Hi.... Friends....
Kemusnahan MH17 kerana angkara manusia telah merosakkan ramai jiwa insan, bukan sahaja di bumi Malaysia, bahkan seluruh dunia yang turut melahirkan rasa simpati, sedih dan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Bagaimana pula dengan perasaan kamu semua apabila mendengar berita pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pelbagai spekulsai dan tohmahan ditimbulkan. Ada yang mengaitkan kejadian ini dengan kepimpinan negara, ada juga yang membuat spekulasi ini adalah sebahagian daripada rancangan misteri kehilangan pesat MH307. Manusia kan, suka sangat menuduh, ada sahaja yang tidak kena. Walhal ini semua adalah perancangan Allah, kifarah dari Allah buat kita semua. So beringatlah, bila Allah menurunkan bala atau petaka, bukan yang berdosa sahaja yang kena, yang alim dan beriman tebal juga akan terkena.
Hari ini, sekumpulan lagi mayat dan jenazah penumpang pesawat MH17 selamat pulang ke tanah air. Walaupun sudah tidak bernyawa, namun kepulangan mereka semua sangat dinantikan oleh kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.
Rasanya semua orang tersentuh dengan kejadian ini, ramai yang hiba dan menjatuhkan air mata. Sebagai hamba Allah yang seagama, apalah kiranya kita luangkan seketika untuk sedekahkan al-fatihah buat mereka semua yang telah pergi meninggalkan kita...... Al-Fatihah.
Jangan lupa KLIK lg di sini....
No comments:
Post a Comment