Pembaca Budiman ...
Ramadhan datang lagi, ... Ada yang suka dan gembira dan ada yang buat-buat suka dan ada juga yang gembira sebab boleh buka gerai kat Bazar Ramadhan. Aku harap kita semua tergolong dalam kumpulan yang suka dan gembira sambut Ramadhan kerana peluang ibadah yang Allah s.w.t berikan sepanjang bulan ni. Kita rebutlah peluang yang datang 1 tahun sekali ni yer... Jangan lah dok berkira sangat kalau letih sekalipun... Sabar..
Entry kali ni aku akan membincangkan Fadhilat Ramadhan. Semoga dalam aku membuat entry ni bukan sahaja memberi pengetahuan kepada aku, bahkan buat korang semua, tak gitu... aku dapat pahala, korang semua dapat gak pahala membaca blog aku ni... he he he....
Sebenarnya kekawan, Ramadhan ni adalah kesinambungan daripada bulan Rejab dan Sya'ban. Seperti yang aku cerita dalam entry lepas berkaitan dengan Nisfu Sya'ban. Rasulullah banyak beribadat dalam kedua-duan bulan ni sebagai persediaan menempuhi Ramadhan. Kiranya Ramadhan ni adalah kemuncak dari rangkaian 3 bulan ni...
Abu Hurairah ada meriwayatkan, maksud sabda RAsulullah : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat segala syaitan.
Juga dari Abu Hurairah, maksud sabda Rasulullah : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosa yang telah lalu.
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia pada hari itu dan dilarang menghampiri(bercumbu)tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
Erm... kekawan, what do you think about Ramadhan selepas korang semua baca info di atas. Rugi sakan kalau kita tak tunaikan ibadat sepanjang Ramadhan dengan khusyu' dan tawaddhu'. Aku rasa baik kita muhasabah diri kita sepanjang Ramadhan yang lalu, setiap kekurangan dan kelemahan pada tahun lepas, sama-sama kita baiki dan pertingkatkan di tahun ini. Moga-moga kita semua memdapat keredhaan dari Allah s.w.t... Amin....
Jangan lupa KLIK lagi di sini, banyak lagi info dan cerita ceriti yang boleh kita kongsikan bersama... Kalau korang semua ada cadangan untuk jadikan blog aku ni lebih informatif, bagiler cadangan... kalau terdaya akan aku usahakan... Insya-allah.....
\
1 comment:
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
semoga mendapat keberkatan..Amin..
Post a Comment