Tuesday, September 8, 2009

Lailatul Qadar

Pembaca Budiman ...

Nampaknya Ramadhan telah hampir ke penghujungnya, bagi mereka yang cintakan Ramadhan, pasti perasaan sedih mula menyelubungi diri kerana bulan yang penuh barakah dan rahmat ini akan berlalu meninggalkan kita. Namun mengikut para ulamak 10 malam yang terakhir ini adalah sangat besar hikmahnya berbanding malam-malam sebelumnya. Di antara malam tersebut ada satu malam yang di panggil Lailatul Qadar seperti firman Allah dalam surah Al-Qadr ayat 1 hingga 5 yang bermaksud :

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "

Ada juga di kalangan ulamak mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar ini berlaku pada malam yang ganjil, kerana pada zaman Rasulullah, malam Lailatul Qadar ini biasanya berlaku pada malam yang ganjil seperi malam 21, 23, 27 dan 29. Namun sanggupkan kita membiarkan malam yang genap berlalu begitu saja... Rasanya tentu tidak kan... Baik kita usahakan semuanya, mana tahu kalau rezeki, kita berkesempatan bertemu dengan Lailatul Qadar dan fadhilatnya sangatlah besar iaitu seperti beribadah selama 1000 bulan atau 83tahun 4 bulan... Lama tu, berapa keturunan baru habis...

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadar

Allah s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahala yang banyak, supaya umatnya dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah s.w.t mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadar buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam Al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan Lailatul Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat Baginda s.a.w.

Justeru, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Yer.... kengkawan, walaupun Rasulullah itu adalah seorang yang maksum (suci dari dosa) tapi baginda sendiri turut beribadah bahkan dilipatgandakan pada 10 malam terakhir ini supaya baginda dapat bertemu dengan Lailatul Qadar dan sebagai satu galakkan kepada umat Baginda.

Rasulullah turut berdoa agar mendapat anugerah kebajikan dari Allah s.w.t di dunia dan di akhirat dan dijauhkan dari azab api neraka. Rasulullah juga turut menggalakkan umatnya supaya banyakkan bertaubat kerana sudah semulajadi manusia alpa dan mudah melakukan larangan Allah. Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Maja)

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadar

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadar adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui Lailatul Qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Itu lah saja rasanya apa yang aku faham tentang Lailatul Qadar... Jadi marilah bersama-sama kira mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadhan ni... Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang telah mendapat Lailatul Qadar... Jangan lupa KLIK lagi di sini... banyak lagi ni yang aku belum citer...

1 comment:

DarcyDiaries said...

baik sungguh postings...banyok ilmu awok nih :-)

Bagus2