Friday, January 7, 2011

The Story Of National Car : PROTON

Pembaca Budiman.....

Apabila kita sebut perkataan PROTON, kita akan mendengar dan melihat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang menyokong, ada yang mengutuk, ada yang mencebik bibir dan ada juga yang terus pandang dengan pandangan sinis..... Apa lah salah PROTON pada dia orang tu..... Kesian PROTON.....

Aku, sebagai warganegara, sangat menyokong Proton..... bagi aku, Proton adalah sebuah perjuangan negara. Untuk muncul sebagai sebuah negara pengeluar kereta yang mampu menembusi pasaran dunia suatu hari nanti. Aku sangat berharap, suatu hari nanti Proton akan mampu berbuat demikian. Malaysia adalah sesatunya negara membangun yg mampu mengeluarkan kereta sendiri di pentas global dan sesatunya negara Asia Tenggara yg mampu berbuat demikian.

Saga : model pertama keluaran Proton hasil kerjsama dengan MMC

Wira antara model paling berjaya keluaran Proton

Perdana

Semasa Proton dilancarkan pada tahun 1985 dulu, aku masih dibangku sekolah rendah. Tapi aku masih ingat perasaan aku pada masa tu. Sungguh bangga. Kini sudah 25 tahun usia Proton, bahkan 26 tahun pd tahun 2011. Masih muda, dan sudah tentu masih mentah dari segi pengalaman. Sebab itu aku boleh menerima kelemahan yg ada pada teknologi Proton. Walaupun begitu, semenjak Proton menguasai Lotus, sebuah syarikat pengeluar kereta mewah milik British, teknologi Proton semakin cepat berkembang. Isu pengambialihan ini telah menjadi satu isu yg dibincangkan di peringkat global. Bahkan British menjadi bahan herdikan media, kerana Malaysia dulu adalah tanah jajahan British. Aku pada masa tu, aku tersangat mengagumi barisan pengurusan Proton.
Pada hari ini, Proton telah banyak melancarkan model-model yg tidak kurang hebatnya. Kalau dulu Proton bergantung sepenuhnya kepada Mitsubishi Motors Corp, tapi sekarang tidak lagi. Bermula dengan pelancaran Waja, diikuti dengan Gen.2, Savvy, Satria Neo, Persona, Saga, Exora, dan sekarang Proton bakal melancarkan model hibrid untuk pasaran global yg akan membawa nama Emas.

Waja model pertama RnD Proton sepenuhnya
Gen.2

Satria NEO

Walaupun Proton selalu di pandang rendah, namun Proton tetap menongkah arus bahkan sudah berjaya menembusi pasaran beberapa negara luar seperti Thailand, Indonesia, Bangladesh, Brunai, Singapura bahkan terdapat juga di Australia, United Kingdom, Iran, Afrika Selatan, Turkey dan sekarang cuba untuk menembusi pasaran India. Satu pencapaian yg cukup baik..... namun perjuangan ini masih jauh.

Savvy model paling popular di Thailand

Persona model pengganti Wira

Saga model yang akan mengembalikan zaman kegemilangan Proton

Exora model MPV pertama Proton

EMAS model hibrid global

Sepatutnya kita harus mencontohi warga Jepun, Korea dan U.S.A..... mereka sangat bangga dengan produk mereka. Itulah sebabnya kenapa kereta Jepun dan Korea begitu cepat boleh menembusi pasaran antarabangsa. Mereka mendapat sokongan yg sangat jitu dari dalam negara dan sekaligus mengukuhkan pendapatan syarikat. Sekaligus aset yg kukuh mempercepatkan RnD untuk menghasilkan teknologi baru dan model baru yang lebih canggih serta selamat.

Aku bukan nak menolak kekurangan yang ada pada Proton, yg salah dan kurang, tetap aku akui..... sebagai sebuah negara pemain baru dalam industri ini, aku percaya Proton akan cuba mengatasi masalah tersebut dari masa ke semasa..... Sokong Malaysia, Sokong Produk Kita..... Itulah patriotisme yang sebenar. Ini pandangan aku, korang plak camana ?

Jangan lupa KLIk lagi di sini..... apa plak komen korang semua.....

No comments: