Pembaca Budiman.....
Erm..... rasanya bagai satu mimpi apabila hasrat untuk menubuhkan sebuah kelab kayak hampir terlaksana. Harapnya tak der apa yang akan menghalang hasrat murni ini. Sebenarnya impian yang hampir berjaya direalisasikan ini, bukanlah usaha aku sorang, tetapi hasil dari usaha gigih sahabat aku Mr. Kamalul n Mr. Eris. Kami berkongsi minat yang sama iaitu kayak, dan usaha ini menjadi semakin jelas dengan khidmat nasihat dari Presiden Persatuan Kayak Terengganu dan juga galakkan dari pegawai di Jabatan Belia Negeri. Dorongan dan bimbingan dari agensi ini telah menyuluh jalan bagi kami bertiga untuk membina satu platform supaya sukan kayak dapat dikembangkan di negeri Kelantan ini.
Sebenarnya matlamat kami sangat besar. Selain dari untuk memajukan sukan berkaitan kayak di Kelantan, kami juga bercita-cita untuk mencipta sejarah dengan menghantar peserta acara kayak dalam SUKMA pada suatu hari nanti..... insya-allah. Harapnya hasrat kami ini akan dimakbulkan Allah s.w.t.
Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En. Dali..... Ketua Pemuda UMNO, Cawangan Pengkalan Chepa kerana menyokong hasrat ini. Bantuan dan sokongan tuan untuk mendapatkan sebuah lokasi bagi dijadikan pengkalan aktiviti sangat kami hargai. Jasa dan pertolongan tuan, tak mungkin dapat kami balas, hanya Allah s.w.t yang mampu berbuat demikian. Insya-allah... jika kita berbuat baik, nescaya baik lah juga Allah anugerahkan untuk tuan.
Aku rasa sangat teruja..... semoga cita-cita ini akan terlaksana dalam sedikit masa lagi..... tunggu pengumuman pelancaran kelab. So korang semua jangan lupa KLIK lagi di sini..... See Ya....
3 comments:
cmne nk join neh??
salam...
tmpg tnya deh..nk join gane erk?cam best jah
terima kasih atas minat anda berdua... buat masa sekarang kelab ni masih belum diluluskan dan kami masih dalam proses menyiapkan tapak utk aktiviti... encik berdua boleh join fb saya Mohd Faiz Ghazali atau email : gbond_kb@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Post a Comment