Assalamualaikum....
He he he.... sudah sangat lama aku tidak buat posting. Senang citer, aku agak malas. Tapi kali ni rasa teringin plak berkongsi cerita banjir yang melanda Kelantan. Bagi aku ini bukan sahaja satu banjir biasa, ianya adalah satu bencana dari Allah sebagai satu peringatan atas kelekaan hambanya. Aku suka untuk melihat kejadian ini darui pelbagai sudut yang berbeza... kemudian korang pikir lah sendiri yer.
Kelantan negeri serambi Mekah, kalau dulu memang betul, tapi kalau sekarang aku rasa sudah tidak relevan lagi. Bagi aku gelaran itu bukan muncul kerana siapa yang memimpin Kelantan, tetapi lebih kepada penghayatan rakyatnya terhadap syiar Islam. Kalau kita perhatikan dan renungkan, adakah Islamik sesebuah negeri itu dengan kita mewajibkan setiap bangunan mesti diterjemahkan dengan adanya kubah atau seumpamanya kerana ingin membentuk identiti Islam. Pada aku, identiti Islam itu akan terbina dari rakyat yang berfikir ke arah Islam, bukan material atau fizikal yang menjadi ukuran, tetapi terjemahan Islam melalui penampilan, pemikiran dan sikap. Di situ baharu kita boleh menterjemahkan sejauh mana Islamik sesebuah tempat itu. Musibah ini bagai ingin membersihkan segala kegagalan dalam sistem pengurusan kehidupan, bukan sahaja kerajaan tetapi juga rakyat Kelantan sendiri.
Tidak sepatutnya untuk kita menyalahkan kerajaan samada pusat atau negeri semata-mata, kerana bencana Allah ini dirasakan oleh semua. Terutamanya hamba rakyat yang membina hidup di sepanjang sungai Kelantan yang sangat berjasa itu.... Fikirkan dulu, insyaAllah... akan bersambung lagi... KLIK sini yer...
No comments:
Post a Comment