Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Kabare

Sorry to every one.... lama betul aku tak buat entry untuk blog ni.... busy katanyer... kalau korang semua sudi, jengok ler blog aku yg lg satu, hanya memuatkan gambar wedding yg aku ambik.... he he he he he... promote bisness sikit... kalau korang suka dengan hasil kerja aku, jgn segan-segan... book cepat2, kut nanti terlepas pulak... www.idealpickcheers.blogspot.com. Banyak yg hendak aku citer kat sini, tp sekarang ni tgh sibuk editing gambar.... lain kali jer lah aku citer...

Saturday, January 15, 2011

Kelab Pendidikan Kanu Bersatu

Pembaca Budiman.....

Erm..... rasanya bagai satu mimpi apabila hasrat untuk menubuhkan sebuah kelab kayak hampir terlaksana. Harapnya tak der apa yang akan menghalang hasrat murni ini. Sebenarnya impian yang hampir berjaya direalisasikan ini, bukanlah usaha aku sorang, tetapi hasil dari usaha gigih sahabat aku Mr. Kamalul n Mr. Eris. Kami berkongsi minat yang sama iaitu kayak, dan usaha ini menjadi semakin jelas dengan khidmat nasihat dari Presiden Persatuan Kayak Terengganu dan juga galakkan dari pegawai di Jabatan Belia Negeri. Dorongan dan bimbingan dari agensi ini telah menyuluh jalan bagi kami bertiga untuk membina satu platform supaya sukan kayak dapat dikembangkan di negeri Kelantan ini.

Sebenarnya matlamat kami sangat besar. Selain dari untuk memajukan sukan berkaitan kayak di Kelantan, kami juga bercita-cita untuk mencipta sejarah dengan menghantar peserta acara kayak dalam SUKMA pada suatu hari nanti..... insya-allah. Harapnya hasrat kami ini akan dimakbulkan Allah s.w.t.

Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En. Dali..... Ketua Pemuda UMNO, Cawangan Pengkalan Chepa kerana menyokong hasrat ini. Bantuan dan sokongan tuan untuk mendapatkan sebuah lokasi bagi dijadikan pengkalan aktiviti sangat kami hargai. Jasa dan pertolongan tuan, tak mungkin dapat kami balas, hanya Allah s.w.t yang mampu berbuat demikian. Insya-allah... jika kita berbuat baik, nescaya baik lah juga Allah anugerahkan untuk tuan.

Aku rasa sangat teruja..... semoga cita-cita ini akan terlaksana dalam sedikit masa lagi..... tunggu pengumuman pelancaran kelab. So korang semua jangan lupa KLIK lagi di sini..... See Ya....

Logo Kelab Pendidikan Kayak Bersatu

Tuesday, July 13, 2010

Gunung Stong : An Exploration

Pembaca Budiman,

Rasanya sudah terlalu lama aku tak menulis kat blog ni. Almost terlupa kekadang tu. Busy ke aku ? ... Erm, boleh kata begitu jgak, atau mungkin sibuk ngn facebook hingga terlupa untuk update blog ni. Agknya era blog dah menurun cket, fb dah mula mengambil tempat...

Korang tengok tajuk di atas tu... Erm... Gunung Stong, sebenarnya dah lama aku nak daki gunung ni, tapi tak berkesempatan. But this time, he he he.... dgn bantuan rakan, aku telah dapat menyertai program ini. Sebenarnya program ni dianjurkan oleh sekolah, sementara aku dan rerakan plak bertindak sebagai Jurulatih Pengiring.

Perjalanan kami bermula dari Stesen Keretapi Wakaf Bharu, kami dijadualkan menaiki keretapi pada jam 4.00am. Seperti dijadualkan, keretapi tiba mengikut jadual dan kami dijangka sampai di Stesen Dabong pada pukul 7.00am. Sepanjang perjalanan, aku tak buat apa-apa kecuali, menyambung mimpi yang belum sempurna. Bila aku sedar, budak sekolah penuh dalam koc keretapi, kerana budak-budak dari kawasan pedalaman menggunakan perkhidmatan keretapi utk sampai ke sekolah. Terkulat-kulat aku dibuatnyer... tp buat derk jer...

Lebih kurang jam 6.50am, kami selamat tiba di Dabong, selepas selesai pengurusan diri dan peserta, kami semua makan dulu sebelum memulakan perjalanan ke kaki gunung dengan van. Dalam lebih kurang pukul 10.00am kami memulakan pendakian dan dijangka sampai ke Kem Baha dalam pukul 1.00pm.

Orang kata, klu persediaan tidak mencukupi jgn diduga lautan yg dalam... Ya.. Allah, cabarannya sungguh menduga keringat... tp aku tak mengalah, aku gagahi juga dan selamat sampai ke kem seperti yang dirancang. Semasa tiba di kem, kami menyedari beberapa perkara, aku dan rakan jurulatih rupanya tak bawa beras dan alatan memasak. Apa lagi, kami kenakan syarat setiap kumpulan mesti dermakan segenggam beras utk kami, he he he... akhirnya dapat gak makan nasi...

Selepas makan tengahari, kami telah bergerak ke Air Terjun Telaga Tujuh yg hanya 15 minit dari tapak perkhemahan kami. Wah.... bestnyer... seronok mandi manda menyegarkan tubuh setelah penat mendaki... berbaloi...

Malamnya selepas makan malam, hujan mula turun.... so apa lagi, aku sambil berbual-bual ngn rakan sekhemah... tiba-tiba aku sedar dan tengah malam... mungkin penat kut, sambung lagi mimpi yang belum selesai....

Nanti aku sambung lagi kisahnya OK.... jgn lupa KLIK di sini.... adios...

Thursday, May 27, 2010

The Opening.....

Pembaca Budiman.....Pada 10 May 2010, Klapa Restaurant telah dibuka kepada umum. Konsep yang dipilih ada melayu kontemporari. Ianya bukanlah sebuah restoran yang eksklusif, tapi kami cuba menonjolkan kelainan dari segi penampilan kami. Apa yang penting kami cuba mewujudkan sebuah tempat yang selesa untuk anda semua menikmati masa makan anda.

Suasana yang selesa



Restoran ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 12 malam. Makan tengahari dengan hidangan ala kampung. Pelbagai juadah disediakan dari lauk pauk tradisional kelantan, thai, india dan ulam-ulaman segar beserta dengan budu, sambal belacan dan tempoyak. Restoran kami menghidangkan tulang singgam, keli phad phed, asam pedas, ikan bakar air asam, kari india, sambal petai dan pelbagai lagi.

Pada waktu makan malam, kami menghidangkan pelbagai jenis masakan panas yang akan memenuhi selera dan citarasa anda. Usah anda risau dengan harga kami, kerana ianya sangat berpatutan. Anda tak percaya ?. Sila lah berkunjung ke restoran kami, anda pasti akan tertawan dengan kemesraan dan citarasa kami..... Jumpa di sana.....

Monday, May 10, 2010

Kursus Fotografi


Pembaca Budiman,

Pada hujung minggu yang lepas (7&8 May 2010) aku telah menyertai satu Bengkel Fotografi dibawah kelolaan Mr. Sham Khaleefa dan Mr. Ariffin Mukhtar. Tema pada kali ini adalah Modern Portraiture and Landscape. Lokasi yang dipilih adalah Kuala Terengganu and yang bestnyer kami semua menginap di Hotel Primula.

Sesampainya kami semua di hotel, selepas urusan check in selesai, sesi fotografi pun bermula. Tq to Icha and Fakh yg telah menjadi model bg sesi fotografi sepanjang bengkel ini berlangsung. Kelas bermula dengan Indoor Portraiture.... Hasilnya.... Walla..... memang menjadi. Mr. Ariffin banyak memberi tips dan tunjuk ajar, di samping geng-geng yang lain yang turut berada di situ.

Than selepas minum petang, kita semua turun ke pantai bagi sesi fotografi Landscape. Mr. Sham banyak memberi tunjuk ajar, tunjuk cara, dan setting kamera bagi mengambil gambar Landscape. Apa yang penting adalah tips dan pengalaman dua otai ni dalam dunia fotografi. Sallute ngn kedua-dua Sifu ni.

Mlmnya adalah sesi post-mortem sesi fotografi tadi. Mr. Sham and Mr. Ariffin banyak memberi tips dan berkongsi pengalaman mereka dalam menghasilkan gambar yang baik dan lebih baik. Dalam sesi ini juga peserta didedahkan dengan kesalahan biasa yang dilakukan semasa mengambil gambar.

Esoknya, pepagi hari kami semua dah keluar menuju ke Pantai Chendering untuk sesi outdoor bagi mengambil gambar Sunshine. Cantik betul, semua peserta gigih mencari angle yang sesuai agar dapat shot yang baik.

Than the last session adalah Outdoor Portraiture. Sepanjang bengkel ini, kami diajar menggunakan keupayaan kamera pada tahap maksimum. Kami didedahkan dengan teknik available light atau natural light. Hasilnya memang superb.

The last one before we leave the hotel is group photo... he he he, rasa enjoy and seronok sekali... after all aku shoot 408 keping gambar n rasanya semua cantik... ha ha ha, perasan. Once again, tq very much Mr. Sham and Mr. Ariffin... Semoga pertemuan ini menjadi satu jambatan untuk persahabatan yang lebih baik...

Nanti KLIK lagi untuk cerita terkini...

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Cai

Pembaca Budiman...


Cerita pasal Tahun Baru Cina ni memang seronok... dulu masa aku kerja kat Penang, aku ada seorang best friend dari keturunan teonghwa... bukan sahaja dia yang baik, bahkan parent dan adik beradik dia orang pun baik ngn aku... terutama sekali ayahnya... suka bercerita kisah zaman mudanya... aku cuba memahami budaya masyarakat teonghwa ni, sementara dia orang pula banyak belajar budaya melayu dan islam dari aku... rupa-rupanya, orang cina ni tidak tahu nak bezakan antara budaya melayu dan islam... semenjak aku rapat dengan seluruh ahli keluarga ni, mereka dengan sengaja akan mencari restoran halal untuk makan besar supaya aku boleh join bersama... biasanya kat Equatorial Hotel... mahal beb, biasanya RM1000 ke atas. Aku percaya, kalau kita berbuat baik... balasannya juga baik, bukan sahaja di dunia, pasti juga di akhirat. Aku cuma berharap, mereka semua akan terbuka hati untuk memeluk islam dengan nilai-nilai baik yang aku tonjolkan... sempat berdakwah lagi tu.... but this year aku xleh nakmjoin dia orang makan besar, coz aku ada tugasan lain yang harus diselesaikan.

Tahun ni tahun harimau... mengikut teorinya tahun ini adalah tahun harimau putih, bagi sesetengah masyarakat cina, harimau putih tidak membawa semangat yang baik... justeru itu, mereka percaya tahun 2010 adalah tahun yang agak mencabar dan harus ditempuhi dengan berhati-hati.

Apa pun, aku cuma nak ucap selamat bercuti kepada semua dan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat teonghwa especially untuk Ah Keong sekeluarga...

Sunday, January 31, 2010

Sentuhan Ajaib...

Pembaca Budiman...

He he he... sentuhan ajaib, apa kobondo ni... Sebenarnya aku nak bercerita pasal refleksologi... Dah banyak kali aku try refleksologi, baik dengan yang celik, mahupun dari golongan OKU... tapi baru-baru ni aku ada try refleksologi dengan sorang kawan yang dah lama aku kenal... dia ni dulu pernah jadi rakan kerja aku, masa dulu tak pernah teringin aku nak cuba ngn dia, sakit..... Ntah camana, 3 4 minggu lepas aku mula menjadi pelanggan tetap dia plak... ngn dia ni dia tak buat terus habis, tapi step by step... masa mula-mula start hari tu ok jer, tapi sekarang dah mula rasa sakit-sakit bila tekan pada point-point tertentu... tapi lepas tu rasa lega, sihat dan bertenaga... kiranya aku ni masih dalam tempoh rawatan, tapi kesannya amat bagus... lagi satu kawan aku ni, bukan buat urut refleks bodoh gitu jer... dia kombinasikan pengetahuan dan kemahiran dia dalam dunia bomoh dan refleks... tu yang best tu... dia dapat kesan kalau-kalau kita ni terkena buatan orang atau sebagainya... kalau saper nak cuba cakap ngn aku... aku kira khidmat masyarakat, xder komisyen pun.....

Sunday, January 24, 2010

Alfatihah....

Pembaca Budiman....

Takziah kepada seluruh warga Johor atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail... Semoga roh Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman di Jannah mu Ya Allah.... Al-Fatihah

Aku pernah tinggal di Johor dan selalu solat Jumaat bersama Almarhum Tuanku di Masjid Kolam Air. Sebuah masjid yang sederhana di belakang Istana Bukit Serene. Almarhum Tuanku ni, seorang yang pemurah dan baik hati, dan yang paling penting seorang yang sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Sunday, January 17, 2010

American Idol...

Pembaca Budiman...

Erm... American Idol telah muncul lagi... Sudah tentu yang menarik perhatian adalah telatah peserta dan yang seronoknya adalah komen para jurinya, terutama si mulut celupar, Simon Cowell. Walaupun setengah orang kata Simon tu kurang beradab, tapi bagi aku ketelusan dia tu yang telah menjadikan American Idol sebuah program realiti TV yang telah berjaya melahirkan bintang bukan sahaja untuk Amerika, tetapi pasaran dunia... Betul tak ?

Bagi yang terlepas siaran sulungnya pada hari Rabu lalu, bolehlah semak bila ulang siaran bagi episod pertama tu. Kali ini para jurinya seramai 4 orang dan Paula Abdul telah digugurkan. Dengar kata pada season yang akan datang, Simon juga akan menurut jejak Paula. Bayangkan American Idol tanpa Simon Cowell... mungkin dingin cket kut...

Barisan jurinya pada tahun ini ialah Simon Cowell, Randy Jackson, Kara DioGuardi dan Ellen DeGeneres. Walau bagaimanapun, untuk episod semalam DeGeneres telah digantikan oleh Victoria Beckham sebagai juri jemputan.

Suka jugak aku tengok program ni, selaian dari aksi peserta yang bodoh-bodoh sial, suka juga dengar komen dari juri dan yang seronok apabila dia orang ni sepakat mempermainkan peserta yang poyo....

Monday, January 11, 2010

Kembara ku...

Pembaca Budiman...

Kembaraku akan bermula lagi... Tunggu..................

Mencipta kenangan... menjalin cinta, he he he...

Wednesday, December 30, 2009

DIY Custom Album...


Pembaca Budiman...


Trend sekarang agaknya, orang semakin ramai yang suka buat Custom Album. Tak kiralah, untuk wedding ker, percutian ker, newborn baby ker atau apa-apa peristiwa penting... atau mungkin sebagai portfolio kalau korang bercita-cita nak jadi model...

Dulu benda alah ni mahal, sekarang korang boleh buat dengan kos yang kurang dari RM200... Cantik seperti yang buat kat kedai gak...Nak tahu caranya ?


Kalau dulu Custom Album ni mahal... nak kena bayar Jurugambar lagi... mahu taknyer RM1000 ke atas... camana Ok.. tak idea aku...

Monday, December 28, 2009

The Memory Of Mascot ...

Pembaca Budiman...This is the true story of mine when I was in Penang a few years ago. I did part time job at Dairy Queen Ice Cream in KOMTAR, and it was my first day. As usual, for newly opened branch there will be a 'giler-giler' promotion and a mascot is a must.

The Branch Manager ask me to became the mascot and I refused. I stand firm, not to do so... Than the Area Manager ask the Branch Manager to wear it (Jahat tak aku.... manager yang kena) masa tu hitam muka manager tu nak marah kat aku. Tapi aku selamba jer... than i just guide him over the people at the mall... Once we walk into the mall and give the discount coupon, ramai orang yang datang menerpa... than ramai plak yang ketuk-ketuk maskot tu... sampai manager tu mengamuk dan naik angin. Dia marah kat aku kerana tak jaga betul-betul... he he he... nak buat macam mana, aku larang tapi diaorang tak ikut, sekali aku larang... 3, 4 kali dia orang ketuk.... Tapi last sekali sebelum manager tu keluar dari maskot tu... tetiba, ada seorang budak dalam 5 atau 6 tahun, terajang maskot tu dan manager tu jatuh tergolek... pecah perut aku ketawa... xleh nak kata apa... Sampai sekarang kalau aku tengok maskot aku pasti akan ingat peristiwa tu...

Sunday, December 27, 2009

The Mascots...

Pembaca Budiman...

Sekarang semua produk boleh dikatakan mesti ada maskot atau ikon bg mempopularkan produk mereka... atau juga supaya orang mudah ingat produk mereka... kalau difikirkan, bagus jgak kan ... menarik perhatian pengguna untuk mengetahui tentang sesatu produk... agaknya saper yang fikirkan idea nak wujudkan maskot ni... korang tahu ? Agaknya apakah benda maskot pertama kat dunia ? Ini adalah maskot-maskot Fifa World Cup... mengikut maklumat ini adalah kesemua maskot dalam world cup... maknanya sebelum ni world cup xder maskot lah... Apa pendapat korang tentang maskot ni ? Aku ada citer tentang maskot ni... nanti next entry aku citer cket...

Friday, December 25, 2009

Selamat Bercuti...

Pembaca Budiman...Selamat bercuti kepada semua warga Malaysia dan kepada yang terlibat "Selamat Hari Natal" bagi yang memandu, pandulah dengan selamat dan ingatlah orang yang tersayang... tak kiralah saper pun... jangan kegembiraan bercuti, berakhir dengan tragedi...
Hari natal ni, aku pun ada kenangan. Bukan kenangan sambut Hari Natal tapi program Tv pada hari tersebut. Aku ingat lagi, masa kecik-kecik dulu Tv pun xbanyak siaran, bukan cam sekarang.... macam-macam ada. Dulu bila musim perayaan macam ni, banyak program spesel disiarkan seperti sarkas, movie dan yang paling penting, kartun yang best-best... seharian dok depan Tv jer lah kerjanya... tapi seronok... sebab masa tu bukan semua orang ada Tv, jadi abislah bebudak dalam kampung datang ke rumah untuk tengok Tv... meriah betul... tapi yang paling seronok makcik aku lah... sbb dia ada kedai runcit, laris jualan, aiskrim, gula-gula, junkfood n bla-bla...

Korang plak, camana ? ada kenangan tak ?

Monday, December 7, 2009

Jabulani

Pembaca Budiman...

Jabulani.... nama bola rasmi sempena World Cup 2010 South Africa edisi ke 11... Jabulani di ambil dari bahasa kaum Zulu yg bermaksud "to celebrate" . Ianya terdiri dari 11 elemen warna yang menggambarkan warna-warna pasukan yg bertanding, 11 bahasa yg mewakili setiap etnik mendiami Afrika Selatan bersedia menyambut kedatangan peminat bola sepak dr seluruh pelosok dunia. Rekabentuknya menunjukkan wajah negara Afrika Selatan yg pelbagai dan harmoni. Kedua-dua elemen ini akan mewarnai sambutan dan kedatangan FIFA World Cup 2010.

Jabulani telah dibangunkan oleh ADIDAS dan digambarkan sebagai bola yang cukup sempurna. Teknologi yang digunakan membolehkan ia dikawal pada tahap maksima, stabil semasa melayang di udara dan sempurna di atas semua bentuk permukaan. Bola ini dikatakan sebagai bola yang paling stabil, tepat dan tidak dapat ditandingi oleh pengeluar lain. So... kita just wait and see, adakah pemain dapat menggunakan kecanggihan bola ini dengan sebaik mungkin...

Sunday, December 6, 2009

World Cup 2010

Pembaca Budiman ...Semua orang tahu World Cup 2010 akan berlandsung di Afrika Selatan... Ini merupakan kali pertama World Cup di bawa ke Benua Afrika... Kalau dulu penganjuran World Cup terbatas kepada Benua Eropah dan Benua Amerika... Sehinggalah Jepun dan Korea telah dipilih menjadi tuan rumah bersama bagi World Cup Edisi 2002... Ini menggambarkan FIFA mula menerapkan sikap terbuka dalam penganjuran World Cup... seperti semua korang tahu, sukan telah dinobatkan sebagai satu medan pertemuan untuk membentuk persefahaman dan keamanan sejagat. Walaupun cita-cita murni ini masih jauh untuk digapai, namun tidak mustahil... Tinggal 186 hari jer lagi, kemeriahan World Cup akan berpesta di Afrika Selatan...

Ini adalah Zakumi... ia diilhamkan dari seekor harimau bintang dan digambarkan sebagai menghiburkan, berkeyakinan, bersahaja dan suka mengusik. Suka bermain bola sepak, mengambil berat, peramah dan suka bersahabat. Suka menampilkan yang terbaik dan selalu bertindak mengikut naluri dan intuitif.
Undian kumpulan Piala Dunia 2010

Kumpulan A
Afrika Selatan
Mexico
Uruguay
Perancis

Kumpulan B
Argentina
Nigeria
Korea Selatan
Greece

Kumpulan C
England
Amerika Syarikat
Algeria
Slovenia

Kumpulan D
German

Australia
Serbia
Ghana


Kumpulan E
Belanda
Denmark
Jepun
Cameroon

Kumpulan F
Itali
Paraguay
New Zealand
Slovakia

Kumpulan G
Brazil
Korea Utara
Ivory Coast
Portugal

Kumpulan H
Sepanyol
Switzerland
Honduras
Chile

Macamana dengan undian kumpulan ni... Korang rasa, kumpulan mana yang paling kuat dan yang mana plak yang kureng ... Bagi aku nampak cam seimbang jer... perhal pun... cuba komen cket...

Venue World Cup 2010 South Africa

Saturday, December 5, 2009

No Title...

Pembaca Budiman...

I have no idea, what is the title for this entry... So up to u guys, what u wanna named it... as long as korang understand my wrote. Sejak beberapa hari ni, hujan tak berenti, so nak pgi mana-mana pun kureng sonok cket... just stay kat umah jer. Tp aku tak kisah sangat pasal hujan tu, coz aku busy with the photo editing. Thanks God, xler hari aku berlalu ngn buat tahik mata jer... atau belingkar dalam selimut jer... produktif la gak kan...

Hari ni, cuaca lain cket, matahari pun dah menjenguk memancar suria, rasa sonok plak selepas 2, 3 hari kedinginan... mula la kepala ni berangan bersantai di tepian pantai he... he... he... ala-ala mat saleh gitu.. berjemur... klu ada yg tersayang, erm lagi sonok... jom la berangan...

Tp kat pantai timur sekarang bukan masa yang sesuai untuk berjemur, coz ombak besar, lencun nanti... tempias ombak yg dibawa angin tu, sama gak cam hujan... lg parah, melekit-lekit badan...

Bila musim tengkujuh, gini ler ombaknya... bahaya...

Sunday, November 29, 2009

My Self Today....

Pembaca Budiman...

Today i'm quiet busy with wedding photo session in Kubang Kerian... i've done my job at 7pm than after maghrib rushing to another "Akad Nikah" at Padang Embun Mosque in Tendong, finished at 10pm... after that waiting for late dinner then drive home...

Sorry to Amer, cause can't keep my promise for another sembang session... he... he... he... i enjoy with you... some other time, when u in KB, ok dude...

Sorry to Fareez also, i'm not a good buddy to you... make u felt that way... but sometime, too many things in my head...

Tuesday, November 24, 2009

Berkhatan...

Pembaca Budiman...

Erm... cuti sekolah dah pun sampai. Biasanya kalau cuti panjang begini ada 2 perkara yang paling popular, 1 kerja nikah kawin dan lagi satu kerja potong memotong (bersunat) betul tak ?

Tapi kali ini aku nak berkongsi pengalaman tentang bersunat atau berkhatan ni... bagi setengah budak lelaki ia adalah pengalaman menakutkan... terselit plak keseronokkan, kerana kata orang tua-tua bersunat membezakan antara orang dewasa dan budak-budak. So cuba bayangkan, bila kita berbeza dari kengkawan yang lain... dah tu dapat sembahyang sebaris dgn org dewasa kat surau... Rasa macam ada previllege, gitu.... join the club.

Kalau dulu amalan ni ramai yang dibuat dirumah, tapi sekarang dah kena buat kat klinik atau hospital atas tujuan keselamatan. Kalau dulu-dulu, kena duduk atas batang pisang... erm tak tau kenapa kena guna batang pisang... Tapi sekarang baring jer.. tau-tau dah siap...

Dah siap tu, nak jalan pun susah... rasa janggal sangat... geli... ada yang tak tahan sakit, menangis.... tapi aku dulu ok jer.... relax... sekarang ni giliran aku la plak untuk menenangkan anak buah aku yang baru masuk jawi semalam... kesian, nangis beb... sbb banyak luka... tapi pagi ni aku tengok dah ok... ceria jer... dah hilang sakit agaknyer... tapi masa nak masuk bilik doktor tu, ok jer dia... control macho...

Saat paling mendebarkan ....








He he he... "Abang dah potongkan"... "Of Course".








Camni ler gayanya lepas bersunat... jalan terkangkang-kangkang, tangan kena pegang kain kat depan... ngilu rasenya... tersenyum sorang bila ingat kenangan ni...







( gambar hanya hiasan.... )

Camana dengan pengalaman masuk jawi korang plak ? .... citer la cket...

Sunday, November 22, 2009

Jawapannyer.....

Pembaca Budiman....


Jawapan kepada soalan mengenai kayak ialah : kayak bergeladak tertutup, ada kokpit atau lubang tempat duduk. Contohnya macam gambar kat sebelah tu ... Yang ni jenis Sea Kayak sesuai untuk xpdc ...



Yang ini baru kita panggil kenu.... bezanya ialah geladaknya terbuka... macam perahu atau kolek di tempat kita... tu jerlah bezanya yang utama. Sekarang korang boleh ler tanya member korang plak...