Pembaca Budiman...
Sebenarnya aku bukanlah seorang yang alim, apatah lagi mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama, namun atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam dan berdaya untuk menulis sebaris dua ayat, aku terpanggil untuk menulis entry ini. Ideanya dah 3, 4 hari lepas, namun atas desakan kehidupan, aku tidak berkesempatan untuk melunaskan hajat yang terbekam di hati.
Kecoh satu Malaya, apabila mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penulisan buletin yang dikeluarkan oleh penganut Kristian Katolik. Aku heran, naper ngn tetiba penganut Kristian Katolik nak membahasakan tuhan mereka sebagai Allah. Aku tahu ALLAH azzawajalla adalah tuhan atau pencipta kepada semua makhluk. Namun dalam konsep keimanan kepada Allah atau Yang Maha Berkuasa, pastinya mereka semua tidak beriman kepada Allah. Aku tidak pasti apakah tujuannya mereka menggunakan nama Allah. Walhal sudah jelas mereka semua tidak beriman kepada Allah. Yang menyedihkan, wujud juga di kalangan umat Islam di Malaysia yang menggelarkan diri mereka golongan liberal atau dengan kata lain Islam yang lebih terbuka. Di mana pada anggapan mereka tidak salah perkataan Allah diguna pakai oleh agama lain sedangkan sudah jelas Islam menegah kita dari mendekati perkara syubhah atau perkara yang tidak jelas hukumnya samaada halal atau haram. Sebenarnya tidak perlu wujud Islam liberal atau sebaliknya, kerana Allah telah jadikan Islam itu sebagai sebuah agama yang suci lagi sempurna.
Apa yang menjadi kebimbangan aku di sebalik isu penggunaan nama Allah ini adalah, apabila golongan yang lemah imannya, atau yang cetek ilmu agamanya, mula beranggapan bahawa agama Islam dan Kristian adalah sama kerana berkongsi Allah yang sama. Mungkin hari ini belum berlaku, namun pada masa akan datang, tiada siapa yang dapat menduga... Apatah lagi, sekarang pun isu murtad semakin menjadi-jadi, kes permohonan bertukar kepada agama asal bagi muallaf juga semakin banyak dan golongan yang hidup jauh dari budaya Islam juga semakin berleluasa. Sekiranya sekatan tidak diambil dengan segera, aku sangat bimbang anak-anak melayu yang inginkan kebebasan akan memilih jalan hidup dan pegangan yang salah. Menjadi satu kebimbangan juga, jikalau kita tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan bersopan kepada Allah, tuhan sekalian alam.
Dari itu semi kepentingan Islam sejagat dan kepentingan Islam di Malaysia khususnya... Marilah bersama kita memperteguhkan Saf dalam mempertahankan hak kita. Bukan dengan keganasan, tetapi melalui saluran yang betul, kerana Islam itu agama perdamaian, persaudraan dan global.
Apa plak kata korang tentang isu ni.... komen la sikit.
2 comments:
sy pun tk berapa arif dlm perkara ni, tp sgt suka semangat masyarakat Islam, walaupun berbeza haluan politik tp bersatu dalam menegakkan agama Allah..
saya setuju, jgn kita jadikan politik sebagai dinding perpaduan Ummah... krn politik perjuangan dunia... agama pula perjuangan menuju kedamaian dan kejayaan di sisi Allah... insya-allah...
Post a Comment