Thursday, August 7, 2014

Aildil Fitri 2014

Hi Lovie....

Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.  Andai ada salah silap sepanjang aku dok buat post dalam blog ni, sepuluh jari aku susun, mohon maaf dari kalian semua.  Kosong - kosong yer...

Raya kali ini, kami beraya di Kota Bharu sahaja dan agak sibuk dengan persiapan adik bongsu yang nak naik pelamin.  So perhatian lebih ditumpukan kepada persiapan si adik, maklumlah nak bina masjid, menjadi kenangan sepanjang hayat.  Walaupun gitu, baju baru tetap beli, tahun lg sekali aku tinggalkan tradisi berbaju melayu, pilihan aku adalah jubah, blok kaler, kelabu gelap berlengan kelabu cerah, kontemporari katanyer....

Kami adik beradik ni gila-gila sikit, terutama adik aku yg pompuan sorang tu.  Dia pun blogger gak, pelangi purple klu tak silap aku... Check it out Ok.  Kami buat Raya Photosnap di Taman Tengku Anis, pada raya ke 3, menjadi tumpuan orang yg nak ambik gambar wedding, beriadah dan sebagainya... Kalau dah berkumpul semua adik beradik, anak-anak buah.... Riuh rendah jadinya.  Seingat aku, last kami buat outdoor anak beranak ni masa mywife mengandungkan Syaqif, tahun 2010.... he he he he he skg ni dah 2014, 4 tahun sudah berlalu.  Sekejap jer rasanya.

Tengoklah kami....  Selamat Hari Raya semua.... Jangan lupa KLIK lagi di sini.




 Raya Photosnap



Dah penat bergambar, kami makan dulu....

No comments: