Friday, December 18, 2009

Jiwa Kosong

Pembaca Budiman ...

Bercakap pasal jiwa kosong ni, bukan lah kerana aku rasa jiwa aku kosong. Idea ni aku dapat masa aku pergi massage dengan salah seorang kenalan dalam dunia outdoor yang aku gemari. Kiranya almost 9 years aku kenal kawan aku ni. Selalunya topik perbualan antara aku dengan dia lebih kepada kerjaya dan pengalaman dalam dunia outdoor. Tapi kali ni perbualan aku antara aku dan dia lebih tertumpu kepada aspek kerohanian. Rupanya... dia mempunyai idea dan pengetahuan yang agak baik dalam hal-hal keagamaan...

Katanya, kita selalu menyalahkan persekitaran apabila prestasi kerja kita tidak baik... sebenarnya kemerosotan prestasi kerja kita adalah berpunca daripada jiwa yang kosong. Iaitu jiwa yang tiada matlamat, jiwa yang tidak ikhlas, jiwa yang tiada keinginan dan macam-macam lagi. Jiwa yang kosong adalah Jiwa yang Mati. Sebenarnya jika hati kita suka semua benda menjadi mudah, tiada benda yang dapat menghalang. Tapi jika jiwa kita kacau, resah, gundah... semua usaha tidak sepenuh tenaga, maka hasil kerja kita juga kurang baik... Aku suka prinsiple ni... apa yang penting, dalam hati kita, dengan kata lain, niat yang baik akan jadi baik...

2 comments:

nonMember said...

yerlah semua gantung pd niat ... tapi tak semestinya semua niat yg baik akan berakhir dgn kebaikkan.
niat yang baik tetap tidak menghalalkan yg haram kan?..

dan juga kita tak boleh nak bergantung pada hati kita saja .. hati selalu menipu kalau tak disandarkan pada akal. kerana tak semestinya apa yg hati kita suka tu adalah baik utk kita.


wallahuaklam.

Mohd Faiz Ghazali said...

saya setuju sangat dgn saranan anda...