Pembaca Budiman...
Aku bersetuju dengan komen pembaca budiman aku yang telah sudi mencatatkan komen terhadap pandangan aku... Terima Kasih, klik lagi blog ini dan berilah komen supaya blog ini menjadi lebih baik dan membina untuk semua.
Memang benar niat yang baik tidak semestinya natijahnya baik... tapi kita kena ingat firman Allah ; mafhumnya : "sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat", perkara yang menggagalkan niat kita adalah amalan atau perbuatan kita. Kerana dalam proses kita melengkapkan niat kita, syaitan laknatullah sentiasa mencuri ruang untuk merosakkan amalan baik kita. Justeru itu di sinilah, hati yang kental (qalbu) atau roh yang kuat imannya akan membimbing kita supaya tidak terbabas dari matlamat asal. Marilah kita bersama muhasabah diri, moga-moga kita semua tergolong dalam orang yang kental imannya...
2 comments:
*s* cam citer robin hood tu lahh .. niat dia baik ja ..merompak orang kaya2 dan beri hasil rompakan tu pada orang miskin .. niat baik sangat tapi perbuatan mencuri tetap haram .. maka haramlah semuanya. tu robin hood orang kapiaq. sekarang orang islam pun dah ramai duk fikir cam tu gak!
lagi satu orang kita, pi antar anak2 kecik tadika cina or yg sewaktu dgnnya .. niat baik biar anak pandai berbahasa cina/english .. bijak niaga cam orang tu kunun. tapi sedihlah ... sekecil itu sepatut dapat didikan awalan tentang tiang agama utk jadi foundatation mendidik qalbu .. semuanya bermula diperingkat itu. nanti salahkan anak2 bila dia besar tidak kental qalbu mudah terpengaruh dgn gangguan luaran .. salah siapa?
matlamat tidak menghalalkan cara kan?.
wallahuaklam.
saya setuju sangat... walaupun niat kita baik, tp amalan selepas tu, mestilah baik... barulah sepadan ngn niat tu... nak antar tadika cina ker, sekolah cina ker, xper...xjd hal... yg penting kita kena main peranan untuk memantapkan akidah mereka... ni kalau kita hantar pegi ke sana, kemudian tak der pengisian jiwa... tu yg jadi haru tu... lama-lama haru biru jadinya... masya-allah, apa lah nak jd.
Post a Comment