Pembaca Budiman...
F1 datang lagi... Dan yang seronoknya, Micheal Schumacher telah kembali ke dunia F1 dengan Team Mercedes GP Petronas setelah bersara beberapa tahun. Schumi adalah seorang lagenda dalam dunia F1, beliau telah 7 kali menjadi juara dunia F1 GP... 1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004. Aku harap Schumi akan membawa tuah kepada Mercedes GP Petronas. Pemandu kedua pula adalah Nico Rosberg juga dari German. All the best ....
Walaupun bukan pemandu Malaysia yang menjadi taruhan, tetapi team ni telah menjaja nama Petronas keseluruh pelosok dunia. Hakikatnya banyak Syarikat Minyak yang ingin menyertai F1, tetapi tidak layak kerana tidak mencapai standard F1. Korang tahulah kan, F1 satu sukan yang sangat mahal dan sangat mementingkan kualiti dan prestasi. Hanya yang terbaik mampu berada dalam F1. Walaupun petronas terpaksa berbelanja besar untuk F1, namun pulangannya juga lumayan untuk Petronas. Petronas mula diterima ramai di pasaran antarabangsa dan telah mendapat kontrak carigali di persada antarabangsa sehingga di senaraikan antara 10 syarikat minyak terbaik di dunia... Bangga aku sebagai warga Malaysia. Tapi yang aku heran, ramai yang kata minyak Petronas tak berkualiti, macam mana tu ?... komen cket...
No comments:
Post a Comment