monumen yang akan disatukan menjadi satu mega monumen yang sangat besar. Projek ni dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020. Walaubagaimanapun, Kencana masih belum dibina. Tapak GWK adalah berasal dari bukit batu kapur yang telah ditarah dan membentuk laluan, dataran, binaan, taman dan bongkah-bongkah batu kapur yang sangat besar. Susun aturnya sungguh hebat dan menarik, pemandangannya pula sungguh mengagumkan..... cantik.

GWK apabila telah disempurnakan nanti pada tahun 2020

Garuda, sebahagian dari Monumen Mega GWK

DewaWishnu, juga sebahagian dari Monumen Mega GWK

Than, makan tengahari kat sebuah pasar tempatan. Kecil jer pasarnya, kita orang makan Nasi Uduk atau nasi campur. Kat Bali ni, kedai makan biasanya xder minuman yang dibancuh seperti teh'o' ais ker, milo ais ker..... yang ada cuma minuman dalam botol dan tin sahaja. Dan rasanya..... mengerikan..... Nasi Uduk ni best plak rasanya..... berselera aku. Sementara Teh Botol plak, teh wangi yang tidak dimasuk gula..... hanya kelatnya sajer dan rasa seperti teh cina.

Nasi Uduk dan Teh Botol.....

Kemudian Si Taufik ni bawa plak kita orang melawat kawasan hartanah yang dimiliki oleh Tommy Soekarno, anak mantan presiden Indonesia tu. Hartanahnya seluas 600 hektar, dan kata Taufik banyak lagi hartanahnya di serata Bali. Kawasannya terletak di tebing cenuram batu kapur pantai yang sangat tinggi. Pemandangan begini memang sukar untuk kita nikmati di negara kita Malaysia. Cantik gak pantainya.....

Kelapa Beach : berada dalam kawasan hartanah milik Tommy Soekarno

Kemudian kita orang pergi plak ker Pura Uluwatu. Tempat ni memang unik, puranya berada di puncak di penghujung sebuah tanjung. Menurut Si Taufik, Uluwatu itu bermaksud penghujung batu ( batu yang terakhir ) dalam bahasa Bali. Setiap lawatan ke pura pasti ada pantang larangnya atau caranya..... untuk memasuki kawasan pura ni, kita orang mesti memakai sarong seperti orang bali, sarong disediakan secara percuma. Kat sini, semua eksesori dinasihatkan disimpan di tempat yang selamat, kerana pura ini turut didiami oleh Sang Kera yang cukup nakal. Pantang tengok benda yang menarik, pasti akan dicapainya. Pemandangan di sini, tersangat cantik..... Pura Uluwatu ni tersohor dengan persembahan Tarian Kecak..... dulu aku ingat macamana la tarian kecak ni, rupanya tarian kecak ni ada unsur-unsur spiritual atau pemujaan. Tariannya agak unik kerana dipersembahkan tanpa menggunakan alat muzik. Sebaliknya menggunakan paduan suara pria seramai 70 orang. Mereka hanya sebut perkataan kecak, kecak, kecak berulang kali dalam pelbagai irama dan suara. Paduan suara yang indah ini, diikuti pula dengan gerakan tangan para pria itu tadi seperti sedang menari-nari. Mereka duduk dalam bulatan dan api di tengah-tengah bulatan. Sebenarnya mereka semua sedang mempersembahkan sebuah tarian yang memuja semangat, atau lebih tepat pemujaan. Mengikut handout yang diedarkan, sebagai penambahbaikkan, penceritaan epik hindu dimasukkan dalam tarian kecak, di mana para pelakonnya melakonkan watak dalam gerakan dratari. Persembahan ini dimulakan diwaktu senja, iaitu apabila matahari mula terbenam. Persembahannya memakan masa selama 1 jam, dan tamat di waktu hari sudah gelap..... tanah pun samar-samar jer.

Pura Uluwatu

Tarian Kecak : dipersembahkan oleh 70 orang pria

Perut pun dah berkeroncong..... untuk memenuhi agenda yang sangat penting ni, kita orang di bawa kesebuah gerai makan yang terkenal dengan keaslian masakan bali. Cuma bahannya saja ditukar supaya halal dan boleh dimakan oleh orang islam. Pada asalnya nak makan Bebek Betutu ( itik betutu ) tapi dah habis..... Aku n Taufik pesan ayam betutu, sementara my wife nak menikmati bakso bali. Rasanya, boleh tahan, best gak..... tp my wife kata baksonya, tak sedap.

Ayam Betutu, Kangkung Sambal, Kacang dan Sambal Bali

Dah kenyang tu, apa lagi..... balik hotel. Tapi aku n my wife tak tdo lagi, masih nak bersiar-siar. Lalu kita orang pun keluar bersiar-siar selepas menyegarkan badan. Bukan ke mana-mana pun, dari Legian Street kita menapak ke Kuta Beach dan melepak kat depan SmartShop, kinda 7 eleven, tapi dia sediakan tempat duduk kat depan kedai tu. Best gak duduk-duduk kat situ, minum sambil menghirup angin pantai. Tapi kat sini ramai yang minum arak, kekadang rasa pelik bila orang berwajah melayu minum arak di tempat terbuka begini. Tapi kat indon ni. belum tentu dia orang ni muslim kan..... Lebih kurang jam 2.00a.m kita orang pun menapak balik ke hotel, apa lagi..... tido ler.....

Night Life : Legian Street

Badung : Tugu peringatan pengeboman Bali yang dibina atas tapak asal tragedi itu juga terletak di Legian Street.

He... he... he..., dah nak abis rupanya edisi My Kembara kali ni. Esok sehari lagi kami akan berada di Bali, hari lusa nanti, terbanglah semula kami ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu jangan korang buat-buat lupa nak KLIK blog ni lg. Masih banyak lg kisah yang belum aku ceritakan..... KLIK tau.....

Wednesday, February 24, 2010

Bali... Destinasi Cinta... Part ii


Pembaca Budiman.....


Sorry... agak lama baru berpeluang meneruskan cerita My Kembara... Bali... Destinasi Cinta. Bukannya aper, agak sibuk dengan tugasan harian..... tapi aku tahu korang semua mesti tertunggu-tunggu sambungan citer ni..... kan ?..... he he he. Kita orang telah selamat mendarat di Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali lebih kurang jam 12.30 tgh. Masa tu perut dah pun berkeroncong, masa dalam flight tak order makan, kononnya nak merasa masakan Bali.

Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali.

Ketibaan kami disambut oleh Pak Supir yang sungguh sopan santun lagi ganteng, kata orang Indon... Taufik, itulah nama empunya badan. Masa aku jumpa dia tu, aku teringatkan pemandu-pemandu kita kat Malaysia yang sangat sopan santunnya. Hinggakan senyuman dia orang pun nampak kelat. Erm..... aku rasa semua insan yang terlibat dalam industri pelancongan kat Malaysia ni, kena pergi Bali, melanjutkan pelajaran dalam hal-hal tatacara menyambut dan melayan tetamu.

Perkara pertama yang aku nak bereskan adalah penginapan. Malam sebelum tu aku ada call satu hotel untuk konfemkan tempahan aku..... kata reception kat sana " beres pak, udah diuruskan, bapak hanya perlu datang ke hotel untuk check in " lega hati bila teringatkan suara tu. Tup tap..... masa nak pergi check in, xder nama aku..... apa sudah jadi, dah tu nak bagi bilik yang mahal sebagai ganti. Mana aci kan beb..... lintang pukang ler budget aku. Tapi Supir aku kata " usah risau bang, hotel bisa diuruskan, lebih murah dan selesa....." aku malas nak pikir panjang, serah jer pada si Taufik tu..... Paradiso Inn..... Rp 350.000 semalam..... situ ler tempat aku menginap, Legian Street, di tengah-tengah pusat hiburan Kuta. So malam-malam aku n my wife, menyusuri jalan di situ hanya untuk melihat gelagat dan night life di Bali..... Club kat sini, boleh dikatakan terbuka, dan banyak di sepanjang Jalan Legian ni.

Paradiso Inn..... ada swimming pool beb.....

Dah siap check in hotel, kita orang telah pergi makan. Taufik bawa kita orang ke sebuah restoran jawa dan kami menikmati makan tengahari kat situ. Tak silap aku Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Memandangkan lapar, aku makan jer, tak sempat nak manikmati masakan tu, sedap ke tak..... kebulur beb, sebab masa tu dah hampir jam 3 lebih. Lepas tu kita orang solat, kat restoran tu ada surau. Nasib baik Supir kita orang muslim, tahu ler dia cari makanan halal untuk kita orang. Katanya tokey kedai ni, Raja Poligami, ada 4 isteri, siap masuk majalah lagi..... seorang personaliti yang dikenali ramai. Restoran ni cantik dengan seni ukiran kayu bali.

Restoran Ayam Bakar Wong Solo, Jln Raya Kuta.

Biasanya kalau kita pergi melancong, beli souvenir ni mesti hari last kan..... tapi kita orang ni lain sikit, baru jer pijak kaki kat Bali, tapi dah bershoping sakan..... macam-macam kami beli, tapi untuk sanak sedara jer..... yang tak dapat tu sorry ekk...... bukan apa, budget ciput. Walaupun sepanjang kat Bali kita orang bergelar jutawan, tapi kalau sekali makan atau shoping dah beratus ribu, jutawan tu xder maknanyer..... Kedai tu namanya Krisna kita orang berhabis sejuta lebih.... Rp 1,026,184.00..... rasa kelakar plak, tak pernah aku bershoping sampai berjuta. Kedai ni di khususkan untuk warga indonesia kata Taufik, kalau pelancong asing biasanya tidak di bawa ke mari kecuali orang Malaysia, kerana muka kita kan hampir sama dengan Indon. Satu perkataan yang melekat di ingatan kami iaitu " domestik " si Taufik ni tak habis-habis dengan domestik, tapi aku tak kisah..... yang penting barangannya murah. Terbukti kalau kat tempat lain, korang kena tawar menawar sampai kering tekak, tapi masih belum dapat harga yang sama dengan kedai ni..... ingat tu, kalau korang pergi Bali, cari cari kedai ni..... Krisna.

Krisna.... oleh-oleh khas Bali. Patung Dewa kat depan tu, mengikut kepercayaan orang Bali, membawa rezeki yang melimpah ruah atau kebaikan.

Pastu kita orang bertolak pula ke Pura Tanah Lot..... Pura ni maknanya candi..... kat sini aku n my wife bergambar sakan, tapi xleh la aku nak tunjuk kat korang semua..... sebab semua posing tu, posing maut semuanya..... sorry ekk..... kita orang kat situ sampai sunset, ala-ala romantik gitu..... cantik sangat..... dah lama aku nak sampai ke sini, akhirnya...... he he he, sampai gak.

Sunset @ Pura Tanah Lot

Malam tu Supir bawa kita orang makan kat tepian pantai di Ganesha Cafe, Pantai Kedonganan, lagi romantik, candle light diner gitu..... atas pepasir pantai, dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan deruan ombak yang menyasyikkan..... dan yang penting ada nyanyian akustik dari kumpulan pemuda tempatan, lagu mengikut permintaan..... suaranya memang best, aku n my wife tumpang dengar jer..... he he he, berjimat, kat tempat orang kan. Malam tu kita makan makanan laut, ikan bakar, udang dan kepah..... abis dalam Rp 508.500..... tapi best sangat, berbaloi..... baloi.
Menikmati makan malam di tepian pantai

Pastu... kita orang balik hotel, tidur..... penat..... esok My Kembara diteruskan lagi..... so nanti korang kena KLIK lagi, sebab banyak lagi citer nak aku kongsi..... KLIK tau.....

Tuesday, February 9, 2010

Bali... Destinasi Cinta

Pembaca Budiman...

Bali itulah destinasi cinta pilihan... he he he, seronok gak pergi ke sana. Bali adalah salah satu dari destinasi impian aku, selain dari Maldives, Australia dan New Zealand. Tapi yang paling aku teringin adalah Makkah Al-Mukarramah... insya-allah dengan izinNya aku akan menjejakkan kaki ke sana nanti. Orang kata hanya insan terpilih sahaja yang layak menjejakkan kaki ke sana, harap-harap aku ni termasuk dalam senarai.

03 Feb 2010
Kalau dulu My Kembara hanya keseorangan, but this time berdua dengan My Wife. My Kembara bermula dengan penerbangan AirAsia AK 5289 dari Kota Bharu ke LCC Terminal. Namun flight aku ke Bali adalah pada esok hari. Malam ini dengan ihsan the very best friend of mine Ben, aku telah menumpang bermalam di rumahnya. Kelakarnya, orang yang aku harapkan untuk selesaikan masalah penginapan aku di sana, last minit mesej "sorry, hotel tak dapat, cari sendiri, layari www.agoda.com" , terkasima aku. Itu pun semasa aku nak flight ke KL. Bimbang gak aku, coz this time aku berdua... klu seorang tak kisah sangat. So malam tu aku dengan bantuan Ben melayari internet untuk dapatkan bilik yang sesuai dengan bajet aku. Akhirnya dapat ... Malam ni aku diner kat umah Ben, dia masak nasi goreng kampung... nasi goreng kampung yang paling aku gemari... aku tengok My Wife pun berselera.

04 Feb 2010
After solat subuh kami bergegas ke LCC Terminal. Aku telah diterbangkan ke Bali dengan pesawat AirAsia QZ 8392 tepat jam 9.30pg. Penerbangan ke sana mengambil masa selama 3 jam... erm..., boring gak kan,... so apa lagi, selepas baca majalah Travel 3Sixty, aku terus tidur. Sebenarnya banyak benda yang menarik dalam majalah ni. Mula tu aku ingat nak kidnap satu,... tapi malu pada diri sendiri, tak bermoral betul niat tu... Jadi aku batalkan sajer niat tu... Bila aku buka mata, dah dapat lihat Bali dari tingkap pesawat... Cantiknyer....

Travel 3Sixty on flight reading....


Bali .... Destinasi Cinta

He he he... cukup dulu... nanti aku sambung lagi... jangan lupa KLIK lagi...

Friday, November 13, 2009

KOMTAR Walk....

Pembaca Budiman....

Dulu KOMTAR Penang ni kira satu landmark kat Georgtown. Kalau saper datang Penang tak pergi shoping kat KOMTAR tu kira tak sah. Aku masih ingat lagi, masa aku mula-mula datang Penang dulu, KOMTAR la yang menjadi destinasi pertama aku. Tapi lama kelamaan KOMTAR dah tak seindah dan semegah dulu, bahkan semakin dilupakan dan menjadi semakin usang. 2, 3 tahun lepas, KOMTAR ni jadi macam bangunan tinggal, suram dan malap. Apatah lagi, banyak shoping complex baru yang dibuka dengan konsep yang lebih segar dan moden.

Lately, banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk memartabatkan kembali KOMTAR sebagai landmark kepada Pulau Mutiara ini. Pengubahsuaian dalaman sedang rancak dilakukan, pendek kata dalam sedikit masa lagi tidak mustahil untuk KOMTAR kembali bersinar dan menjadi tumpuan pelancong. Percaya atau tidak, KOMTAR kelihatan sungguh berbeza, dengan konsep yang lebih segar dan moden.

Kalau dulu tapak KOMTAR Walk ni sinonim dengan gelaran Little Jakarta, kerana menjadi tempat lepak Mat Indon dan Minah Indon di hujung minggu. Tapi sekarang pengubahsuaian yang dilakukan telah memberi satu imej baru kepada KOMTAR...

Station 1 Cafe.... menghidangkan life music (acoustic). Suasana santai ... syok... value for money

Georgtown Cafe... Penang Food Lovers... Kena cuba Penang Char Kuey Teow, Hokkien Mee and Herritage Coffee.

Kat sini jgak ada Nasi Ayam Periuk Besar, Penang Street Cendol and some more coming up soon...

Friday, July 3, 2009

Perjalanan Ke Macao & Hong Kong

Pembaca Budiman ...

Perjalanan yang tidak dirancang. Bak kata orang tua-tua " Rezeki jangan ditolak". Tetiba satu hari one of my friend call me dan bagitahu nak berikan aku satu kejutan. Bila dia cakap nak ajak aku pergi Macao dan Hong Kong, lidah aku kelu seribu bahasa. Aku cakap jangan bergurau, hal travel ni penting sangat bagi aku.. boleh putus kawan. Serius dia cakap... Yea, yea, yea... sonoknyer.... Actually pakej ni adalah hadiah company atas kecemerlangan kerja. Disebabkan sesuatu yang tidak diduga berlaku dan pakej ini tidak dapat ditangguhkan, maka aku telah diajak untuk mengisi kekosongan. Thanks Mr. Jarod Teoh to make this possible to me. I'm very appreciate it. Tima kasih daun keladi, lain kali ajaklah lagi he he he..... Penerbangan ke sana sudah semestinya dengan pesawat yang membawa slogan "EVERYONE CAN FLY". Kalau tak kerana Air Asia, manalah mampu syarikat kecil nak hantar staff dia pergi bercuti oversea. Pada 8hb Jun 2009 bermulalah kembara aku ke Macao dan Hongkong. Penerbangan aku dari Penang jam 3.50 p.m, tapi biasalah Air Asia, delayed ke jam 4.50 p.m.. Sepanjang penerbangan, Ya Allah... macam naik kuda, awan banyak dan tebal. Aku banyak berdoa, agar selamat sampai ke destinasi. Tp ada satu kejadian yang tak dapat aku lupakan, masa tu dah dekat nak sampai Macao, kiranya tengah prepare untuk landing time. Tetiba flight ni rasa macam terjatuh dengan laju dalam 3 - 4 saat. Masa tu, penumpang yang kalut dok tengok pancaran neon dari casini-casino kat Macao tu, terus terdiam, sampailah selamat mendarat di Aeroporto Internationale De Macao pada jam 8.00 p.m. Airport Macao ni memang kelas, runway dalam laut (tambak laut) airportnya kat darat, disambunng dengan 2 jambatan. Tapi walaupun... bertaraf international, airportnya kecik jer...

Kami semua menginap di The Venitien Hotel... Fulamak, hotel ni memang cantik giler... Rasa macam dok dalam istana. Dekorasi luar dan dalam hotel ni bertemakan bandar Venice, Itali. Biliknya superb... 7 star. Korang tahu la kan, Macao ni salah satu daripada pusat perjudian utama dunia dan yang paling besar di Asia. Dalam kompleks hotel ni semua ada, makanan, pakaian yang tak tercapai poketku, barangan elektronik dan sebagainya. Kiranya macam Genting Highland, tapi berkali ganda lebih besar daripada Genting. Bestnyer tido.... Gud Nite...

9hb Jun 2009 (Hari 1)

Hari ini bermulalah sesi lawatan sekitar Macao. Macao terdiri daripada 3 buah pulau yang disambungkan dengan jambatan ke setiap pulau. Walaupun Macao telah dikembalikan kepada negara China, tetapi pengaruh Portugis masih dikekalkan. Papan tanda dan segala informasi banyak ditulis dalam bahasa Portugis jadi sesetengah benda sepatah haram pun aku tak faham. Bahasa rasmi penduduk Macao ni ada dua iaitu Kantonis dan Portugis. Lawatan kat sini, banyak ke gereja dan tokong cina. Semua gereja tu dah beratus tahun umurnya, bandar lama Macao ni lebih kurang Bandar Hilir Melaka (Jonker Street), penuh dengan peninggalan Portugis. Mengikut tourist guide tu kata, masyarakat Macao adalah golongan kelas ke tiga, pertama adalah portugis dan mat-mat saleh, kedua pekerja profesional asing dari negara asia (termasuk malaysia) last baru ler org Macao. Kesian, walau dah bebas dari Portugis, tapi masih terikat dengan sistem lama. Bertuah rasanya jadi rakyat Malaysia. Ini adalah gambar yang sempat aku snap-snot semasa trip hari tu .. Tak banyak gambar dapat aku snap kerana pada hari tu hujan memanjang, berangin lagi ...

Unity Towards Excellent.. Statue



Macao Tower


Ini adalah gereja yang menjadi landmark Macao..

Statue.... Wizurai Portugis yang pertama
mendarat di Macao ...


Persembahan kebudayaan di Macao Centre ..


Habis ler lawatan sehari di sekitar Macao.. Sepatutnya banyak lagi tempat yang sepatutnya dilawati, tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, maka kami semua balik ke hotel dan bersiar-siar dalam kompleks hotel tu ... Gud nite, esok oneday trip to Hong Kong..

10hb Jun 2009

Dari Macao ke Hong Kong kami naik feri, tambang HKD168.00 (RM84.00) sehala. Perjalanan memakan masa satu jam dengan Katamaran (TurboJetFeri). Bertolak jam 9.00 a.m dari Taipa Jetty dan sampai 10.00 a.m kat Hong Kong. Sampai sana aku dan beberapa orang rakan memilih untuk mengambil pakej 1 day Discover Hong Kong, bayaran HKD522.00 (RM261.00) murah ler ni kiranya.. Mulanya ingat nak ke Hong Kong Disneyland, mak oiii... tiketnyer sajer dan RM700.00. Terus tak jadi kerana terkezut... So ada beberapa tempat yang kita orang pergi. Tapi cuaca di Hong Kong pun tidak berapa baik, jerebu tebal sangat.. Jadi inilah gambar yang telah aku snap-snot pada hari tu..

Hong Kong International Convention Centre @ Victoria Harbour









Night Scenes....
Hong Kong from Kowloon







Bruce Lee Statue @ Avenue Of Stars


Tongkang Hong Kong...

Sebelum makan malam kita orang telah naik Tongkang Hong Kong tu dan dibawa belayar mengharungi Victoria Straits ke sebuah perkampungan tradisional nelayan untuk menikmati makanan laut. Seronok meratah ketam, udang, sotong dan bla bla bla ... Lepas tu kita orang dibawa ke Avenue Of Stars kiranya macam Walk Of Fame versi Hong Kong. Than yang penting ke Pasar Malam... kah kah kah. Di Malaysia beli kat pasar malam, kat Hong Kong pun pasar malam jugak... Apa nak buat dah budget ciput... Than bergegas la pulak kita orang ke jeti kerana mengejar feri. Kat Hong Kong ni tiket feri sistem terbuka untuk masa perjalanan. Bila kita beli tiket feri kita boleh naik bila-bila masa dan mana-mana trip ke destinasi kita sebelum tamat tempoh. Jadi malam tu, tiket kita orang tamat tempoh pada jam 11.00 p.m. Nasib baik.. kita orang dapat kejar feri jam 10.00, taklah lewat sangat. Jam 11.oo p.m sampai, balik hotel, supper than.... Kroh.. kreh... kroh... tido.. Gud Nite...

Esoknya sebelum menunggu flight yang dijadualkan jam 5.00 p.m. Kita orang bergerak secara bebas. Jadi aku dan beberapa orang rakan cuma bersiar-siar di sekitar Macao dan beli sedikit cenderahati. Banyak barangan dari China kat sini.. Jadi taklah banyak benda yang boleh dibeli.. kat Malaysia pun berlambak... sebenarnya takder duit he he he....

Masa dok tunggu flight, tetiba langit menjadi hitam, hujan lebat dan angin kencang... Amaran Merah, Airport ditutup buat sementara waktu... Semua penerbangan tidak dibenarkan mendarat, jadi delayed lagi flight hari ni... Keadaan tu berlarutan dalam 2 jam, aku makan kat airport tu... Ya Allah... mahal giler. Air mineral yang kecik tu 500ml, RM10.00 hinggit.. Jus RM 15.00... sandwich tuna RM25.00. Tapi kerana lapar, makan jugak... Kemudian Ding Dong.. mengumumkan operasi airport diteruskan semula.. Alhamdulillah... boleh balik... dalam jam 7.30 p.m, pesawat Air Asia terbang membelah awan, membawa aku pulang ke Malaysia dengan 1001 kenangan. Aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 10.30 p.m dan terus pekena capati... arh... lega rasanya dapat makan makanan Malaysia..

Insyaallah jika ada rezeki, aku akan kembara lagi.. Bye bye.. Wassalam..