Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010

Pembaca Budiman...Sudah setahun masa berlalu... macam mana, dah tercapai semua azam, cita-cita atau mungkin angan-angan yang dirancang... Sekejap jer masa berlalu, pejam-celik, pejam celik dah habis setahun. Seperti yang dikata, bila dunia dah nak sampai penghujung, masa makin cepat berlalu... Seeloknya kita muhasabah diri kita, supaya kita dapat tahu sejauh mana kemajuan dan pembaharuan yang telah kita lakukan untuk diri sendiri, agama dan masyarakat.

Biasalah kan... sudah menjadi satu budaya di Malaysia, malam tahun baru disambut dengan meriah dengan pakej maksiat sekali... bak kata kawan aku "malam tahun baru, ramai bakal melahirkan anak baru" maksudnya seks bebas akan berleluasa... Tapi memang begitu, budak-budak perempuan Malaysia ni ramai yang mudah tergilakan jantan, bukan sahaja yang kaya, yang miskin pun takper. Sanggup jadi petani di negara orang, semata-mata kerana jantan. Tanah kat Malaysia ni masih luas kalau rajin nak berbakti. Apa mandrem yang dia orang pakai, hingga pompuan malaysia sanggup tinggalkan mak bapak, sahabat handai dan rakan taulan. Dan yang paling mengejutkan budak perempuan umur 14tahun, anak penyarah plak tu... keluar rumah malam-malam buta semata-mata nak bertemu jantan. Jantan pantang kalau jumpa betina... apa lagi menjadi habuan ler... Ntah ler, aku tak faham... kekadang aku tengok, mak dengan anak sama seksi sama mengancam... macam pertandingan plak... kalau camni situasinya, macamana la... mak nak jadi contoh baik untuk anak... mintak Allah jauhkan dari kita semua...

Tapi dalam banyak isu kat dunia ni, yang paling menyedihkan adalah warga Palestin. Dunia tidak mendengar rintihan dan tangisan mereka. Dari kalangan negara arab sendiri pun, buat tak nampak jer... pelik kan... Ini semua terjadi adalah kerana tidak bersatu padu... walaupun kita mempunyai fahaman dan pegangan yang berbeza, namun kita harus ingat... Bersatulah, demi kedaulatan agama, bangsa dan negara... Bagi yang lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun boleh la baca pada petang ni... sebelum solat maghrib dan selepas solat maghrib... semoga hidup kita dibawah lindungan Allah hendaknya... Selamat Tahun Baru...

4 comments:

fin said...

tu lah dia, budaya org putih yg menjadi ikutan, nauzubillah, sekejap je masa berlalu kan ? means bumi semakin pantas mengelilingi matahari, akhirat pun makin dekat, wallahualam..

nonMember said...

happy new year to u too!! semoga bertambah iman, ilmu dan amalan didada untuk bekal di alam sana.

Mohd Faiz Ghazali said...

moga 2010 tidak melalaikan kita...insya_allah

pelangipurple said...

moga tahun 2010 bertambah ahli keluarga maksu sakinah