Sunday, November 29, 2009

My Self Today....

Pembaca Budiman...

Today i'm quiet busy with wedding photo session in Kubang Kerian... i've done my job at 7pm than after maghrib rushing to another "Akad Nikah" at Padang Embun Mosque in Tendong, finished at 10pm... after that waiting for late dinner then drive home...

Sorry to Amer, cause can't keep my promise for another sembang session... he... he... he... i enjoy with you... some other time, when u in KB, ok dude...

Sorry to Fareez also, i'm not a good buddy to you... make u felt that way... but sometime, too many things in my head...

Friday, November 27, 2009

Aidil Adha di desaku....

Pembaca Budiman...

Lain tempat lain budayanya... aku percaya di setiap tempat di seluruh alam ni menyambut Aidil Adha dengan pelbagai cara mengikut budaya setempat... Selepas solat sunat aidil adha, aku percaya ibadat qurban dilaksanakan mengikut budaya setempat... Ditempat aku (kelantan) lain kisahnya, di sini seekor lembu dikongsi oleh 7 orang atau 7 bahagian. 1 bahagian bersamaan dengan seekor kambing, bagi yang mampu mereka boleh melakukan qurban lebih dari satu bahagian. Di sesetengah tempat lembu diqurbankan oleh individu tertentu dan diuruskan oleh Qariah Masjid dari sembelihan hinggalah pengagihan daging qurban tersebut...

Di sini, qurban dilakukan dalam kumpulan kecil mengikut berapa ramai individu yang terlibat... Biasanya tuan empunya lembu akan sediakan tempat sembelihan, dan sesiapa yang terlibat akan berkumpul di situ... Secara tidak langsung kita akan bersua muka dengan jiran tetangga dan bertanya khabar, suasana meriah dan harmoni ini menghangatkan sambutan Hari Raya Qurban. Itulah sebabnya sambutan Aidil Adha di Kelantan ini meriah...
Tahun ini, mak aku lakukan 1 bahagian qurban, sementara adik aku plak melakukan 1 bahagian qurban aqiqah... jadi dapat 2 bahagian... setelah lembu ditumbangkan maka semua keluarga yang terlibat bergotong royong dari melapah hinggalah siap qurban dibahagikan kepada 7 bahagian. Suasana yang penuh kekeluargaan, usik mengusik dan seloroh jenaka menghangatkan suasana... hinggakan lembu seekor dilapah tanpa rasa penat... seronok... walaupun setahun sekali kami semua melakukan kerja-kerja ini, tapi dengan tunjuk ajar dari mereka yang lebih tua, kerja ini menjadi mudah... "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing". Konsep musyawwarah ini patut diperluaskan dalam masyarakat kita yang semakin kehilangan nilai, budaya dan semangat kekitaan...

Wednesday, November 25, 2009

Aidul Adha Al-Mubarrak....

Pembaca Budiman...
Lusa dah pun menjelang 10 Zuhijjah... Seluruh Umat Islam di alam ini akan bersama-sama meraikan Aidul Adha atau juga dikenali dengan Hari Raya Qurban... Agaknya lembu-lembu tu kalau dia tahu dia nak kena sembelih, lintang pukang lari agaknya... Dah nasib kau lembu... Tapi hakikatnya, ia adalah ibadah, dan lembu tu sendiri sebenarnya betuah kerana terpilih untuk dijadikan korban bagi mengingati peristiwa berkaitan dengan korban di dalam Islam.

Zaman Nabi Adam : kisah dua putera nabi Adam Qabil dan Habil yang diperintahkan supaya mengeluarkan hasil pertanian (Habil) dan ternakan (Qabil) mereka kepada Allah sebagai Qurban. Bahan qurban tersebut hendaklah dipilih dari yang terbaik dan dikeluarkan dengan hati yang ikhlas dan penuh ketaqwaan kepada Allah. Namun Qabil telah memilih hasil ternakan yang tidak baik sementara Habil pula telah memilih hasil pertanian yang segar dan terbaik untuk dijadikan qurban kepada Allah s.w.t. Akhirnya hanya qurban Habil saja yang diterima Allah, dan dikatakan hasil qurban itu disimpan di Padang Arafah... Pengajaran dari kisah ini, apabila kita hendak memberikan sesuatu kepada orang lain hendaklah barang tersebuat sesuatu yang baik, sihat, bermenafaat dan ikhlas.

Zaman Nabi Ibrahim : apabila Allah s.w.t memberi mimpi kepada nabi Ibrahim, di mana dalam mimpi tersebut baginda menyembelih nabi Ismail... mimpi ini merupakan satu dugaan buat nabi Ibrahim. Kesetiaan dan ketaatan nabi Ibrahim dan Ismail kepada Allah s.w.t sedikit pun tidak goyah, bahkan menyahut seruan itu dengan hati yang terbuka... begitu juga dengan Siti Hajar, tabah menerima dugaan dari Yang Maha Kuasa. Akhirnya semasa nabi Ibrahim telah bersedia untuk menyembelih nabi Ismail, Allah telah memerintahkan supaya qurban itu ditukarkan dengan haiwan ternakan yang besar... dari kisah ini jelas kepada kita, betapa beratnya perintah Allah supaya kita patuh kepada segala tuntutan dan ajaran agamanya Islam yang maha suci.

Zaman Nabi Muhammad : Allah berfiman dalam surah Al Kautsar ayat 1 hingga 3 "sesungguhnya kami telah memberikan kepadanya nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berqurbanlah, sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus"

Maknanya ibadat qurban ini sangat digalakkan dalam Islam bagi yang berkuasa... Hukumnya adalah Sunat Muakkad : sangat dituntut dan digalakkan di dalam Islam bagi yang layak dan cukup syarat... Makhruh hukumnya : bagi yang layak tapi tidak mahu melakukan ibadah qurban... Wajib hukumnya : bagi yang bernazar dan dagingnya haram dimakan oleh tuan empunya qurban dan tanggungannya. Sementara qurban biasa pula hendaklah 2/3 diagihkan kepada mereka yang layak dan 1/3 boleh diambil oleh tuan empunya qurban.

Semoga kita semua tergolong dalam mereka yang beriman, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t... Amal Ma'aruf Nahyi Mungkar... Insya-allah.

Semangat Qurban... kerjasama merebahkan qurban







Senada seirama seia sekata ...





Melapah qurban...

Tuesday, November 24, 2009

Perodua Alza...

Pembaca Budiman...

Lihat jer gambar kat bawah ni.... no komen, kerana Perodua menggunakan teknologi Daihatsu... aku rasa Perodua tak banyak kerja dalam RnD model ni... cuma ambik, ubahsuai untuk local market dan jual... mudah... perhal pun... nilai lah sendiri...




















Berkhatan...

Pembaca Budiman...

Erm... cuti sekolah dah pun sampai. Biasanya kalau cuti panjang begini ada 2 perkara yang paling popular, 1 kerja nikah kawin dan lagi satu kerja potong memotong (bersunat) betul tak ?

Tapi kali ini aku nak berkongsi pengalaman tentang bersunat atau berkhatan ni... bagi setengah budak lelaki ia adalah pengalaman menakutkan... terselit plak keseronokkan, kerana kata orang tua-tua bersunat membezakan antara orang dewasa dan budak-budak. So cuba bayangkan, bila kita berbeza dari kengkawan yang lain... dah tu dapat sembahyang sebaris dgn org dewasa kat surau... Rasa macam ada previllege, gitu.... join the club.

Kalau dulu amalan ni ramai yang dibuat dirumah, tapi sekarang dah kena buat kat klinik atau hospital atas tujuan keselamatan. Kalau dulu-dulu, kena duduk atas batang pisang... erm tak tau kenapa kena guna batang pisang... Tapi sekarang baring jer.. tau-tau dah siap...

Dah siap tu, nak jalan pun susah... rasa janggal sangat... geli... ada yang tak tahan sakit, menangis.... tapi aku dulu ok jer.... relax... sekarang ni giliran aku la plak untuk menenangkan anak buah aku yang baru masuk jawi semalam... kesian, nangis beb... sbb banyak luka... tapi pagi ni aku tengok dah ok... ceria jer... dah hilang sakit agaknyer... tapi masa nak masuk bilik doktor tu, ok jer dia... control macho...

Saat paling mendebarkan ....








He he he... "Abang dah potongkan"... "Of Course".








Camni ler gayanya lepas bersunat... jalan terkangkang-kangkang, tangan kena pegang kain kat depan... ngilu rasenya... tersenyum sorang bila ingat kenangan ni...







( gambar hanya hiasan.... )

Camana dengan pengalaman masuk jawi korang plak ? .... citer la cket...

Sunday, November 22, 2009

Jawapannyer.....

Pembaca Budiman....


Jawapan kepada soalan mengenai kayak ialah : kayak bergeladak tertutup, ada kokpit atau lubang tempat duduk. Contohnya macam gambar kat sebelah tu ... Yang ni jenis Sea Kayak sesuai untuk xpdc ...



Yang ini baru kita panggil kenu.... bezanya ialah geladaknya terbuka... macam perahu atau kolek di tempat kita... tu jerlah bezanya yang utama. Sekarang korang boleh ler tanya member korang plak...

Thursday, November 19, 2009

Kayak Course...

Pembaca Budiman ...

This time I'll talk about Kayak Course for STAR 1 stage. Kayak is another thing that interest me. Last few days, 2 friends (Mr. Eris and Mr. Kamalul) of mine and me was organised a short course STAR 1 in kayak for some students from Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu. This course in under MASCA ( Malaysia Canoe Sport Association ) and recognised by Kementerian Belia dan Sukan and accepted at international level.

For your acknowledgement, the curicullum at this level is basic to know about kayak such as the history and the rising of this sport, kayak terminology, skills in paddling, capsize and towing and slap for support low recovery and bla-bla-bla... to certified as STAR 1 certificate holder, they have to score in theory test and practical test... CONGRATULATION.... everyone make it great. Welcome aboard in MASCA family. Actually I've a question to you guys, what make kayak and kenu different ?...

The faces of victory.... Students from SMKDAM who participate in STAR 1 Course on 15 to 18 Nov 2009.

All the best to The Rambuts Gangbang....



Friday, November 13, 2009

KOMTAR Walk....

Pembaca Budiman....

Dulu KOMTAR Penang ni kira satu landmark kat Georgtown. Kalau saper datang Penang tak pergi shoping kat KOMTAR tu kira tak sah. Aku masih ingat lagi, masa aku mula-mula datang Penang dulu, KOMTAR la yang menjadi destinasi pertama aku. Tapi lama kelamaan KOMTAR dah tak seindah dan semegah dulu, bahkan semakin dilupakan dan menjadi semakin usang. 2, 3 tahun lepas, KOMTAR ni jadi macam bangunan tinggal, suram dan malap. Apatah lagi, banyak shoping complex baru yang dibuka dengan konsep yang lebih segar dan moden.

Lately, banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk memartabatkan kembali KOMTAR sebagai landmark kepada Pulau Mutiara ini. Pengubahsuaian dalaman sedang rancak dilakukan, pendek kata dalam sedikit masa lagi tidak mustahil untuk KOMTAR kembali bersinar dan menjadi tumpuan pelancong. Percaya atau tidak, KOMTAR kelihatan sungguh berbeza, dengan konsep yang lebih segar dan moden.

Kalau dulu tapak KOMTAR Walk ni sinonim dengan gelaran Little Jakarta, kerana menjadi tempat lepak Mat Indon dan Minah Indon di hujung minggu. Tapi sekarang pengubahsuaian yang dilakukan telah memberi satu imej baru kepada KOMTAR...

Station 1 Cafe.... menghidangkan life music (acoustic). Suasana santai ... syok... value for money

Georgtown Cafe... Penang Food Lovers... Kena cuba Penang Char Kuey Teow, Hokkien Mee and Herritage Coffee.

Kat sini jgak ada Nasi Ayam Periuk Besar, Penang Street Cendol and some more coming up soon...

Wednesday, November 11, 2009

Conspiracy....

Pembaca Budiman....

Kononnya ada konspirasi disebalik kekalahan The Red Warriors dalam Final Piala Malaysia, Sabtu lepas... Ntah ler, betul ke tidak... ada yang kata dah ada player TRW yang dah kena siasat oleh SPRM... tak tau la plak aku, sejauh mana kebenaran konspirasi ini... Kalau betul, Masya-allah... marahnya aku... Katanya memang permainan ini telah di atur sempena pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar N9... Yer ker.... Tak sanggup aku memikirkannya.... Orang yang bertanggungjawab adalah KJ..... Erm ???????

Ini pantun konspirasi... (masa marah)

Naik bas naik kheto
Pulah muto pun ada
Huje turun pun tak caro
Tinggal ngorib, tinggal iso
Nak buat jamak tak pandai
Pakat gi tengok sek kito
Lepar bedil, lepar boto
Gomo Kelate Gomo
Main bola mace celako
Masuk final kaloh sokmo
Saloh player ko saloh sapo ?
Ambik coach dari estet mana?
Bubuh pemaian tak tahu gapo
Rupo-rupo ambik gaji babibuto
Jual maruah, jual muko
Dari mulo pah ko bilo-bilo
Senok otok sakit palo
Dok mikir ko puak dio
Ruponya dia kecek kito
Bor la dok gilo
Bor dok caro maro
Biar mapuh sakat dio.

Monday, November 9, 2009

Journey to make History....

Pembaca Budiman...

Sungguh kecewa... begitulah ungkapan yang boleh aku katakan. Memang adat bermain ada yang kalah dan ada yang menang. Tapi masalahnya, permainan semalam memang teruk. Pemain kelantan macam terkasima dengan lautan penyokong yang melaungkan slogan keramat " GOMO KELATE GOMO". Rata riti penyokong The Red Warriors kecewa dengan permainan mereka, teruk bagi satu permainan final. Sedang N9 dengan tangkas dan pantas, TRW pula macam tercari-cari rentak permainan di samping terpaksa menghadapi serangan dan asakan dari N9 yang tak berkesudahan. Bermulalah episod duka apabila seawal minit ke 17, gawang TRW dah bolos. Yang kelakarnya, seawal minit pertama separuh masa kedua, sekali lagi gawang TRW, bolos lagi. Namun masih belum berputus asa, tapi selepas gol ketiga, penalty yang dihadiahkan oleh pengadil, gara-gara tindakan tidak pro pemain TRW, akhirnya melenyapkan peluang TRW muncul juara Piala Malaysia , kerana tendangan itu telah dapat disempurnakan dengan cemerlang.

Cerita untuk mencipta sejarah ni, amat sukar untuk digambarkan... Semua penyokong yang memenuhi lebih separuh Stadium Nasional Bukit Jalil membawa harapan untuk menjulang Juara Piala Malaysia. Dengan semangat berkobar-kobar dan harapan yang menggunung, ramai rakyat Kelantan telah turun ke Kuala Lumpur. Bukan sahaja dengan bas yang dicatar khas, bahkan ramai yang turun dengan kenderaan sendiri (termasuk aku.....) hanya kerana ingin melakar sejarah dan memberi sokongan kepada TRW. Tapi sayangnya, harapan hanya tinggal harapan.

Banyak wang ringgit yang telah dilaburkan, t-shirt, mafla, pengikat kepala, bendera dan macam-macam lagi... tak termasuk kos tiket, perjalanan dan sebagainya... Bukan nak mengungkit, tapi memang tak berpuas hati... kalau TRW bermain dengan bersungguh-sungguh, aku tak kisah, tapi masalahnya.... hancussssssssssss....

Semasa perjalanan balik dari KL ke KB, di setiap tempat perhentian rehat, semua orang menyatakan rasa tak puas hati dengan corak permainan... Kenapa ?????????

Walaupun begitu, penyokong juga ada silapnya... insiden semalam sungguh memalukan kaum. Sikap penyokong sedikit sebanyak telah mengganggu pemaian. Tekanan mungkin... Tapi sikap tidak pro penyokong telah menconteng arang ke seluruh rakyat Kelantan. Aku tahu orang Kelantan memang gedebe, tapi semalam... rasanya terkeluar dari skop gedebe.... pikir sendiri... Malu oiiiii... dah la kalah, perangai penyokong plak, pelik... lagi malu....
Muka-muka kesian......


Saturday, November 7, 2009

Part Of The History ....


Pembaca Budiman...

Bersemangat... itu ler yang boleh aku katakan sekarang... Bukanye apa, Kelantan akan bertemu N9 malam ni di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia Edisi ke 84. Biasanya jarang sangat aku ke stadium, perkembangan bola sepak ni, baik dalam negara mahupun luar negara, aku just follow gitu-gitu jer... tapi this time demi kecintaan kepada negeriku Kelantan Darul Naim, aku gagahi jua, memandu dari Kelantan ke Kolumpo, semata-mata Final Piala Malaysia.

Yang kelakarnya, adik ipar aku orang N9,tapi berada di kalangan penyokong Kelantan bahkan lebih hebat dari aku adik beradik. Dia dah siap beli jersy n mafla lagi tuh... per-per hal pun Kelantan mesti menang. The Red Warriors are heroes...

Ini merupakan satu detik bersejarah bagi seluruh warga Kelantan setelah sekian tidak layak ke final. Jadi mari kita semua pakat-pakat sokong sek red warriors. Gi, kita pakat gi Bukit Jalil.... Jjupo denu deh....

"GOMO KELATE GOMO"

Sunday, November 1, 2009

Yea... yea... yea


Pembaca Budiman.....

Suasana yang sungguh meriah semalam di sekitar bandar Kota Bharu apabila Kelantan telah mengalahkan Perlis semalam di Stadium Utama Kangar dengan kedudukan 3 - 1... Sah-sah Kelantan akan bertemu negeri sembilan dalam perlawanan akhir nanti yang dijangka berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Walaupun permainan dilangsungkan di Perlis, tapi banyak kedai minum di sekitar bandar Kota Bharu menayangkan "Big Screen" untuk menarik peminat bola sepak, termasuk aku... Perkataan Gollllllllllllllll..... tu seperti dalam stadium bunyinyer... bergegar Kota Bharu. Meriah giler....

Aku doakan semogas skuad The Red Warrior akan terus unggul di Final nanti... Syabas...