Pembaca Budiman...

Majlis Aids Malaysia dan Yayasan Aids Malaysia saban tahun melancarkan kempen Ribon Merah untuk memberi kesedaran dan pendidikan tentang HIV Aids... Pada kali ini bertemakan "Menghapus Stigma HIV Aids". Mengikut perangkaan kes HIV Aids di Malaysia meningkat saban tahun... sebab utama adalah berpunca dari penagih dadah dan pekerja sex... Masalah penularan ini boleh dikurangkan sekiranya langkah-langkah pencegahan diambil dengan penuh tanggungjawab dikalangan individu yang berisiko menjangkitkan HIV Aids. Justeru itu, bagi sesiapa yang berpeluang memberi kesedaran kepada anak bangsa tentang bahaya HIV Aids, hendaklah menggalas tanggungjawab ini dengan penuh integriti... Terutama sekali Guru, kerana mereka adalah orang yang paling banyak berhubung dengan masyarakat... terlibat secara langsung dalam membentuk modal insan. Marilah kita bersama-sama menangani isu ini dengan kemampuan kita... dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya...

1 comment:
betul, masyarakat masih cetek ilmu mengenai AIDS nih..sy penah ada jiran yg kena sakit ni sbb Dadah..kesian mak dia sbb asyik dicemuh org sekeliling..padahal bukan silap mak dia pun..
Post a Comment