Tuesday, August 18, 2009

Yasmin Ahmad

Pembaca Budiman...

Allahyarhamah Yasmin Ahmad, tidak asing bagi kita semua. Seorang bintang seni yang telah banyak mencipta nama di persada antarabangsa. Namun berapa kerat di antara kita yang mengenali beliau dengan baik. Semasa hayatnya, arwah banyak dikritik dgn hebat melalui hasil kerjanya. Ramai yang tidak dapat memahami dan menyelami bahasa seni yang cuba disampaikan melalui karyanya. Bahkan ada juga idea yang diketengahkan mengundang kontroversi. Aku sendiri cukup kagum dgn hasil seni beliau, bahkan ada juga yang aku kritik kerana dangkal dalam menilai mesej dan idea yg ingin beliau kongsi. Astro melalui saluran khas Yasmin Ahmad Dalam Kenangan 110 ( kalau tak silap ) banyak mengupas dan memaparkan perjalanan seni, hasil kerja, keluarga, sahabat handai dan insan - insan yg mengagumi kerjanya. Sungguh hebat insan ini pada mata mereka semua. Sesungguhnya kehilangan beliau adalah satu kehilangan yg amat besar, bukan sahaja sebagai penggiat seni, tetapi sbg anak, sahabat dan warga Malaysia yg kreatif dan asli hasil kerjanya. Aku percaya hatinya sesuci hasil seninya, tingkahnya selembut tuturnya, kasihnya semanis senyumnya.... walau siapa pun Yasmin Ahmad pada mata anda, marilah bersama kita sedekahkan Ummul Kitab untuknya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan insan yang beriman... Al-Fatihah....

No comments: