Friday, November 27, 2009

Aidil Adha di desaku....

Pembaca Budiman...

Lain tempat lain budayanya... aku percaya di setiap tempat di seluruh alam ni menyambut Aidil Adha dengan pelbagai cara mengikut budaya setempat... Selepas solat sunat aidil adha, aku percaya ibadat qurban dilaksanakan mengikut budaya setempat... Ditempat aku (kelantan) lain kisahnya, di sini seekor lembu dikongsi oleh 7 orang atau 7 bahagian. 1 bahagian bersamaan dengan seekor kambing, bagi yang mampu mereka boleh melakukan qurban lebih dari satu bahagian. Di sesetengah tempat lembu diqurbankan oleh individu tertentu dan diuruskan oleh Qariah Masjid dari sembelihan hinggalah pengagihan daging qurban tersebut...

Di sini, qurban dilakukan dalam kumpulan kecil mengikut berapa ramai individu yang terlibat... Biasanya tuan empunya lembu akan sediakan tempat sembelihan, dan sesiapa yang terlibat akan berkumpul di situ... Secara tidak langsung kita akan bersua muka dengan jiran tetangga dan bertanya khabar, suasana meriah dan harmoni ini menghangatkan sambutan Hari Raya Qurban. Itulah sebabnya sambutan Aidil Adha di Kelantan ini meriah...
Tahun ini, mak aku lakukan 1 bahagian qurban, sementara adik aku plak melakukan 1 bahagian qurban aqiqah... jadi dapat 2 bahagian... setelah lembu ditumbangkan maka semua keluarga yang terlibat bergotong royong dari melapah hinggalah siap qurban dibahagikan kepada 7 bahagian. Suasana yang penuh kekeluargaan, usik mengusik dan seloroh jenaka menghangatkan suasana... hinggakan lembu seekor dilapah tanpa rasa penat... seronok... walaupun setahun sekali kami semua melakukan kerja-kerja ini, tapi dengan tunjuk ajar dari mereka yang lebih tua, kerja ini menjadi mudah... "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing". Konsep musyawwarah ini patut diperluaskan dalam masyarakat kita yang semakin kehilangan nilai, budaya dan semangat kekitaan...

3 comments:

DarcyDiaries said...

hehe..nasib baik weather ok?

fin said...

kt kedah kekal lagi gotong royong camnih..

Mohd Faiz Ghazali said...

anifas : baru meriah kan...