Wednesday, November 25, 2009

Aidul Adha Al-Mubarrak....

Pembaca Budiman...
Lusa dah pun menjelang 10 Zuhijjah... Seluruh Umat Islam di alam ini akan bersama-sama meraikan Aidul Adha atau juga dikenali dengan Hari Raya Qurban... Agaknya lembu-lembu tu kalau dia tahu dia nak kena sembelih, lintang pukang lari agaknya... Dah nasib kau lembu... Tapi hakikatnya, ia adalah ibadah, dan lembu tu sendiri sebenarnya betuah kerana terpilih untuk dijadikan korban bagi mengingati peristiwa berkaitan dengan korban di dalam Islam.

Zaman Nabi Adam : kisah dua putera nabi Adam Qabil dan Habil yang diperintahkan supaya mengeluarkan hasil pertanian (Habil) dan ternakan (Qabil) mereka kepada Allah sebagai Qurban. Bahan qurban tersebut hendaklah dipilih dari yang terbaik dan dikeluarkan dengan hati yang ikhlas dan penuh ketaqwaan kepada Allah. Namun Qabil telah memilih hasil ternakan yang tidak baik sementara Habil pula telah memilih hasil pertanian yang segar dan terbaik untuk dijadikan qurban kepada Allah s.w.t. Akhirnya hanya qurban Habil saja yang diterima Allah, dan dikatakan hasil qurban itu disimpan di Padang Arafah... Pengajaran dari kisah ini, apabila kita hendak memberikan sesuatu kepada orang lain hendaklah barang tersebuat sesuatu yang baik, sihat, bermenafaat dan ikhlas.

Zaman Nabi Ibrahim : apabila Allah s.w.t memberi mimpi kepada nabi Ibrahim, di mana dalam mimpi tersebut baginda menyembelih nabi Ismail... mimpi ini merupakan satu dugaan buat nabi Ibrahim. Kesetiaan dan ketaatan nabi Ibrahim dan Ismail kepada Allah s.w.t sedikit pun tidak goyah, bahkan menyahut seruan itu dengan hati yang terbuka... begitu juga dengan Siti Hajar, tabah menerima dugaan dari Yang Maha Kuasa. Akhirnya semasa nabi Ibrahim telah bersedia untuk menyembelih nabi Ismail, Allah telah memerintahkan supaya qurban itu ditukarkan dengan haiwan ternakan yang besar... dari kisah ini jelas kepada kita, betapa beratnya perintah Allah supaya kita patuh kepada segala tuntutan dan ajaran agamanya Islam yang maha suci.

Zaman Nabi Muhammad : Allah berfiman dalam surah Al Kautsar ayat 1 hingga 3 "sesungguhnya kami telah memberikan kepadanya nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berqurbanlah, sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus"

Maknanya ibadat qurban ini sangat digalakkan dalam Islam bagi yang berkuasa... Hukumnya adalah Sunat Muakkad : sangat dituntut dan digalakkan di dalam Islam bagi yang layak dan cukup syarat... Makhruh hukumnya : bagi yang layak tapi tidak mahu melakukan ibadah qurban... Wajib hukumnya : bagi yang bernazar dan dagingnya haram dimakan oleh tuan empunya qurban dan tanggungannya. Sementara qurban biasa pula hendaklah 2/3 diagihkan kepada mereka yang layak dan 1/3 boleh diambil oleh tuan empunya qurban.

Semoga kita semua tergolong dalam mereka yang beriman, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t... Amal Ma'aruf Nahyi Mungkar... Insya-allah.

Semangat Qurban... kerjasama merebahkan qurban







Senada seirama seia sekata ...





Melapah qurban...

No comments: