Saturday, January 10, 2015

Banjir 2014 aka Banjir Kuning....

Assalamualaikum....

He he he.... sudah sangat lama aku tidak buat posting.  Senang citer, aku agak malas.  Tapi kali ni rasa teringin plak berkongsi cerita banjir yang melanda Kelantan.  Bagi aku ini bukan sahaja satu banjir biasa, ianya adalah satu bencana dari Allah sebagai satu peringatan atas kelekaan hambanya.  Aku suka untuk melihat kejadian ini darui pelbagai sudut yang berbeza... kemudian korang pikir lah sendiri yer.

Kelantan negeri serambi Mekah, kalau dulu memang betul, tapi kalau sekarang aku rasa sudah tidak relevan lagi.  Bagi aku gelaran itu bukan muncul kerana siapa yang memimpin Kelantan, tetapi lebih kepada penghayatan rakyatnya terhadap syiar Islam.  Kalau kita perhatikan dan renungkan, adakah Islamik sesebuah negeri itu dengan kita mewajibkan setiap bangunan mesti diterjemahkan dengan adanya kubah atau seumpamanya kerana ingin membentuk identiti Islam.  Pada aku, identiti Islam itu akan terbina dari rakyat yang berfikir ke arah Islam, bukan material atau fizikal yang menjadi ukuran, tetapi terjemahan Islam melalui penampilan, pemikiran dan sikap.  Di situ baharu kita boleh menterjemahkan sejauh mana Islamik sesebuah tempat itu.  Musibah ini bagai ingin membersihkan segala kegagalan dalam sistem pengurusan kehidupan, bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat Kelantan sendiri.

Tidak sepatutnya untuk kita menyalahkan kerajaan samada pusat atau negeri semata-mata, kerana bencana Allah ini dirasakan oleh semua.  Terutamanya hamba rakyat yang membina hidup di sepanjang sungai Kelantan yang sangat berjasa itu.... Fikirkan dulu, insyaAllah... akan bersambung lagi... KLIK sini yer...

Tuesday, October 28, 2014

Memory Lane.... Penang

Hi.... Luvie....

Lama benar aku tak ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara.  Rasanya lebih kurang sudah 5 tahun aku tak ke sana.  Kalau sebelum ni boleh katakan setiap kali cuti, aku akan menghabiskan masa di sana sambil bekerja.  Jadi penghantar bunga kepada sebuah flourist kepunyaan kawan aku.  Jadi kalau bab jalan di Pulau Pinang, lubang cacing pun aku boleh cari.  Sangat expert.... mana xbisa, macam-amacam tempat aku hantar bunga, dari hotel 5 bintang hinggalah ke rumah pangsa.



Apa yang aku nak kongsi kat sini adalah pengalaman semasa lawatan terbaru aku ke Pulau Pinang semasa cuti sambutan perayaan Deepavali baru-baru ni.  Bukit Bendera atau lebih di kenali dengan Penang Hill, sudah berbeza, Cheq habaq ni..... dengan keretapi yang baru dan juga pembangunan pusat pelancongan yang moden dan tersusun di puncak Bukit Bendera, memang memberi satu kenangan yang berbeza.  Kalau hang pa semua dah lama tak pi Pulau Pinang, boleh lah bawa family sekali melawat ke sana.



Selamat Bercuti.... Jgn lupa KLIK lg di sini.

Tuesday, September 2, 2014

MH17

Hi.... Friends....

Kemusnahan MH17 kerana angkara manusia telah merosakkan ramai jiwa insan, bukan sahaja di bumi Malaysia, bahkan seluruh dunia yang turut melahirkan rasa simpati, sedih dan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.  Bagaimana pula dengan perasaan kamu semua apabila mendengar berita pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai spekulsai dan tohmahan ditimbulkan.  Ada yang mengaitkan kejadian ini dengan kepimpinan negara, ada juga yang membuat spekulasi ini adalah sebahagian daripada rancangan misteri kehilangan pesat MH307.  Manusia kan, suka sangat menuduh, ada sahaja yang tidak kena.  Walhal ini semua adalah perancangan Allah, kifarah dari Allah buat kita semua.  So beringatlah, bila Allah menurunkan bala atau petaka, bukan yang berdosa sahaja yang kena, yang alim dan beriman tebal juga akan terkena.

Hari ini, sekumpulan lagi mayat dan jenazah penumpang pesawat MH17 selamat pulang ke tanah air.  Walaupun sudah tidak bernyawa, namun kepulangan mereka semua sangat dinantikan oleh kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Rasanya semua orang tersentuh dengan kejadian ini, ramai yang hiba dan menjatuhkan air mata.  Sebagai hamba Allah yang seagama, apalah kiranya kita luangkan seketika untuk sedekahkan al-fatihah buat mereka semua yang telah pergi meninggalkan kita...... Al-Fatihah.

Jangan lupa KLIK lg di sini....

Sunday, August 10, 2014

Puasa Sunat Syawal....

Pembaca Budiman.....


Jumpa lagi kita.  Tengahri ni, tetiba terpanggil untuk buat entry baru.  Tapi sebelum kita bercakap pasal tajuk di atas tu, terlebih dahulu izinkan aku cerita sikit kenapa tetiba idea untuk menulis dalam blog ni datang kembali.  He he he he he, kisahnya aku skodeng wechat kawan aku, selama aku kenal dia, aku  tak tahu pun yang dia ni blogger cam aku.  Blogger yg tak buat untung,  Tapi xper lah kan, sajer jer nak membebel dalam ni.  Bak kata kawan aku si Edy Fendi , aku klu boleh membebel tak akan abis.  Ha ha ha ha ha.  Anugerah Allah awak, nak buat camana.  Dari zaman sekolah hingga ke maktab, aku lah wakil debat dan syarahan.  Walaupun tak menang peringkat kebangsaan, tapi aku tidak bertutur benda kosong.  Banyak dan lebat aku semuanya berisi.

Puasa Sunat Syawal, korang dah buat ker ? Bagi yang sudah, alhamdulillah.  Bagi yang belum, tak nak ker, besar pahalanya siot... Seperti berpuasa sepanjang tahun.  Rajinkan sikit diri mu itu, gagahkan jiwa mu wahai teman.  Sebulan Ramadhan boleh buat, takkan 6 hari tak boleh kut.  Hari ni dan 14 Syawal, ada 16 hari lagi.  Jomlah, aku pun baru bermula.  Hari ni baru hari ke 4, 2 more days to go.  Harap Allah bg kesempatan untuk aku sempurnakan semuanya.  Manalah tahu kan, ajal dan maut di tangan tuhan.

Ok, kawan.  Aku berhenti dulu di sini.  Ada kesempatan, aku sambung lagi.  Korang doakan supaya aku sihat dan ada idea untuk menulis, konfem aku akan buat entry baru.  He he he, seperti biasa jgn lupa KLIK lg di sini.  Bubye....


Thursday, August 7, 2014

Aildil Fitri 2014

Hi Lovie....

Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.  Andai ada salah silap sepanjang aku dok buat post dalam blog ni, sepuluh jari aku susun, mohon maaf dari kalian semua.  Kosong - kosong yer...

Raya kali ini, kami beraya di Kota Bharu sahaja dan agak sibuk dengan persiapan adik bongsu yang nak naik pelamin.  So perhatian lebih ditumpukan kepada persiapan si adik, maklumlah nak bina masjid, menjadi kenangan sepanjang hayat.  Walaupun gitu, baju baru tetap beli, tahun lg sekali aku tinggalkan tradisi berbaju melayu, pilihan aku adalah jubah, blok kaler, kelabu gelap berlengan kelabu cerah, kontemporari katanyer....

Kami adik beradik ni gila-gila sikit, terutama adik aku yg pompuan sorang tu.  Dia pun blogger gak, pelangi purple klu tak silap aku... Check it out Ok.  Kami buat Raya Photosnap di Taman Tengku Anis, pada raya ke 3, menjadi tumpuan orang yg nak ambik gambar wedding, beriadah dan sebagainya... Kalau dah berkumpul semua adik beradik, anak-anak buah.... Riuh rendah jadinya.  Seingat aku, last kami buat outdoor anak beranak ni masa mywife mengandungkan Syaqif, tahun 2010.... he he he he he skg ni dah 2014, 4 tahun sudah berlalu.  Sekejap jer rasanya.

Tengoklah kami....  Selamat Hari Raya semua.... Jangan lupa KLIK lagi di sini.




 Raya Photosnap



Dah penat bergambar, kami makan dulu....

Tuesday, April 8, 2014

My New Interest ...

Assalamuaaikum...

Lama betul tak buat post  baru... busy ker aku ?. Ntah ler, mungkin kerana sibuk ngn fb, instagram dan segala bagai social network, malah blog ni ditinggalkan sepi tanpa posting baru. Sorry lah semua kalau  aku buat korang semua tertunggu-tunggu... ayat poyo.

Semua ni bermula apabila mywife bawa balik Shugarholic Cheeszylicious Marie Layer Cake, as she knew i love cheese cake.  Now we all one of the agent yg promote brand Shurgaholic, u know why ?. Taste dia memang bombastic marvellous... he he he, betul.  Klu bab rasa, sorry no compromise, klu xsedap i cakap xsedap, yg ni mmg sgt berbaloi dgn harganya.  Korang semua kena try, as one of my friend said " satu nikmat dunia".  Klu korang nak rasa, jgn malu jgn segan hubungi saya 0169221554, klu banyak & sekitar kota bharu, delivery available...




MH 370

Hi... Lovie...,

Janji hanya tinggal janji, walaupun pernah berjanji untuk meneruskan kembali cerita ceriti dalam blog ni yang telah lama terhenti, namun aku masih juga tidak mampu untuk melakukannya.  Ntah lah, korang semua... nak kata busy, xlah sangat, tp busy lah jugak.  Mungkin juga aku sajer jer membusykan diri, kalau dulu sbb mabuk ngn FB, mungkin skg ni aku memabukkan diri plak dengan Instagram... katanya.  Eh.... korang follow aku ok, nanti aku follow korang plak... Ig aku faieezghaz, aku tunggu taw...

Aku terpanggil untuk meluahkan rasa sedih dan hiba dengan kehilangan MH370, kehilangan misteri ini sangat menarik minat aku, sbbnya aku memang minat sangat citer pasal kapal terbang.  Sejak aku kecil, aku sangat kagum dengan kapal terbang... dulu cita-cita nak jadi pilot, akhirnya... kuli kerajaan jer... Back to our story, kehilangan MH370 ni sangat misteri, dan menjadi satu tamparan hebat kepada kerajaan malaysia, bahkan juga industri penerbangan seluruh dunia.  Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk dan membuka jalan kepada pencarian jawaban misteri kehilangan MH370.

Apa agaknya dalam kepala korang semua ? korang ada terfikir tak, atau korang buat " Ada aku kesah ".  Sedihkan... Cuba bayangkan kalau perkara ini berlaku kepada ahli keluarga kita, tak tahu aku nak menenangkan jiwa macamana.  Hanya Allah sahaja lah yang menjadi tempat berserah.  Trauma memang hebat, dan sudah pasti ianya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga yang terlibat.  Aku pun terkena tempiasnya, dulu adalah jugak naik kapal terbang ke KL atas urusan kerja, sekarang ni rasa takut plak bila terfikirkan kapal terbang. TRAUMA katanyer... buat masa sekarang, rasanya aku kena simpan dulu hajat untuk meneruskan kembara di bumi Allah ni... jauh dalam hati, rasa gerun dan takut... he he he.  Mungkin juga ini tanda-tanda dah jd tua, maklumlah usia pundah nak dekat setengah abad....

Aku doakan semoga misteri ini dapat dirungkai dalam masa yang terdekat ni, apatah lagi laporan berita pun ada mengatakan optimis untuk menemui kotak hitam pesawat.  Sama-sama kita tunggu jawapannya.  Kepada yang suka membuat spekulasi dan juga andaian bodoh, baik hentikan.  Korang semua bukannya pakar.  Dan yang suka buat lawak bodoh tu... korang memang bodoh.  Tolong cket... hormat perasaan orang lain...

Jangan lupa KLIK lagi di sini.  Aku konfem, akan meneruskan cerita ku di sini...See Ya...