Thursday, November 24, 2011

Kabare

Sorry to every one.... lama betul aku tak buat entry untuk blog ni.... busy katanyer... kalau korang semua sudi, jengok ler blog aku yg lg satu, hanya memuatkan gambar wedding yg aku ambik.... he he he he he... promote bisness sikit... kalau korang suka dengan hasil kerja aku, jgn segan-segan... book cepat2, kut nanti terlepas pulak... www.idealpickcheers.blogspot.com. Banyak yg hendak aku citer kat sini, tp sekarang ni tgh sibuk editing gambar.... lain kali jer lah aku citer...

Saturday, January 15, 2011

Kelab Pendidikan Kanu Bersatu

Pembaca Budiman.....

Erm..... rasanya bagai satu mimpi apabila hasrat untuk menubuhkan sebuah kelab kayak hampir terlaksana. Harapnya tak der apa yang akan menghalang hasrat murni ini. Sebenarnya impian yang hampir berjaya direalisasikan ini, bukanlah usaha aku sorang, tetapi hasil dari usaha gigih sahabat aku Mr. Kamalul n Mr. Eris. Kami berkongsi minat yang sama iaitu kayak, dan usaha ini menjadi semakin jelas dengan khidmat nasihat dari Presiden Persatuan Kayak Terengganu dan juga galakkan dari pegawai di Jabatan Belia Negeri. Dorongan dan bimbingan dari agensi ini telah menyuluh jalan bagi kami bertiga untuk membina satu platform supaya sukan kayak dapat dikembangkan di negeri Kelantan ini.

Sebenarnya matlamat kami sangat besar. Selain dari untuk memajukan sukan berkaitan kayak di Kelantan, kami juga bercita-cita untuk mencipta sejarah dengan menghantar peserta acara kayak dalam SUKMA pada suatu hari nanti..... insya-allah. Harapnya hasrat kami ini akan dimakbulkan Allah s.w.t.

Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En. Dali..... Ketua Pemuda UMNO, Cawangan Pengkalan Chepa kerana menyokong hasrat ini. Bantuan dan sokongan tuan untuk mendapatkan sebuah lokasi bagi dijadikan pengkalan aktiviti sangat kami hargai. Jasa dan pertolongan tuan, tak mungkin dapat kami balas, hanya Allah s.w.t yang mampu berbuat demikian. Insya-allah... jika kita berbuat baik, nescaya baik lah juga Allah anugerahkan untuk tuan.

Aku rasa sangat teruja..... semoga cita-cita ini akan terlaksana dalam sedikit masa lagi..... tunggu pengumuman pelancaran kelab. So korang semua jangan lupa KLIK lagi di sini..... See Ya....

Logo Kelab Pendidikan Kayak Bersatu

Friday, January 7, 2011

The Story Of National Car : PROTON

Pembaca Budiman.....

Apabila kita sebut perkataan PROTON, kita akan mendengar dan melihat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang menyokong, ada yang mengutuk, ada yang mencebik bibir dan ada juga yang terus pandang dengan pandangan sinis..... Apa lah salah PROTON pada dia orang tu..... Kesian PROTON.....

Aku, sebagai warganegara, sangat menyokong Proton..... bagi aku, Proton adalah sebuah perjuangan negara. Untuk muncul sebagai sebuah negara pengeluar kereta yang mampu menembusi pasaran dunia suatu hari nanti. Aku sangat berharap, suatu hari nanti Proton akan mampu berbuat demikian. Malaysia adalah sesatunya negara membangun yg mampu mengeluarkan kereta sendiri di pentas global dan sesatunya negara Asia Tenggara yg mampu berbuat demikian.

Saga : model pertama keluaran Proton hasil kerjsama dengan MMC

Wira antara model paling berjaya keluaran Proton

Perdana

Semasa Proton dilancarkan pada tahun 1985 dulu, aku masih dibangku sekolah rendah. Tapi aku masih ingat perasaan aku pada masa tu. Sungguh bangga. Kini sudah 25 tahun usia Proton, bahkan 26 tahun pd tahun 2011. Masih muda, dan sudah tentu masih mentah dari segi pengalaman. Sebab itu aku boleh menerima kelemahan yg ada pada teknologi Proton. Walaupun begitu, semenjak Proton menguasai Lotus, sebuah syarikat pengeluar kereta mewah milik British, teknologi Proton semakin cepat berkembang. Isu pengambialihan ini telah menjadi satu isu yg dibincangkan di peringkat global. Bahkan British menjadi bahan herdikan media, kerana Malaysia dulu adalah tanah jajahan British. Aku pada masa tu, aku tersangat mengagumi barisan pengurusan Proton.
Pada hari ini, Proton telah banyak melancarkan model-model yg tidak kurang hebatnya. Kalau dulu Proton bergantung sepenuhnya kepada Mitsubishi Motors Corp, tapi sekarang tidak lagi. Bermula dengan pelancaran Waja, diikuti dengan Gen.2, Savvy, Satria Neo, Persona, Saga, Exora, dan sekarang Proton bakal melancarkan model hibrid untuk pasaran global yg akan membawa nama Emas.

Waja model pertama RnD Proton sepenuhnya
Gen.2

Satria NEO

Walaupun Proton selalu di pandang rendah, namun Proton tetap menongkah arus bahkan sudah berjaya menembusi pasaran beberapa negara luar seperti Thailand, Indonesia, Bangladesh, Brunai, Singapura bahkan terdapat juga di Australia, United Kingdom, Iran, Afrika Selatan, Turkey dan sekarang cuba untuk menembusi pasaran India. Satu pencapaian yg cukup baik..... namun perjuangan ini masih jauh.

Savvy model paling popular di Thailand

Persona model pengganti Wira

Saga model yang akan mengembalikan zaman kegemilangan Proton

Exora model MPV pertama Proton

EMAS model hibrid global

Sepatutnya kita harus mencontohi warga Jepun, Korea dan U.S.A..... mereka sangat bangga dengan produk mereka. Itulah sebabnya kenapa kereta Jepun dan Korea begitu cepat boleh menembusi pasaran antarabangsa. Mereka mendapat sokongan yg sangat jitu dari dalam negara dan sekaligus mengukuhkan pendapatan syarikat. Sekaligus aset yg kukuh mempercepatkan RnD untuk menghasilkan teknologi baru dan model baru yang lebih canggih serta selamat.

Aku bukan nak menolak kekurangan yang ada pada Proton, yg salah dan kurang, tetap aku akui..... sebagai sebuah negara pemain baru dalam industri ini, aku percaya Proton akan cuba mengatasi masalah tersebut dari masa ke semasa..... Sokong Malaysia, Sokong Produk Kita..... Itulah patriotisme yang sebenar. Ini pandangan aku, korang plak camana ?

Jangan lupa KLIk lagi di sini..... apa plak komen korang semua.....

Thursday, January 6, 2011

Bali..... Destinasi Cinta..... Finale

Pembaca Budiman.....

7 Feb

Kisah My Kembara, Bali Destinasi Cinta kembali lg..... Erm..... dah hampir setahun rupanya kenangan ini berlalu, tapi rasa macam baru semalam berlalu..... tp yg dahsyatnyer, citernya masih belum habis lg..... panjang sangat. Sorry la guys.... bukannya apa, busy cket ngn urusan harian, tambah plak tahun 2010, aku baru kenal fb, giler cket..... ala-ala meroyan gitu ngn fb, skali tak kenal tak cinta, tp dah kenal tu, terjelepuk depan PC..... tp bila fikir balik, blog ni lebih beri kepuasan pada aku untuk berkongsi citer ngn korang semua.....

Hari ni adalah last day aku n my wife berada di tanah Bali..... aku n my wife akan terbang pulang ke Malaysia dgn flight tengahari..... xsilap aku 12.30 tghari. Tapi sebelum tu, kita orang sempat lg shopping last minit..... sebelum tidur semalam, aku n my wife hitung semua souvenier yg kita orang beli, mana tahu kut terkurang ker..... nanti ada plak yg kecik hati..... tapi barangan sekitar Legian Street ni semuanya mahal..... sekali ganda lebih mahal.

Seperti yang dijanjikan, dalam jam 10.30a.m, Taufik datang jemput aku n my wife untuk ke airport. Tapi sebelum tu, sempat lagi kita orang bergambar di sebuah tugu "Patung Satria Gatokkaca". Selepas tu kita orang terus ke airport..... walaupun rasa sayu nak meninggalkan Bali, namun seronok lagi bila teringatkan Malaysia..... selepas segalanya selesai kami pun check-in dan berlegar dalam kawasan airport sementara menunggu penerbangan kami.

Patung Satria Katokkaca

Masyarakat Bali ni, sangat berpegang teguh pd kepercayaan yang mereka anuti..... Hindu Karma. Bagusnya mereka kerana, setiap pagi sebelum memulakan kerja, mereka akan sembahyang dulu untuk memohon perlindungan dan rezeki. Kita akan jumpa di mana-mana saja bunga yg digunakan untuk tujuan pemujaan tu. Moral of the story..... walau apa sekali pun yg kita nak buat, niat adalah penting..... tp jgn plak salah konsep, kalau benda jahat, kalau niat baik, tetap jahat jgak..... ingat tu.....

Bunga Pemujaan Masyarakat Hindu Bali


Bye Bye..... Bali

Penerbangan kami tak penuh, so bebas duduk di mana-mana pun..... selepas menikmati juadah dalam penerbangan, kami melelapkan mata sekejap..... mungkin kerana keletihan kut..... flight kami selamat mendarat di LCCT Kuala Lumpur lenih kurang 3.30p.m..... Adik aku dah menunggu kat situ seperti yg dijanjikan..... sementara menunggu flight sambungan ke Kota Bharu, kami semua makan dulu @ KFC. Lepas tu..... terus check-in untuk penerbangan ke Kota Bharu.


Dalam kul 9.00p.m kami telah pun selamat mendarat di Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu..... dengan itu secara rasmi berakhirlah kisah My Kembara..... Bali Destinasi Cinta. Insya-allah, jika dipanjangkan usia dan ada rezeki..... kembara ini akan berterusan lg. So tungguuuuuu.....

Sultan Ismail Petra Airport

Nanti jgn lupa KLIK lg di sini..... byk lg perkara yg aku nak kongsi ngn korang semua..... KLIK tau......

Wednesday, January 5, 2011

New Year n 1st School Day.....

Pembaca Budiman...

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan "Happy New Year" untuk korang semua. Sorry erk... bukan tak ingat, tapi terlupa... hik hik hik. Kalau kita buat appointment, kena sebaiknya muncul tepat pd masa, jika terawal jgn lebih dr 10 minit, jika lewat pun jgn lebih dr 10 minit.... kalau tidak kita dikatakan org yg tidak bersopan. Erm... rasanya nilai ni harus diterap dgn lebih bersungguh lagi dalam diri setiap warga Malaysia, terutama Melayu. Bukan aku nak hina bangsa sendiri, kalau tidak masakan timbul ungkapan " Janji Melayu ke Janji Cina". Dari ungkapan ini jelas menunjukkan, kita org-org melayu tidak tahu menghargai dan menilai masa. Mungkin ini juga satu sebab, kita ketinggalan dalam banyak aspek berbanding org cina. Apatah lagi kita ni orang Islam. Allah sangat menekankan soal masa, sehingga diwahyukan surah Al-Asr yg membicarakan soal kepentingan masa. Ish... jauh la plak aku melalut... asalnyer nak wish new year jer... he he he he he....

Setiap kali tahun baru, mesti satu episod baru akan bermula.... terutama bg anak-anak kecil yg baru nak menempuh alam persekolahan. Aku teringat satu cerita semasa aku menjejakan kaki ke sekolah buat kali pertama.... tapi bukan cerita yg biasa korang dengar. Aku ditempatkan dalam Darjah 1 Merah di SRK SID2... guru kelas aku seorg wanita india. Ini adalah kali pertama aku lihat org india kat depan mata. Sebelum ni, hanya dalam TV, klu tak citer Tamil... mesti citer Hindi... he he he he he. Korang tahu tak, kalau kat Kelantan ni, susah sangat kalau kita nak lihat org india berkeliaran di jalanan dari dulu hingga sekarang. Bukan xder org india, ada.... tp di Kelantan org india hanya terlibat dalam 2 sektor pekerjaan : perladangan dan sudah pasti kakitangan KTM. Tapi sekarang tidak lg... cuma jumlahnya tidak ramai.

Berbalik kepada citer aku td... sebenarnya aku ada dua nama.... tp nama tu biarlah menjadi rahsia. Aku kat rumah dah terbiasa dengan panggilan F.... tp bila di sekolah, cikgu sebut nama aku dengan panggilan A. Aku tak tahu pun nama yg tercatat dlm surat beranak aku tu A. Jd bila cikgu panggil nama aku A.... untuk semak kedatangan.... aku buat slamber derk jer. Pastu dia panggil aku, murid baru mari depan.

Cikgu : Nama apa ?
Aku : F...
Cikgu : ( tercengang ) saper cakap ?
Aku : semua orang panggil F ( dengan yakin )

Tiba-tiba Umi aku muncul di tepi tingkap.... dengan muka keliru, aku tengok pada Umi aku. Dia pun bg tahu, nama kat rumah F, tp nama kat sekolah A. Aku angguk jerlah.... bila aku ingat balik, tersenyum sorang aku... Jangan lupa KLIK lg kat sini.... camana dengan kenangan korang plak.... kongsi ler....