Tuesday, October 28, 2014

Memory Lane.... Penang

Hi.... Luvie....

Lama benar aku tak ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara.  Rasanya lebih kurang sudah 5 tahun aku tak ke sana.  Kalau sebelum ni boleh katakan setiap kali cuti, aku akan menghabiskan masa di sana sambil bekerja.  Jadi penghantar bunga kepada sebuah flourist kepunyaan kawan aku.  Jadi kalau bab jalan di Pulau Pinang, lubang cacing pun aku boleh cari.  Sangat expert.... mana xbisa, macam-amacam tempat aku hantar bunga, dari hotel 5 bintang hinggalah ke rumah pangsa.



Apa yang aku nak kongsi kat sini adalah pengalaman semasa lawatan terbaru aku ke Pulau Pinang semasa cuti sambutan perayaan Deepavali baru-baru ni.  Bukit Bendera atau lebih di kenali dengan Penang Hill, sudah berbeza, Cheq habaq ni..... dengan keretapi yang baru dan juga pembangunan pusat pelancongan yang moden dan tersusun di puncak Bukit Bendera, memang memberi satu kenangan yang berbeza.  Kalau hang pa semua dah lama tak pi Pulau Pinang, boleh lah bawa family sekali melawat ke sana.



Selamat Bercuti.... Jgn lupa KLIK lg di sini.