Wednesday, February 24, 2010

Bali... Destinasi Cinta... Part ii


Pembaca Budiman.....


Sorry... agak lama baru berpeluang meneruskan cerita My Kembara... Bali... Destinasi Cinta. Bukannya aper, agak sibuk dengan tugasan harian..... tapi aku tahu korang semua mesti tertunggu-tunggu sambungan citer ni..... kan ?..... he he he. Kita orang telah selamat mendarat di Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali lebih kurang jam 12.30 tgh. Masa tu perut dah pun berkeroncong, masa dalam flight tak order makan, kononnya nak merasa masakan Bali.

Ngurah Rai International Airport, Denpasar, Bali.

Ketibaan kami disambut oleh Pak Supir yang sungguh sopan santun lagi ganteng, kata orang Indon... Taufik, itulah nama empunya badan. Masa aku jumpa dia tu, aku teringatkan pemandu-pemandu kita kat Malaysia yang sangat sopan santunnya. Hinggakan senyuman dia orang pun nampak kelat. Erm..... aku rasa semua insan yang terlibat dalam industri pelancongan kat Malaysia ni, kena pergi Bali, melanjutkan pelajaran dalam hal-hal tatacara menyambut dan melayan tetamu.

Perkara pertama yang aku nak bereskan adalah penginapan. Malam sebelum tu aku ada call satu hotel untuk konfemkan tempahan aku..... kata reception kat sana " beres pak, udah diuruskan, bapak hanya perlu datang ke hotel untuk check in " lega hati bila teringatkan suara tu. Tup tap..... masa nak pergi check in, xder nama aku..... apa sudah jadi, dah tu nak bagi bilik yang mahal sebagai ganti. Mana aci kan beb..... lintang pukang ler budget aku. Tapi Supir aku kata " usah risau bang, hotel bisa diuruskan, lebih murah dan selesa....." aku malas nak pikir panjang, serah jer pada si Taufik tu..... Paradiso Inn..... Rp 350.000 semalam..... situ ler tempat aku menginap, Legian Street, di tengah-tengah pusat hiburan Kuta. So malam-malam aku n my wife, menyusuri jalan di situ hanya untuk melihat gelagat dan night life di Bali..... Club kat sini, boleh dikatakan terbuka, dan banyak di sepanjang Jalan Legian ni.

Paradiso Inn..... ada swimming pool beb.....

Dah siap check in hotel, kita orang telah pergi makan. Taufik bawa kita orang ke sebuah restoran jawa dan kami menikmati makan tengahari kat situ. Tak silap aku Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Memandangkan lapar, aku makan jer, tak sempat nak manikmati masakan tu, sedap ke tak..... kebulur beb, sebab masa tu dah hampir jam 3 lebih. Lepas tu kita orang solat, kat restoran tu ada surau. Nasib baik Supir kita orang muslim, tahu ler dia cari makanan halal untuk kita orang. Katanya tokey kedai ni, Raja Poligami, ada 4 isteri, siap masuk majalah lagi..... seorang personaliti yang dikenali ramai. Restoran ni cantik dengan seni ukiran kayu bali.

Restoran Ayam Bakar Wong Solo, Jln Raya Kuta.

Biasanya kalau kita pergi melancong, beli souvenir ni mesti hari last kan..... tapi kita orang ni lain sikit, baru jer pijak kaki kat Bali, tapi dah bershoping sakan..... macam-macam kami beli, tapi untuk sanak sedara jer..... yang tak dapat tu sorry ekk...... bukan apa, budget ciput. Walaupun sepanjang kat Bali kita orang bergelar jutawan, tapi kalau sekali makan atau shoping dah beratus ribu, jutawan tu xder maknanyer..... Kedai tu namanya Krisna kita orang berhabis sejuta lebih.... Rp 1,026,184.00..... rasa kelakar plak, tak pernah aku bershoping sampai berjuta. Kedai ni di khususkan untuk warga indonesia kata Taufik, kalau pelancong asing biasanya tidak di bawa ke mari kecuali orang Malaysia, kerana muka kita kan hampir sama dengan Indon. Satu perkataan yang melekat di ingatan kami iaitu " domestik " si Taufik ni tak habis-habis dengan domestik, tapi aku tak kisah..... yang penting barangannya murah. Terbukti kalau kat tempat lain, korang kena tawar menawar sampai kering tekak, tapi masih belum dapat harga yang sama dengan kedai ni..... ingat tu, kalau korang pergi Bali, cari cari kedai ni..... Krisna.

Krisna.... oleh-oleh khas Bali. Patung Dewa kat depan tu, mengikut kepercayaan orang Bali, membawa rezeki yang melimpah ruah atau kebaikan.

Pastu kita orang bertolak pula ke Pura Tanah Lot..... Pura ni maknanya candi..... kat sini aku n my wife bergambar sakan, tapi xleh la aku nak tunjuk kat korang semua..... sebab semua posing tu, posing maut semuanya..... sorry ekk..... kita orang kat situ sampai sunset, ala-ala romantik gitu..... cantik sangat..... dah lama aku nak sampai ke sini, akhirnya...... he he he, sampai gak.

Sunset @ Pura Tanah Lot

Malam tu Supir bawa kita orang makan kat tepian pantai di Ganesha Cafe, Pantai Kedonganan, lagi romantik, candle light diner gitu..... atas pepasir pantai, dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan deruan ombak yang menyasyikkan..... dan yang penting ada nyanyian akustik dari kumpulan pemuda tempatan, lagu mengikut permintaan..... suaranya memang best, aku n my wife tumpang dengar jer..... he he he, berjimat, kat tempat orang kan. Malam tu kita makan makanan laut, ikan bakar, udang dan kepah..... abis dalam Rp 508.500..... tapi best sangat, berbaloi..... baloi.
Menikmati makan malam di tepian pantai

Pastu... kita orang balik hotel, tidur..... penat..... esok My Kembara diteruskan lagi..... so nanti korang kena KLIK lagi, sebab banyak lagi citer nak aku kongsi..... KLIK tau.....

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Cai

Pembaca Budiman...


Cerita pasal Tahun Baru Cina ni memang seronok... dulu masa aku kerja kat Penang, aku ada seorang best friend dari keturunan teonghwa... bukan sahaja dia yang baik, bahkan parent dan adik beradik dia orang pun baik ngn aku... terutama sekali ayahnya... suka bercerita kisah zaman mudanya... aku cuba memahami budaya masyarakat teonghwa ni, sementara dia orang pula banyak belajar budaya melayu dan islam dari aku... rupa-rupanya, orang cina ni tidak tahu nak bezakan antara budaya melayu dan islam... semenjak aku rapat dengan seluruh ahli keluarga ni, mereka dengan sengaja akan mencari restoran halal untuk makan besar supaya aku boleh join bersama... biasanya kat Equatorial Hotel... mahal beb, biasanya RM1000 ke atas. Aku percaya, kalau kita berbuat baik... balasannya juga baik, bukan sahaja di dunia, pasti juga di akhirat. Aku cuma berharap, mereka semua akan terbuka hati untuk memeluk islam dengan nilai-nilai baik yang aku tonjolkan... sempat berdakwah lagi tu.... but this year aku xleh nakmjoin dia orang makan besar, coz aku ada tugasan lain yang harus diselesaikan.

Tahun ni tahun harimau... mengikut teorinya tahun ini adalah tahun harimau putih, bagi sesetengah masyarakat cina, harimau putih tidak membawa semangat yang baik... justeru itu, mereka percaya tahun 2010 adalah tahun yang agak mencabar dan harus ditempuhi dengan berhati-hati.

Apa pun, aku cuma nak ucap selamat bercuti kepada semua dan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat teonghwa especially untuk Ah Keong sekeluarga...

Tuesday, February 9, 2010

Bali... Destinasi Cinta

Pembaca Budiman...

Bali itulah destinasi cinta pilihan... he he he, seronok gak pergi ke sana. Bali adalah salah satu dari destinasi impian aku, selain dari Maldives, Australia dan New Zealand. Tapi yang paling aku teringin adalah Makkah Al-Mukarramah... insya-allah dengan izinNya aku akan menjejakkan kaki ke sana nanti. Orang kata hanya insan terpilih sahaja yang layak menjejakkan kaki ke sana, harap-harap aku ni termasuk dalam senarai.

03 Feb 2010
Kalau dulu My Kembara hanya keseorangan, but this time berdua dengan My Wife. My Kembara bermula dengan penerbangan AirAsia AK 5289 dari Kota Bharu ke LCC Terminal. Namun flight aku ke Bali adalah pada esok hari. Malam ini dengan ihsan the very best friend of mine Ben, aku telah menumpang bermalam di rumahnya. Kelakarnya, orang yang aku harapkan untuk selesaikan masalah penginapan aku di sana, last minit mesej "sorry, hotel tak dapat, cari sendiri, layari www.agoda.com" , terkasima aku. Itu pun semasa aku nak flight ke KL. Bimbang gak aku, coz this time aku berdua... klu seorang tak kisah sangat. So malam tu aku dengan bantuan Ben melayari internet untuk dapatkan bilik yang sesuai dengan bajet aku. Akhirnya dapat ... Malam ni aku diner kat umah Ben, dia masak nasi goreng kampung... nasi goreng kampung yang paling aku gemari... aku tengok My Wife pun berselera.

04 Feb 2010
After solat subuh kami bergegas ke LCC Terminal. Aku telah diterbangkan ke Bali dengan pesawat AirAsia QZ 8392 tepat jam 9.30pg. Penerbangan ke sana mengambil masa selama 3 jam... erm..., boring gak kan,... so apa lagi, selepas baca majalah Travel 3Sixty, aku terus tidur. Sebenarnya banyak benda yang menarik dalam majalah ni. Mula tu aku ingat nak kidnap satu,... tapi malu pada diri sendiri, tak bermoral betul niat tu... Jadi aku batalkan sajer niat tu... Bila aku buka mata, dah dapat lihat Bali dari tingkap pesawat... Cantiknyer....

Travel 3Sixty on flight reading....


Bali .... Destinasi Cinta

He he he... cukup dulu... nanti aku sambung lagi... jangan lupa KLIK lagi...