Sunday, August 10, 2014

Puasa Sunat Syawal....

Pembaca Budiman.....


Jumpa lagi kita.  Tengahri ni, tetiba terpanggil untuk buat entry baru.  Tapi sebelum kita bercakap pasal tajuk di atas tu, terlebih dahulu izinkan aku cerita sikit kenapa tetiba idea untuk menulis dalam blog ni datang kembali.  He he he he he, kisahnya aku skodeng wechat kawan aku, selama aku kenal dia, aku  tak tahu pun yang dia ni blogger cam aku.  Blogger yg tak buat untung,  Tapi xper lah kan, sajer jer nak membebel dalam ni.  Bak kata kawan aku si Edy Fendi , aku klu boleh membebel tak akan abis.  Ha ha ha ha ha.  Anugerah Allah awak, nak buat camana.  Dari zaman sekolah hingga ke maktab, aku lah wakil debat dan syarahan.  Walaupun tak menang peringkat kebangsaan, tapi aku tidak bertutur benda kosong.  Banyak dan lebat aku semuanya berisi.

Puasa Sunat Syawal, korang dah buat ker ? Bagi yang sudah, alhamdulillah.  Bagi yang belum, tak nak ker, besar pahalanya siot... Seperti berpuasa sepanjang tahun.  Rajinkan sikit diri mu itu, gagahkan jiwa mu wahai teman.  Sebulan Ramadhan boleh buat, takkan 6 hari tak boleh kut.  Hari ni dan 14 Syawal, ada 16 hari lagi.  Jomlah, aku pun baru bermula.  Hari ni baru hari ke 4, 2 more days to go.  Harap Allah bg kesempatan untuk aku sempurnakan semuanya.  Manalah tahu kan, ajal dan maut di tangan tuhan.

Ok, kawan.  Aku berhenti dulu di sini.  Ada kesempatan, aku sambung lagi.  Korang doakan supaya aku sihat dan ada idea untuk menulis, konfem aku akan buat entry baru.  He he he, seperti biasa jgn lupa KLIK lg di sini.  Bubye....


Thursday, August 7, 2014

Aildil Fitri 2014

Hi Lovie....

Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.  Andai ada salah silap sepanjang aku dok buat post dalam blog ni, sepuluh jari aku susun, mohon maaf dari kalian semua.  Kosong - kosong yer...

Raya kali ini, kami beraya di Kota Bharu sahaja dan agak sibuk dengan persiapan adik bongsu yang nak naik pelamin.  So perhatian lebih ditumpukan kepada persiapan si adik, maklumlah nak bina masjid, menjadi kenangan sepanjang hayat.  Walaupun gitu, baju baru tetap beli, tahun lg sekali aku tinggalkan tradisi berbaju melayu, pilihan aku adalah jubah, blok kaler, kelabu gelap berlengan kelabu cerah, kontemporari katanyer....

Kami adik beradik ni gila-gila sikit, terutama adik aku yg pompuan sorang tu.  Dia pun blogger gak, pelangi purple klu tak silap aku... Check it out Ok.  Kami buat Raya Photosnap di Taman Tengku Anis, pada raya ke 3, menjadi tumpuan orang yg nak ambik gambar wedding, beriadah dan sebagainya... Kalau dah berkumpul semua adik beradik, anak-anak buah.... Riuh rendah jadinya.  Seingat aku, last kami buat outdoor anak beranak ni masa mywife mengandungkan Syaqif, tahun 2010.... he he he he he skg ni dah 2014, 4 tahun sudah berlalu.  Sekejap jer rasanya.

Tengoklah kami....  Selamat Hari Raya semua.... Jangan lupa KLIK lagi di sini.




 Raya Photosnap



Dah penat bergambar, kami makan dulu....