Sunday, January 17, 2010

Celcom Penipu Besar....

Pembaca Budiman...

Sorry dengan tajuk pilihan aku untuk entry kali nih. Tapi memang sah Celcom yang menjadi penyedia rangkain telefon mudah alih dan internet tanpa wayar terbesar negara mempunyai agenda tersembunyi dalam kempen atau perkhidmatan yang disediakan. Terutamanya perkhidmatan berkaitan dengan broadband, dan yang lebih malang perkhidmatan yang mengarut dan tak berfaedah ni terdapat dalam pelan Pascabayar, terutama mereka yang melanggan perkhidmatan Celcom Broadband. Kalau korang terlibat cuba semak bill korang semua. Mana tau kut-kut, korang semua pun salah satu mangsa kebijaksanaan sistem Celcom.

Aku bukannya apa, kenapa kita perlu bayar pada perkhidmatan yang kita tidak gunakan. Biasanya pengguna Celcom yang tak pernah melihat Bill Celcom secara terperinci akan terlepas pandang perkara ni semua. Kalau korang perasan, kita selalu menerima sms menawarkan lagu, screen saver, ringtone dan bla-bla-bla hinggalah bekalan gadis manis melalui sms. Erm,... aku percaya ramai di antara kita tidak menggunakan perkhidmatan ni, tapi selalu diberi tawaran yang bukan-bukan. Katanya zero charge (RM0.0) di permulaan sms. Tapi rupa-rupanya ada charge dengan alasan gadis call center tu kata, sebab kita tak bagi respon pada message tu. Erm... betul ker begitu, di mana hak kita sebagai pengguna. Sedangkan kita tak melanggan pun. Jadi aku ambil tindakan terus ke Celcom Centre untuk uruskan perkara ni, akhirnya aku dapan pelepasan sebanyak RM180.00, tanpa perlu bertekak, aku tunjuk jer, dia terus faham. Aku pun tertanya-tanya, biasanya syarikat telco susah nak bagi pelepasan, agaknya memang benda ni dirancang kut... tp bagi bayaran yang lepas Celcom tak bagi pelepasan pun. Maknanya sebelum aku sedar, sudah lama aku tertipu. Cuba korang bayangkan, bagi orang kampung yang tahu guna dan bayar jer bill telefon tu, dah berapa banyak dah ditelan oleh Celcom.

Lagi satu, perkhidmatan PraBayar Celcom Broadband... bagusnya perkhidmatan ni. Tapi berhati-hati, kalau korang gunakan telefon sebagai modem. Hari tu kawan aku telah menghadapi satu masalah yang serius berkaitan perkhidmatan ini. Dia telah melanggan untuk 1 hari perkhidmatan ini dan bayaran yang dikenakan adalah RM 6 untuk 24 jam. Tapi selepas 24 jam Celcom masih mengenakan caj penggunaan internet berdasarkan tarif perkhidmatan WAP Celcom... korang tahu berapa cajnya... Erm 10sen bagi 10kb... mahal kan. Dalam masa 2 hari talian kawan aku kena bar dengan alasan kawan aku tak disconnect broadband tu dengan betul... sedangkan xder plak arahan atau tunjuk cara untuk berhentikan perkhidmatan itu... kerana selepas tempoh 24 jam, secara otomatik perkhidmatan tu diberhentikan. Persoalannya, macamana plak Celcom boleh caj atas penggunaan WAP Celcom, sedangkan kawan aku xgunapun perkhidmatan tu.

Nasihat aku buat semua, tak kiralah dengan siapa sekalipun kita berurusan, kita kena pastikan kita betul-betul memahmi terma dan syarat perkhidmatan, kerana dia orang tu bisnes, ada peluang dia pulun jer apa yang dapat. Daripada menjadi mangsa rembatan dia orang baik kita guna duit tu untuk tujuan kebajikan... tak begitu ? Korang pernah tak lalui perkara begini ? Komen la cket....


5 comments:

Dr.amirahsaihah said...

kak pn guna celcom broadband gk, bru je guna....dahla msa daftar tu guna dealer kt lowyat, dy ckp modem free, pdhal nya dy da charge, tp tu salah dealer tu r, bkn celcom. tp yg peliknya kak baru je byar untk last month, xsmpai sebuilan da kna byar lagi,huhu, tension tol...kalo bil fon, alhamdulillah xde problm lg, kak memg kol sokmo celcom operator, pantang ad salah skit, kol terus,hehe...tp yg broadband ni kak penin sket..kak amek pakej student, so called rm 50 per month,huh....

Reez said...

kak mirah... itulah kerja promoter. Masa nak jual semua dapat, semua hebat, semua OK... sbb dia dapat komisyen. Kita memang kena baca dgn jelas setiap terma n syarat promosi... sbb kekadang tu, last skali, pastu ngn tulisan yg tersangat kecil dia ada buat pula penjelasan... kita selalu terlepas pandang...

kate said...

salam.. sy pun penah kne. memang kuang ajarla celcom ni.

promoter dia pakse2 sy terima simcard free dia. sy mle2 memg xnk. pe lg kalo pasca bayar. tp dia yakinkan gak yg number tu prepaid nyer..

dahla mse register tu borang dia bg x jelas sgt.. memg sah2 nk tipu customer. xlame pastu celcom suh byr bil.. huu.. x pasal2..nak tak nak kne byr gak..

kawan sy lak experince sal broadband. pas try 7 hati, duti deposit rm100 akan dikembalikan. dah stgh tahun dah.. x bg balik pun.

sy lak kne brdband maxis. sme gak..

dah 3 kali g maxis center. alasan dia report utk sy x msuk lam sistem lg. jahat gile la dorg ni.



sekarang ni, sy gne prepaid celcom. (nk xnk kne gne gk sbb member ramai gne celcom). topap hr ni esok da hbs. da bpe kali. pasni kalo bende ni berterusan, sy nekad nak tukar number. maybe nak gne DG.

Reez said...

erm... Kate, begitulah... kita ni pengguna. Saya nasihatkan anda dan kawan anda kumpul bukti pembayaran dan laporkan kepada Tribunal Pengguna, mula-mula tu ugut dulu... kalau tak berkesan, buat laporan rasmi... Tribunal tu akan uruskan semuanya sehingga kita dapat balik bayaran tu. Yang penting laporan mesti dbuat dan pastikan laporan itu menunjukkan pihak mereka bersalah.

Anonymous said...

choi...adik pun dah kena..dealer celcom yg buat salah, adik kena baya tungakan bil sampai seratus lebih...
pastu yakin lagi tu cakap walaupun bukan salah saya saya kna bayar jugak,cekik darah betul..