Tuesday, August 18, 2009

Solat Terawih

Pembaca Budiman...

Kalau dalam entry lepas aku cakap pasal bulan Ramadhan, kali ni aku nak cakap pula tentang solat sunat terawih. Terawih ni walaupun sunat tapi banyak fadhilatnya... lagipun setahun hanya sekali, rugi ler kalau kita tak mengerjakannya... Kalau rasa malas nak buat banyak, sikit pun jadilah... kurang-kurang untuk akaun tahun ni, nama korang semua tersenarai dalam umat yang mengerjakan solat sunat terawih... he he he... Petuanyer senang jer untuk elakkan malas terawih, masa makan tu jangan ler makan banyak sangat.... ikut nafsu orang kata... makan lah secara sederhana saja, jangan dok lahap sangat no... baiklah korang semua... berazam dan berniatlah untuk bersama-sama berterawih dalam bulan Ramadhan nanti... orang kata kalau kita berniat baik pun, dah dapat pahala, tak gitu ..... tapi kalau buat plak, lagi ler pahala tu, mencurah-curah... erm... camana tu ? fikir ler sendiri ...

Diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a daripada Rasulullah s.a.w sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat tentang fadhilat sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan :

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 :Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Maâmur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 :Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firâaun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim alaihissalam.

Malam 9 :Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 :Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah s.w.t tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam 18 : Seru Malaikat "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) "

Malam 19 : Allah s.w.t tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah s.w.t binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat dalam keadaan aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 : Allah s.w.t binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 : Allah s.w.t buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :Allah s.w.t angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 : Allah s.w.t kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah s.w.t kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah s.w.t beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”

So kengkawan... amacam, selepas baca semua fadilat di atas, apa rasa ? ... tak teringin ker nak mengejar semua tu... Erm, bagi la can pada roh kita plak untuk membina dan meneroka masa depannya... banyak tu kelebihannya. Aku harap info ini dapat memberi semangat kepada korang semua untuk memenuhkan malam bulan ramadhan dengan terawih, bahkan dengan ibadat sunat dan wajib yang lain. Semoga kita semua akan memperoleh keberkatan hendaknya. Apapun jangan plak niat pergi terawih tu kerana nak dapat fadhilat ni.. Niat kena betul.. Ibadat tetap kerana Allah, nescaya Allah akan berikan fadhilat ni semua jika kita beribadat dengan ikhlas, khusyuk' dan tawaddhuk'... Jom sesama kita perbaiki diri... Jangan lupa KLIK lagi di sini, insya-allah info lain plak yang akan menyusul..

1 comment:

DarcyDiaries said...

Mintak2 tahun nih tak tinggal terawih.
Ya Allah, kuatkan lah imanku, Amin!