Showing posts with label My Opinion. Show all posts
Showing posts with label My Opinion. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

Celcom Penipu Besar....

Pembaca Budiman...

Sorry dengan tajuk pilihan aku untuk entry kali nih. Tapi memang sah Celcom yang menjadi penyedia rangkain telefon mudah alih dan internet tanpa wayar terbesar negara mempunyai agenda tersembunyi dalam kempen atau perkhidmatan yang disediakan. Terutamanya perkhidmatan berkaitan dengan broadband, dan yang lebih malang perkhidmatan yang mengarut dan tak berfaedah ni terdapat dalam pelan Pascabayar, terutama mereka yang melanggan perkhidmatan Celcom Broadband. Kalau korang terlibat cuba semak bill korang semua. Mana tau kut-kut, korang semua pun salah satu mangsa kebijaksanaan sistem Celcom.

Aku bukannya apa, kenapa kita perlu bayar pada perkhidmatan yang kita tidak gunakan. Biasanya pengguna Celcom yang tak pernah melihat Bill Celcom secara terperinci akan terlepas pandang perkara ni semua. Kalau korang perasan, kita selalu menerima sms menawarkan lagu, screen saver, ringtone dan bla-bla-bla hinggalah bekalan gadis manis melalui sms. Erm,... aku percaya ramai di antara kita tidak menggunakan perkhidmatan ni, tapi selalu diberi tawaran yang bukan-bukan. Katanya zero charge (RM0.0) di permulaan sms. Tapi rupa-rupanya ada charge dengan alasan gadis call center tu kata, sebab kita tak bagi respon pada message tu. Erm... betul ker begitu, di mana hak kita sebagai pengguna. Sedangkan kita tak melanggan pun. Jadi aku ambil tindakan terus ke Celcom Centre untuk uruskan perkara ni, akhirnya aku dapan pelepasan sebanyak RM180.00, tanpa perlu bertekak, aku tunjuk jer, dia terus faham. Aku pun tertanya-tanya, biasanya syarikat telco susah nak bagi pelepasan, agaknya memang benda ni dirancang kut... tp bagi bayaran yang lepas Celcom tak bagi pelepasan pun. Maknanya sebelum aku sedar, sudah lama aku tertipu. Cuba korang bayangkan, bagi orang kampung yang tahu guna dan bayar jer bill telefon tu, dah berapa banyak dah ditelan oleh Celcom.

Lagi satu, perkhidmatan PraBayar Celcom Broadband... bagusnya perkhidmatan ni. Tapi berhati-hati, kalau korang gunakan telefon sebagai modem. Hari tu kawan aku telah menghadapi satu masalah yang serius berkaitan perkhidmatan ini. Dia telah melanggan untuk 1 hari perkhidmatan ini dan bayaran yang dikenakan adalah RM 6 untuk 24 jam. Tapi selepas 24 jam Celcom masih mengenakan caj penggunaan internet berdasarkan tarif perkhidmatan WAP Celcom... korang tahu berapa cajnya... Erm 10sen bagi 10kb... mahal kan. Dalam masa 2 hari talian kawan aku kena bar dengan alasan kawan aku tak disconnect broadband tu dengan betul... sedangkan xder plak arahan atau tunjuk cara untuk berhentikan perkhidmatan itu... kerana selepas tempoh 24 jam, secara otomatik perkhidmatan tu diberhentikan. Persoalannya, macamana plak Celcom boleh caj atas penggunaan WAP Celcom, sedangkan kawan aku xgunapun perkhidmatan tu.

Nasihat aku buat semua, tak kiralah dengan siapa sekalipun kita berurusan, kita kena pastikan kita betul-betul memahmi terma dan syarat perkhidmatan, kerana dia orang tu bisnes, ada peluang dia pulun jer apa yang dapat. Daripada menjadi mangsa rembatan dia orang baik kita guna duit tu untuk tujuan kebajikan... tak begitu ? Korang pernah tak lalui perkara begini ? Komen la cket....


Monday, January 11, 2010

ALLAH...

Pembaca Budiman...

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang alim, apatah lagi mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama, namun atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam dan berdaya untuk menulis sebaris dua ayat, aku terpanggil untuk menulis entry ini. Ideanya dah 3, 4 hari lepas, namun atas desakan kehidupan, aku tidak berkesempatan untuk melunaskan hajat yang terbekam di hati.

Kecoh satu Malaya, apabila mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penulisan buletin yang dikeluarkan oleh penganut Kristian Katolik. Aku heran, naper ngn tetiba penganut Kristian Katolik nak membahasakan tuhan mereka sebagai Allah. Aku tahu ALLAH azzawajalla adalah tuhan atau pencipta kepada semua makhluk. Namun dalam konsep keimanan kepada Allah atau Yang Maha Berkuasa, pastinya mereka semua tidak beriman kepada Allah. Aku tidak pasti apakah tujuannya mereka menggunakan nama Allah. Walhal sudah jelas mereka semua tidak beriman kepada Allah. Yang menyedihkan, wujud juga di kalangan umat Islam di Malaysia yang menggelarkan diri mereka golongan liberal atau dengan kata lain Islam yang lebih terbuka. Di mana pada anggapan mereka tidak salah perkataan Allah diguna pakai oleh agama lain sedangkan sudah jelas Islam menegah kita dari mendekati perkara syubhah atau perkara yang tidak jelas hukumnya samaada halal atau haram. Sebenarnya tidak perlu wujud Islam liberal atau sebaliknya, kerana Allah telah jadikan Islam itu sebagai sebuah agama yang suci lagi sempurna.

Apa yang menjadi kebimbangan aku di sebalik isu penggunaan nama Allah ini adalah, apabila golongan yang lemah imannya, atau yang cetek ilmu agamanya, mula beranggapan bahawa agama Islam dan Kristian adalah sama kerana berkongsi Allah yang sama. Mungkin hari ini belum berlaku, namun pada masa akan datang, tiada siapa yang dapat menduga... Apatah lagi, sekarang pun isu murtad semakin menjadi-jadi, kes permohonan bertukar kepada agama asal bagi muallaf juga semakin banyak dan golongan yang hidup jauh dari budaya Islam juga semakin berleluasa. Sekiranya sekatan tidak diambil dengan segera, aku sangat bimbang anak-anak melayu yang inginkan kebebasan akan memilih jalan hidup dan pegangan yang salah. Menjadi satu kebimbangan juga, jikalau kita tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan bersopan kepada Allah, tuhan sekalian alam.

Dari itu semi kepentingan Islam sejagat dan kepentingan Islam di Malaysia khususnya... Marilah bersama kita memperteguhkan Saf dalam mempertahankan hak kita. Bukan dengan keganasan, tetapi melalui saluran yang betul, kerana Islam itu agama perdamaian, persaudraan dan global.

Apa plak kata korang tentang isu ni.... komen la sikit.

Tuesday, January 5, 2010

RON 95 @ RON 97

Pembaca Budiman...

Aku tahu korang semua tahu apa itu RON 95 @ RON 97 kan ?... Yer, itulah gred petroleum yang digunakan di Malaysia selaras dengan kehendak Protokol Rumah Hijau yang dipersetujui bersama di Geneva dalam Kempen Langit Biru... Tapi kali ini aku bukan nak cakap pasal deklarasi yang dipersetujui, tapi tentang penjimatan antara kedua-dua petrol ini.

Pernah tak korang cuba bandingkan penggunaan kedua-dua petrol ini ?... memang ler dr segi harga berbeza... RON 95 lebih murah berbanding RON 97... tak silap aku, bezanya 20 sen/liter. Walaupun begitu mengikut pengamatan dan pemerhatian aku, walaupun RON 97 adalah lebih mahal, tapi penggunaan petrol adalah lebih baik, aku tak tahu apa sebabnya... Mungkin kerana additive yang terkandung dalam minyak tu, maka pembakarannya adalah lebih efisyen dan kereta pun lebih power, terutama sekali kalau korang guna kereta auto. Korang cubalah sendiri, mungkin kereta aku o.k, belum tentu dengan kereta korang plak... Buat dulu percubaan seminggu, than baru tengok resultnya... Bagi komen korang plak... Jangan lupa tu...

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010

Pembaca Budiman...Sudah setahun masa berlalu... macam mana, dah tercapai semua azam, cita-cita atau mungkin angan-angan yang dirancang... Sekejap jer masa berlalu, pejam-celik, pejam celik dah habis setahun. Seperti yang dikata, bila dunia dah nak sampai penghujung, masa makin cepat berlalu... Seeloknya kita muhasabah diri kita, supaya kita dapat tahu sejauh mana kemajuan dan pembaharuan yang telah kita lakukan untuk diri sendiri, agama dan masyarakat.

Biasalah kan... sudah menjadi satu budaya di Malaysia, malam tahun baru disambut dengan meriah dengan pakej maksiat sekali... bak kata kawan aku "malam tahun baru, ramai bakal melahirkan anak baru" maksudnya seks bebas akan berleluasa... Tapi memang begitu, budak-budak perempuan Malaysia ni ramai yang mudah tergilakan jantan, bukan sahaja yang kaya, yang miskin pun takper. Sanggup jadi petani di negara orang, semata-mata kerana jantan. Tanah kat Malaysia ni masih luas kalau rajin nak berbakti. Apa mandrem yang dia orang pakai, hingga pompuan malaysia sanggup tinggalkan mak bapak, sahabat handai dan rakan taulan. Dan yang paling mengejutkan budak perempuan umur 14tahun, anak penyarah plak tu... keluar rumah malam-malam buta semata-mata nak bertemu jantan. Jantan pantang kalau jumpa betina... apa lagi menjadi habuan ler... Ntah ler, aku tak faham... kekadang aku tengok, mak dengan anak sama seksi sama mengancam... macam pertandingan plak... kalau camni situasinya, macamana la... mak nak jadi contoh baik untuk anak... mintak Allah jauhkan dari kita semua...

Tapi dalam banyak isu kat dunia ni, yang paling menyedihkan adalah warga Palestin. Dunia tidak mendengar rintihan dan tangisan mereka. Dari kalangan negara arab sendiri pun, buat tak nampak jer... pelik kan... Ini semua terjadi adalah kerana tidak bersatu padu... walaupun kita mempunyai fahaman dan pegangan yang berbeza, namun kita harus ingat... Bersatulah, demi kedaulatan agama, bangsa dan negara... Bagi yang lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun boleh la baca pada petang ni... sebelum solat maghrib dan selepas solat maghrib... semoga hidup kita dibawah lindungan Allah hendaknya... Selamat Tahun Baru...

Wednesday, December 23, 2009

Jiwa Kosong Episod 1

Pembaca Budiman...

Aku bersetuju dengan komen pembaca budiman aku yang telah sudi mencatatkan komen terhadap pandangan aku... Terima Kasih, klik lagi blog ini dan berilah komen supaya blog ini menjadi lebih baik dan membina untuk semua.

Memang benar niat yang baik tidak semestinya natijahnya baik... tapi kita kena ingat firman Allah ; mafhumnya : "sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat", perkara yang menggagalkan niat kita adalah amalan atau perbuatan kita. Kerana dalam proses kita melengkapkan niat kita, syaitan laknatullah sentiasa mencuri ruang untuk merosakkan amalan baik kita. Justeru itu di sinilah, hati yang kental (qalbu) atau roh yang kuat imannya akan membimbing kita supaya tidak terbabas dari matlamat asal. Marilah kita bersama muhasabah diri, moga-moga kita semua tergolong dalam orang yang kental imannya...

Friday, December 18, 2009

Jiwa Kosong

Pembaca Budiman ...

Bercakap pasal jiwa kosong ni, bukan lah kerana aku rasa jiwa aku kosong. Idea ni aku dapat masa aku pergi massage dengan salah seorang kenalan dalam dunia outdoor yang aku gemari. Kiranya almost 9 years aku kenal kawan aku ni. Selalunya topik perbualan antara aku dengan dia lebih kepada kerjaya dan pengalaman dalam dunia outdoor. Tapi kali ni perbualan aku antara aku dan dia lebih tertumpu kepada aspek kerohanian. Rupanya... dia mempunyai idea dan pengetahuan yang agak baik dalam hal-hal keagamaan...

Katanya, kita selalu menyalahkan persekitaran apabila prestasi kerja kita tidak baik... sebenarnya kemerosotan prestasi kerja kita adalah berpunca daripada jiwa yang kosong. Iaitu jiwa yang tiada matlamat, jiwa yang tidak ikhlas, jiwa yang tiada keinginan dan macam-macam lagi. Jiwa yang kosong adalah Jiwa yang Mati. Sebenarnya jika hati kita suka semua benda menjadi mudah, tiada benda yang dapat menghalang. Tapi jika jiwa kita kacau, resah, gundah... semua usaha tidak sepenuh tenaga, maka hasil kerja kita juga kurang baik... Aku suka prinsiple ni... apa yang penting, dalam hati kita, dengan kata lain, niat yang baik akan jadi baik...

Wednesday, December 9, 2009

Kereta Terjun di KB Mall...

Pembaca Budiman...

Kecoh satu Malaya, itulah yang sesuai dikatakan ... walaupun begitu bukan itu yang aku ingin tuliskan. Aku sure, korang semua dah dapat berita yang tepat tentang kejadian tu ... Takziah kepada dua keluarga mangsa yang menjadi korban dalam tragedi yang tragis dan sadis ini ... Alfatihah buat yang tiada ... sementara yang cedera parah, didoakan semoga akan pulih dengan segera ...

Aku tertarik dengan kenyataan Tok Guru : " Kejadian ini adalah takdir Allah, dinding yang kuat dan kukuh pun boleh roboh atas kehendak Allah" gitu lah lebih kurang statement Tok Guru. Aku bukan nak pertikaikan, memang semua kejadian adalah Qadha' dan Qadar Allah. Namun kita juga mesti berusaha untuk mengelak dari kejadian-kejadian buruk terus berulang kerana kecuaian manusia atau mungkin penyelewengan dalam projek-projek yang dibina. Aku tengok orang Islam selalu mengambil jalan mudah, menerima sesuatu kejadian sebagai takdir... dan menolak semua tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas pihak yang terlibat. Kita mesti melihat sesuatu perkara dengan lebih jauh ... bukan aku berniat menghasut supaya kita bergaduh atau berlawan ... tetapi berfikir secara positif dan hikmah ... kalau kita dapati ada kecuaian atau kepincangan yang boleh dibetulkan untuk kebaikan masyarakat, maka adalah wajar kita bertindak ... bukannya apa, sebagai satu pengajaran kepada pihak berwajib ... sebab kita tahu manusia ni tak terlepas dari hasutan syaitan ... kekadang dia bertindak dengan betul, kekadang tu bengkok gak .... Apa kata korang plak ... patut ke kita terima semua kejadian sebagai takdir Allah ...

Tuesday, August 18, 2009

Yasmin Ahmad

Pembaca Budiman...

Allahyarhamah Yasmin Ahmad, tidak asing bagi kita semua. Seorang bintang seni yang telah banyak mencipta nama di persada antarabangsa. Namun berapa kerat di antara kita yang mengenali beliau dengan baik. Semasa hayatnya, arwah banyak dikritik dgn hebat melalui hasil kerjanya. Ramai yang tidak dapat memahami dan menyelami bahasa seni yang cuba disampaikan melalui karyanya. Bahkan ada juga idea yang diketengahkan mengundang kontroversi. Aku sendiri cukup kagum dgn hasil seni beliau, bahkan ada juga yang aku kritik kerana dangkal dalam menilai mesej dan idea yg ingin beliau kongsi. Astro melalui saluran khas Yasmin Ahmad Dalam Kenangan 110 ( kalau tak silap ) banyak mengupas dan memaparkan perjalanan seni, hasil kerja, keluarga, sahabat handai dan insan - insan yg mengagumi kerjanya. Sungguh hebat insan ini pada mata mereka semua. Sesungguhnya kehilangan beliau adalah satu kehilangan yg amat besar, bukan sahaja sebagai penggiat seni, tetapi sbg anak, sahabat dan warga Malaysia yg kreatif dan asli hasil kerjanya. Aku percaya hatinya sesuci hasil seninya, tingkahnya selembut tuturnya, kasihnya semanis senyumnya.... walau siapa pun Yasmin Ahmad pada mata anda, marilah bersama kita sedekahkan Ummul Kitab untuknya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan insan yang beriman... Al-Fatihah....

Friday, August 14, 2009

Pandangan Aku ...

Pembaca Budiman...

Salam 1 Malaysia buat korang semua...

Ini hanya pandangan aku dari apa yang aku perhatikan dan aku faham, kalau berbeza dengan pandangan korang semua tu sowwy la yer... ISA atau Internal Security Act atau dalam bahasa ibundanya Akta Keselamatan Dalam Negeri. Bagi aku akta ni ada banyak baiknyer pada negara, kita tak boleh samakan negara kita dengan negara orang lain... Aku percaya di setiap negara pasti ada satu badan khas yang akan bertindak bagi memastikan isu-isu keselamatan dalaman sentiasa terkawal. Kalau US dia orang ada FBI, walaupun nama yang berbeza-beza, tapi hakikatnya tujuan adalah sama... Untuk menangani isu-isu yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan keamanan negara.

Aku rasa dalam persekitaran negara kita, ISA telah banyak membantu pihak kerajaan dalam mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Aku percaya sekiranya akta ini sudah tidak wujud, maka makin ramai pihak muncul dengan pandangan yang berbeza-beza dan mungkin menjurus kearah fitnah, hasutan, ajaran sesat dan sebagainya. Bagi aku apalah ISA jika nak dibandingkan dengan keamanan dan kemakmuran hidup di bumi Malaysia sekarang. Sanggup ker korang semua menggadai tu semua... Bagi aku orang yang menyokong pemansuhan ISA adalah kerana mereka mempunyai tujuan peribadi yang sudah tentunya menyalahi prinsip Rukun Negara...

Kalau nak dibincangkan masih banyak lagi... Just tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran dan bayangkan keindahan Malaysia hari ni, boleh ker kita beli keindahan itu semua kalau bumi Malaysia dah jadi macam Palestin, Iraq atau masyarakat melayu di selatan Thailand, atau etnik Uighur di Xinjiang China... Walau air mata darah sekalipun mengalir, apa yang hilang tak mungkin akan kembali lagi... fikir-fikir kan wahai Malaysia.