Pembaca Budiman...Kalau dalam entry lepas aku cakap pasal bulan
Ramadhan, kali ni aku nak cakap pula tentang solat sunat
terawih. Terawih ni walaupun sunat tapi banyak fadhilatnya... lagipun setahun hanya sekali, rugi ler kalau kita tak mengerjakannya... Kalau rasa
malas nak buat banyak, sikit pun jadilah... kurang-kurang untuk akaun tahun ni, nama korang semua tersenarai dalam umat yang mengerjakan solat sunat terawih... he he he... Petuanyer senang jer untuk elakkan malas terawih, masa makan tu jangan ler makan banyak sangat.... ikut nafsu orang kata...
makan lah secara sederhana saja, jangan dok lahap sangat no... baiklah korang semua... berazam dan berniatlah untuk bersama-sama berterawih dalam bulan Ramadhan nanti... orang kata
kalau kita berniat baik pun, dah dapat pahala, tak gitu ..... tapi kalau buat plak, lagi ler pahala tu, mencurah-curah... erm... camana tu ?
fikir ler sendiri ...Diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a daripada Rasulullah s.a.w sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat tentang fadhilat sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan :
Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia
baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah
mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 :Memperolehi
pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 : Allah kurniakan baginya
pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa. Malam 6 : Allah kurniakan
pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Maâmur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 :Seolah-olah ia
dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firâaun dan Hamman.
Malam 8 : Allah
mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim alaihissalam.
Malam 9 :Allah kurniakan pahala dan
dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 : Allah s.w.t mengurniakan kepadanya
kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati)
bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan
muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam
aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan
keburukan.
Malam 14 :Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah
tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. Malam 16 : Allah s.w.t tuliskan baginya
terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini
sebanyak pahala nabi-nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat "Hai hamba Allah sesungguhnya
Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) "Malam 19 : Allah s.w.t
tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah s.w.t binakan
sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam keadaan aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah s.w.t binakan kepadanya
sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah s.w.t buka peluang
24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 :Allah s.w.t
angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah s.w.t kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama
40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah s.w.t kurniakan orang berterawih pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala
1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala
1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah s.w.t beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:“Hai hambaKu : makanlah segala jenis
buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan
mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”
So kengkawan... amacam, selepas baca semua fadilat di atas,
apa rasa ? ... tak teringin ker nak mengejar semua tu... Erm,
bagi la can pada roh kita plak untuk membina dan meneroka masa depannya... banyak tu kelebihannya. Aku harap info ini dapat
memberi semangat kepada korang semua untuk memenuhkan malam bulan ramadhan dengan terawih, bahkan dengan ibadat sunat dan wajib yang lain. Semoga kita semua akan memperoleh keberkatan hendaknya. Apapun
jangan plak niat pergi terawih tu kerana nak dapat fadhilat ni.. Niat kena betul.. Ibadat tetap kerana Allah, nescaya Allah akan berikan fadhilat ni semua jika kita beribadat dengan ikhlas, khusyuk' dan tawaddhuk'...
Jom sesama kita perbaiki diri... Jangan lupa KLIK lagi di sini, insya-allah info lain plak yang akan menyusul..