Pembaca Budiman...
Sorry dengan tajuk pilihan aku untuk entry kali nih. Tapi memang sah
Celcom yang menjadi penyedia rangkain telefon mudah alih dan internet tanpa wayar terbesar negara mempunyai
agenda tersembunyi dalam kempen atau perkhidmatan yang disediakan. Terutamanya perkhidmatan berkaitan dengan broadband, dan yang lebih malang
perkhidmatan yang mengarut dan tak berfaedah ni terdapat dalam pelan Pascabayar, terutama mereka yang melanggan perkhidmatan Celcom Broadband. Kalau korang terlibat cuba semak bill korang semua. Mana tau kut-kut, korang semua pun
salah satu mangsa kebijaksanaan sistem Celcom.
Aku bukannya apa, kenapa kita perlu bayar pada perkhidmatan yang kita tidak gunakan. Biasanya pengguna Celcom yang tak pernah melihat Bill Celcom secara terperinci akan terlepas pandang perkara ni semua. Kalau korang perasan,
kita selalu menerima sms menawarkan lagu, screen saver, ringtone dan bla-bla-bla hinggalah bekalan gadis manis melalui sms. Erm,... aku percaya ramai di antara kita tidak menggunakan perkhidmatan ni, tapi selalu diberi tawaran yang bukan-bukan. Katanya zero charge
(RM0.0) di permulaan sms. Tapi rupa-rupanya ada charge dengan alasan gadis call center tu kata, sebab kita tak bagi respon pada message tu.
Erm... betul ker begitu, di mana hak kita sebagai pengguna. Sedangkan kita tak melanggan pun. Jadi aku ambil tindakan terus ke Celcom Centre untuk uruskan perkara ni, akhirnya aku dapan pelepasan sebanyak RM180.00, tanpa perlu bertekak, aku tunjuk jer, dia terus faham. Aku pun tertanya-tanya, biasanya syarikat telco susah nak bagi pelepasan, agaknya memang benda ni dirancang kut... tp bagi bayaran yang lepas Celcom tak bagi pelepasan pun. Maknanya sebelum aku sedar, sudah lama aku tertipu. Cuba korang bayangkan, bagi
orang kampung yang tahu guna dan bayar jer bill telefon tu, dah berapa banyak dah ditelan oleh Celcom.
Lagi satu, perkhidmatan PraBayar Celcom Broadband... bagusnya perkhidmatan ni. Tapi berhati-hati, kalau korang gunakan telefon sebagai modem. Hari tu kawan aku telah menghadapi satu masalah yang serius berkaitan perkhidmatan ini. Dia telah melanggan untuk 1 hari perkhidmatan ini dan bayaran yang dikenakan adalah RM 6 untuk 24 jam.
Tapi selepas 24 jam Celcom masih mengenakan caj penggunaan internet berdasarkan tarif perkhidmatan WAP Celcom... korang tahu berapa cajnya... Erm 10sen bagi 10kb... mahal kan. Dalam masa 2 hari talian kawan aku kena bar dengan alasan kawan aku tak disconnect broadband tu dengan betul...
sedangkan xder plak arahan atau tunjuk cara untuk berhentikan perkhidmatan itu... kerana selepas tempoh 24 jam, secara otomatik perkhidmatan tu diberhentikan.
Persoalannya, macamana plak Celcom boleh caj atas penggunaan WAP Celcom, sedangkan kawan aku xgunapun perkhidmatan tu.
Nasihat aku buat semua, tak kiralah dengan siapa sekalipun kita berurusan,
kita kena pastikan kita betul-betul memahmi terma dan syarat perkhidmatan, kerana dia orang tu bisnes, ada peluang dia pulun jer apa yang dapat.
Daripada menjadi mangsa rembatan dia orang baik kita guna duit tu untuk tujuan kebajikan... tak begitu ? Korang pernah tak lalui perkara begini ? Komen la cket....