Saturday, September 5, 2009

Nuzul Quran

Pembaca Budiman...

Tak berapa hari lagi kita akan mengingati kembali peristiwa Nuzul Quran iaitu pada 7 September 2009. Peristiwa ini adalah untuk mengenang kembali pertemuan nabi Muhammad s.a.w dengan malaikat Jibril buat kali pertamanya. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan baginda Rasulullah bersamaan dengan 6 Ogos 610m. Peristiwa ini berlaku di Gua Hira' semasa Rasulullah sedang beribadat kepada Allah.

Bermula dari saat tersebut, Al-Quran telah diturunkan kepada nabi berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan peristiwa semasa. Al-Quran merupakan mukjizat agung Rasulullah, ianya juga adalah satu anugerah yang amat besar kepada seluruh umat Islam, terutamanya bagi golongan yang cintakan ilmu dengan mengkaji isi kandungan Al-Quran.

Tidak hairanlah, suatu ketika dahulu, ahli cendikiawan dan bijak pandai terdiri dari umat Islam. Ini adalah kerana mereka semua telah mengkaji dan mengembangkan lagi isi kandungan Al-Quran. Tapi sayangnya usaha mereka semua terhenti apabila, semakin banyak perpecahan berlaku dalam masyarakat Islam dan pemimpin-pemimpin negara Islam pada masa tersebut juga semakin gemar hal-hal keduniaan sehinggakan Empayar Islam menjadi semakin lemah dan sinar Islam semakin malap di muka bumi ciptaan Allah ini.

Walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita semua beribu tahun dahulu, namun selagi kita berpegang pada Kalamullah dan Sunnah Baginda insya-allah kita semua akan terselamat dari pengaruh daayah yang salah dan karut marut. Jadi marilah kita semua berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran. Aku percaya ramai orang pernah buat salah, namun tidak bererti kita harus terus hidup dalam kajahilan dan kebatilan. Jom muhasabah diri, cermin diri hiasi peribadi... Pesanan ini adalah bukan untuk korang sahaja, tapi peringatan buat aku jugak. Semoga kita semua tergolong dari kalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah.

Jangan lupa KLIK lagi di sini, kerana banyak lagi info untuk kita pelajari bersama....

No comments: