05 Feb
Kisah My Kembara, kembali lagi untuk hari ke 2 berada di Bali. Agenda untuk hari ini telah kami putuskan semasa makan tengahari semalam. Semua pergerakan aku sepanjang berada di Bali telah dirancang sebaik-baiknya. Harap-harap semua informasi yang aku dapat dari internet dan kengkawan tu betul hendaknya.
Kami keluar seawal 9.00a.m, selepas sarapan kat hotel, kerana mengikut perancangan, kami akan menonton persembahan Barongan. Dari pengamatan aku, Barongan ni ada pengaruh opera cina, cuma penceritaannya sahaja yang berbeza. Biasanya cerita dalam persembahan Barongan adalah kisah epik hindu iaitu kisah dewa-dewa dan sebagainya. Sementara, opera cina pula berlatar belakangkan kisah kegemilangan Maharaja Cina. Dari segi lafaz dialog pula lebih kureng sama, iaitu seperti bernyanyi-nyanyi bagi watak perempuan dan suara parau dan garang bagi watak lelaki. Muzik iringan pula sudah tentu lah berbeza, kerana persembahan Barongan diiringi oleh sekumpulan pemuzik yang memainkan alatan muzik tradisional Bali. Sungguh indah sekali susunan muziknya, mengasyikkan.....
Seterusnya kami bergerak pula ke Nusa Dua, iaitu satu wilayah di selatan Pulau Bali. Tempat ini sebenarnya dikhususkan bagi penggemar sukan air seperti banana boat, jet ski, para sailing dan macam-macam lagi. Bayaran yang dikenakan pula agak mahal, bagi aku lawatan ke tempat ni sangat tak berbaloi. Oleh kerana dah sampai, aku ambik jer pakej Turtle Island..... ha ha ha ha ha, tergelak besar aku n my wife..... rasa macam tertipu sangat. Ape ke bende nyer turtle Island, ada la penyu dalam 15 ekor yang di letak dalam kurungan di gigi air..... boleh ler korang sentuh dan bergambar dengan penyu-penyu tu..... korang tahu berapa kita orang bayar..... Rp 600.000 untuk 2 orang, tu dah kira harga untuk local tu, kalau foreigners lagi mahal. Dalam pakej juga termasuk aktiviti memberi makan ikan, yang ni lg ler bodoh..... katanya ada Coral..... bukan sajer Coral, cucu Coral pun xder..... rumpai laut ada, pastu ada ler ikan datang makan roti yang aku bagi tu dalam 15 ke 20 ekor ikan..... satu jenis plak tu..... rasa diperbodohkan sangat..... kalau korang pergi ke Bali dan tak berniat untuk bermain aktiviti air..... jangan pilih trip ke Nusa Dua..... ingat tu.....
Lepas tu, aku n my wife dibawa bersantai ke Geger Beach, pantai ni di penuhi oleh mat saleh dan minah saleh semuanya, langsung takder orang tempatan..... kecuali pekerja yang menyediakan perkhidmatan di situ. Geger Beach ni adalah sebuah destinasi pilihan peluncur ombak yang baru berjinak-jinak dalam sukan ni. Ramai juga yang bersantai menikmati sinaran mentari..... bagi aku plak..... ya Allah, panasnya..... tapi pantainya memang cantik, pasirnya terhampar pepasir yang putih dan halus..... pantainya memang bersih. Kalau korang semua nak bersantai kat bawah payung tu, kenalah bayar, tak silap aku Rp 300.000 utk 1 payung dan dua kerusi malas..... Erm cam best gak, tp masa aku pergi tu tak sesuai, panas sangat..... kalau petang tentu best.... Kat sini ombaknya besar, dan sesuai untuk orang yang sudah mahir surfing.
Destinasi seterusnya Garuda Wishnu Kencana atau GWK. GWK ni adalah nama tiga monumen yang akan disatukan menjadi satu mega monumen yang sangat besar. Projek ni dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020. Walaubagaimanapun, Kencana masih belum dibina. Tapak GWK adalah berasal dari bukit batu kapur yang telah ditarah dan membentuk laluan, dataran, binaan, taman dan bongkah-bongkah batu kapur yang sangat besar. Susun aturnya sungguh hebat dan menarik, pemandangannya pula sungguh mengagumkan..... cantik.
Than, makan tengahari kat sebuah pasar tempatan. Kecil jer pasarnya, kita orang makan Nasi Uduk atau nasi campur. Kat Bali ni, kedai makan biasanya xder minuman yang dibancuh seperti teh'o' ais ker, milo ais ker..... yang ada cuma minuman dalam botol dan tin sahaja. Dan rasanya..... mengerikan..... Nasi Uduk ni best plak rasanya..... berselera aku. Sementara Teh Botol plak, teh wangi yang tidak dimasuk gula..... hanya kelatnya sajer dan rasa seperti teh cina.
Kemudian Si Taufik ni bawa plak kita orang melawat kawasan hartanah yang dimiliki oleh Tommy Soekarno, anak mantan presiden Indonesia tu. Hartanahnya seluas 600 hektar, dan kata Taufik banyak lagi hartanahnya di serata Bali. Kawasannya terletak di tebing cenuram batu kapur pantai yang sangat tinggi. Pemandangan begini memang sukar untuk kita nikmati di negara kita Malaysia. Cantik gak pantainya.....
Kemudian kita orang pergi plak ker Pura Uluwatu. Tempat ni memang unik, puranya berada di puncak di penghujung sebuah tanjung. Menurut Si Taufik, Uluwatu itu bermaksud penghujung batu ( batu yang terakhir ) dalam bahasa Bali. Setiap lawatan ke pura pasti ada pantang larangnya atau caranya..... untuk memasuki kawasan pura ni, kita orang mesti memakai sarong seperti orang bali, sarong disediakan secara percuma. Kat sini, semua eksesori dinasihatkan disimpan di tempat yang selamat, kerana pura ini turut didiami oleh Sang Kera yang cukup nakal. Pantang tengok benda yang menarik, pasti akan dicapainya. Pemandangan di sini, tersangat cantik..... Pura Uluwatu ni tersohor dengan persembahan Tarian Kecak..... dulu aku ingat macamana la tarian kecak ni, rupanya tarian kecak ni ada unsur-unsur spiritual atau pemujaan. Tariannya agak unik kerana dipersembahkan tanpa menggunakan alat muzik. Sebaliknya menggunakan paduan suara pria seramai 70 orang. Mereka hanya sebut perkataan kecak, kecak, kecak berulang kali dalam pelbagai irama dan suara. Paduan suara yang indah ini, diikuti pula dengan gerakan tangan para pria itu tadi seperti sedang menari-nari. Mereka duduk dalam bulatan dan api di tengah-tengah bulatan. Sebenarnya mereka semua sedang mempersembahkan sebuah tarian yang memuja semangat, atau lebih tepat pemujaan. Mengikut handout yang diedarkan, sebagai penambahbaikkan, penceritaan epik hindu dimasukkan dalam tarian kecak, di mana para pelakonnya melakonkan watak dalam gerakan dratari. Persembahan ini dimulakan diwaktu senja, iaitu apabila matahari mula terbenam. Persembahannya memakan masa selama 1 jam, dan tamat di waktu hari sudah gelap..... tanah pun samar-samar jer.
Perut pun dah berkeroncong..... untuk memenuhi agenda yang sangat penting ni, kita orang di bawa kesebuah gerai makan yang terkenal dengan keaslian masakan bali. Cuma bahannya saja ditukar supaya halal dan boleh dimakan oleh orang islam. Pada asalnya nak makan Bebek Betutu ( itik betutu ) tapi dah habis..... Aku n Taufik pesan ayam betutu, sementara my wife nak menikmati bakso bali. Rasanya, boleh tahan, best gak..... tp my wife kata baksonya, tak sedap.
Dah kenyang tu, apa lagi..... balik hotel. Tapi aku n my wife tak tdo lagi, masih nak bersiar-siar. Lalu kita orang pun keluar bersiar-siar selepas menyegarkan badan. Bukan ke mana-mana pun, dari Legian Street kita menapak ke Kuta Beach dan melepak kat depan SmartShop, kinda 7 eleven, tapi dia sediakan tempat duduk kat depan kedai tu. Best gak duduk-duduk kat situ, minum sambil menghirup angin pantai. Tapi kat sini ramai yang minum arak, kekadang rasa pelik bila orang berwajah melayu minum arak di tempat terbuka begini. Tapi kat indon ni. belum tentu dia orang ni muslim kan..... Lebih kurang jam 2.00a.m kita orang pun menapak balik ke hotel, apa lagi..... tido ler.....
Badung : Tugu peringatan pengeboman Bali yang dibina atas tapak asal tragedi itu juga terletak di Legian Street.
He... he... he..., dah nak abis rupanya edisi My Kembara kali ni. Esok sehari lagi kami akan berada di Bali, hari lusa nanti, terbanglah semula kami ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu jangan korang buat-buat lupa nak KLIK blog ni lg. Masih banyak lg kisah yang belum aku ceritakan..... KLIK tau.....
1 comment:
CV Hasanah Batik Sarong And Garment
Established in 1994.
Bali sarong based in Solo Central Java, Indonesia.
Our company founded in 1994.
Hasanahtex is famous textile in Java and Bali.
Average measurement of the sarong is 175 x 115
http://hasanahtex.com
thank,s
Post a Comment