Pembaca Budiman...
Sungguh kecewa... begitulah ungkapan yang boleh aku katakan. Memang adat bermain ada yang kalah dan ada yang menang. Tapi masalahnya, permainan semalam memang teruk. Pemain kelantan macam terkasima dengan lautan penyokong yang melaungkan slogan keramat " GOMO KELATE GOMO". Rata riti penyokong The Red Warriors kecewa dengan permainan mereka, teruk bagi satu permainan final. Sedang N9 dengan tangkas dan pantas, TRW pula macam tercari-cari rentak permainan di samping terpaksa menghadapi serangan dan asakan dari N9 yang tak berkesudahan. Bermulalah episod duka apabila seawal minit ke 17, gawang TRW dah bolos. Yang kelakarnya, seawal minit pertama separuh masa kedua, sekali lagi gawang TRW, bolos lagi. Namun masih belum berputus asa, tapi selepas gol ketiga, penalty yang dihadiahkan oleh pengadil, gara-gara tindakan tidak pro pemain TRW, akhirnya melenyapkan peluang TRW muncul juara Piala Malaysia , kerana tendangan itu telah dapat disempurnakan dengan cemerlang.
Cerita untuk mencipta sejarah ni, amat sukar untuk digambarkan... Semua penyokong yang memenuhi lebih separuh Stadium Nasional Bukit Jalil membawa harapan untuk menjulang Juara Piala Malaysia. Dengan semangat berkobar-kobar dan harapan yang menggunung, ramai rakyat Kelantan telah turun ke Kuala Lumpur. Bukan sahaja dengan bas yang dicatar khas, bahkan ramai yang turun dengan kenderaan sendiri (termasuk aku.....) hanya kerana ingin melakar sejarah dan memberi sokongan kepada TRW. Tapi sayangnya, harapan hanya tinggal harapan.
Banyak wang ringgit yang telah dilaburkan, t-shirt, mafla, pengikat kepala, bendera dan macam-macam lagi... tak termasuk kos tiket, perjalanan dan sebagainya... Bukan nak mengungkit, tapi memang tak berpuas hati... kalau TRW bermain dengan bersungguh-sungguh, aku tak kisah, tapi masalahnya.... hancussssssssssss....
Semasa perjalanan balik dari KL ke KB, di setiap tempat perhentian rehat, semua orang menyatakan rasa tak puas hati dengan corak permainan... Kenapa ?????????
Walaupun begitu, penyokong juga ada silapnya... insiden semalam sungguh memalukan kaum. Sikap penyokong sedikit sebanyak telah mengganggu pemaian. Tekanan mungkin... Tapi sikap tidak pro penyokong telah menconteng arang ke seluruh rakyat Kelantan. Aku tahu orang Kelantan memang gedebe, tapi semalam... rasanya terkeluar dari skop gedebe.... pikir sendiri... Malu oiiiii... dah la kalah, perangai penyokong plak, pelik... lagi malu....
Muka-muka kesian......
2 comments:
rileks lah ! kalah menang kan adat pertandingan..
p/s : sy tk tengok pisau cukur lah..tp rasa macam best je..tp kalau dah minat fazura tu, apalah sangat harga tiket tu kan ? ehehe
aha.... tapi fazura tu seksi ler...
Post a Comment