Saturday, September 19, 2009

Aidil Fitri ....

Pembaca Budiman ...

Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena-mengena.....

Semoga dimaafkan kerana korang semua kawan aku dunia akhirat...

Salam Aidil Fitri buat semua....

Tuesday, September 8, 2009

Lailatul Qadar

Pembaca Budiman ...

Nampaknya Ramadhan telah hampir ke penghujungnya, bagi mereka yang cintakan Ramadhan, pasti perasaan sedih mula menyelubungi diri kerana bulan yang penuh barakah dan rahmat ini akan berlalu meninggalkan kita. Namun mengikut para ulamak 10 malam yang terakhir ini adalah sangat besar hikmahnya berbanding malam-malam sebelumnya. Di antara malam tersebut ada satu malam yang di panggil Lailatul Qadar seperti firman Allah dalam surah Al-Qadr ayat 1 hingga 5 yang bermaksud :

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "

Ada juga di kalangan ulamak mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar ini berlaku pada malam yang ganjil, kerana pada zaman Rasulullah, malam Lailatul Qadar ini biasanya berlaku pada malam yang ganjil seperi malam 21, 23, 27 dan 29. Namun sanggupkan kita membiarkan malam yang genap berlalu begitu saja... Rasanya tentu tidak kan... Baik kita usahakan semuanya, mana tahu kalau rezeki, kita berkesempatan bertemu dengan Lailatul Qadar dan fadhilatnya sangatlah besar iaitu seperti beribadah selama 1000 bulan atau 83tahun 4 bulan... Lama tu, berapa keturunan baru habis...

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadar

Allah s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahala yang banyak, supaya umatnya dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah s.w.t mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadar buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam Al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan Lailatul Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat Baginda s.a.w.

Justeru, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Yer.... kengkawan, walaupun Rasulullah itu adalah seorang yang maksum (suci dari dosa) tapi baginda sendiri turut beribadah bahkan dilipatgandakan pada 10 malam terakhir ini supaya baginda dapat bertemu dengan Lailatul Qadar dan sebagai satu galakkan kepada umat Baginda.

Rasulullah turut berdoa agar mendapat anugerah kebajikan dari Allah s.w.t di dunia dan di akhirat dan dijauhkan dari azab api neraka. Rasulullah juga turut menggalakkan umatnya supaya banyakkan bertaubat kerana sudah semulajadi manusia alpa dan mudah melakukan larangan Allah. Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Maja)

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadar

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadar adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui Lailatul Qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Itu lah saja rasanya apa yang aku faham tentang Lailatul Qadar... Jadi marilah bersama-sama kira mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadhan ni... Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang telah mendapat Lailatul Qadar... Jangan lupa KLIK lagi di sini... banyak lagi ni yang aku belum citer...

Sunday, September 6, 2009

Cerita Buka Puasa....

Pembaca Budiman...

Percaya tak kalau aku kata dalam bulan puasa ni, korang jual ler apa-apa janji nampak menarik dan sedap... ada jer yang beli, betul tak ?. Kat hotel-hotel pun berlumba-lumba iklankan juadah berbuka puasa dia orang, ala-ala kampung ada, ala-ala arab ada, fusion ada, oriental ada dan macam-macam lagi... Bukannya apa, nak manarik selera pelanggan. Harganya jangan cakaplah kan... Kalau tak mencecah 100 hinggit tak sah... kalau kureng pun sikit jer.

Tapi entry kali ni, bukan nak komen pasal makan, tapi budaya pergi berbuka puasa kat luar dan membeli makanan kat Bazaar Ramadhan. Apa yang aku tahu syaitan dan seketurunan dengannya dubelenggu dan dirantai didalam neraka sepanjang Ramadhan ni. Tapi yang aku heran aku tengok orang yang pergi ke Bazaar Ramadhan ni makin seksi la plak... Yang perempuan berseluar pendek, baju ketat dan singkat, yang atas tu jangan cakap, sikit jer lagi nak jatuh... Eii poning kepala Ese memikirkannyo ni hah... Kekadang aku terfikir, aku ker yang ketinggalan zaman ? atau dia orang yang terlalu moden ? Erm... Sape nak jawab ni...

Tak kurang jgak kat hotel-hotel dan restoran mewah, datin-datin yang dah tua ni pun, kekadang tak ketinggalan, rambut bukan main lagi, dan anak daranya tuh... Ya... Allah, berseluar pendek. Buka puasa tu, tak tau la plak aku kalau dia orang pergi clubbing, apa la plak yang dia pakai. Apalah salahnya kalau kita menghormati sikit bulan Ramadhan yang penuh barakah ni.

Hari tu aku terserempak dengan sekumpulan anak muda melayu, dah sah islam kan ? Dengan bangganya menghembus asap rokok kat tangga shopping komplek. Apa nak jadi ni, mana sifat malu... Kita bangga bila mendengar kanak-kanak seawal 6 tahun dah mula belajar puasa, tapi yang besar ni kenapa jadi begini... Kesian mak bapak dia orang ni, harapkan anak baik, rupanya .... Marilah kita sama-sama berdoa semoga, dia orang semua mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t hendaknya... Amin...

Jangan lupa KLIK lagi di sini.

Saturday, September 5, 2009

Nuzul Quran

Pembaca Budiman...

Tak berapa hari lagi kita akan mengingati kembali peristiwa Nuzul Quran iaitu pada 7 September 2009. Peristiwa ini adalah untuk mengenang kembali pertemuan nabi Muhammad s.a.w dengan malaikat Jibril buat kali pertamanya. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan baginda Rasulullah bersamaan dengan 6 Ogos 610m. Peristiwa ini berlaku di Gua Hira' semasa Rasulullah sedang beribadat kepada Allah.

Bermula dari saat tersebut, Al-Quran telah diturunkan kepada nabi berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan peristiwa semasa. Al-Quran merupakan mukjizat agung Rasulullah, ianya juga adalah satu anugerah yang amat besar kepada seluruh umat Islam, terutamanya bagi golongan yang cintakan ilmu dengan mengkaji isi kandungan Al-Quran.

Tidak hairanlah, suatu ketika dahulu, ahli cendikiawan dan bijak pandai terdiri dari umat Islam. Ini adalah kerana mereka semua telah mengkaji dan mengembangkan lagi isi kandungan Al-Quran. Tapi sayangnya usaha mereka semua terhenti apabila, semakin banyak perpecahan berlaku dalam masyarakat Islam dan pemimpin-pemimpin negara Islam pada masa tersebut juga semakin gemar hal-hal keduniaan sehinggakan Empayar Islam menjadi semakin lemah dan sinar Islam semakin malap di muka bumi ciptaan Allah ini.

Walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita semua beribu tahun dahulu, namun selagi kita berpegang pada Kalamullah dan Sunnah Baginda insya-allah kita semua akan terselamat dari pengaruh daayah yang salah dan karut marut. Jadi marilah kita semua berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran. Aku percaya ramai orang pernah buat salah, namun tidak bererti kita harus terus hidup dalam kajahilan dan kebatilan. Jom muhasabah diri, cermin diri hiasi peribadi... Pesanan ini adalah bukan untuk korang sahaja, tapi peringatan buat aku jugak. Semoga kita semua tergolong dari kalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah.

Jangan lupa KLIK lagi di sini, kerana banyak lagi info untuk kita pelajari bersama....

Wednesday, September 2, 2009

Cerita Bazaar Ramadhan (Part 2)

Pembaca Budiman ...

Entry ini adalah sambungan dari Cerita Bazaar Ramadhan yang lalu. So masih menggunakan format yang sama, kurang cerita, cuma gambar-gambar kuih tradisi kelantan sahaja untuk tatapan korang semua ... Jangan meleleh air liur dah ler....


Pengat Tapai ....









Jala Mas ...






Tahi Itik ... actually dah diberi nama baru tp aku sendiri tak ingat. Dah biasa sangat ngn nama ni..

Tuesday, September 1, 2009

Qariah Ramadhan ...

Pembaca Budiman ...

Aku rasa korang semua dah tahu, Kelantan di kenali dengan gelaran Negeri Serambi Mekah dari dulu lagi kerana ramai orang alim dan pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang terdapat di sini. Aku juga tahu korang tahu bandar Kota Bharu telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam. Banyak perancangan dan pembagunan yang telah dilakukan kearah membentuk dan membina sebuah bandaraya islam. Boleh dikatakan semua bangunan baru yang dibina di sekitar bandar Kota Bharu mestilah mempunyai ciri-ciri islamik, dan yang aku perasan ada kubah.

Erm.. tapi kali ini aku bukan nak cakap pasal tu, tapi tentang Qariah Ramadhan yang di adakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad. Qariah Ramadhan menghimpunkan Bazaar Ramadhan dan Pusat Aktiviti Ihya' Ramadhan. Banyak aktiviti keagamaan yang dirancang sepanjang bulan Ramadhan ini seperti forum, nasyid, tadarrus Al-Quran, majlis berbuka bersama pembesar negeri, ceramah, motivasi, solat terawih, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan sebagainya. Bagi yang nak menghulurkan derma juga boleh ditunaikan disini, boleh pilih agensi atau aktiviti yang kita suka. Senang... kiranya macam 1 Stop Centre la...

Lagi satu, kalau korang semua dan berbuka kat sini pun boleh, kalau nak yang FREE pun ada, ianya adalah hasil derma orang ramai yang berkunjung ke sini. Erm... baguskan, bukan sekadar datang membeli juadah untuk berbuka, tapi boleh plak menderma... murah rezeki. Atau korang boleh beli dan makan di sini bersama rakan-rakan, senang... tempat solat pun ada, selesa plak tu. Erm... kalau nak cuba, silalah berkunjung ke Qariah Ramadhan ni .... banyak lagi keistimewaan yang sedang menanti ...

Ok.. lah kengkawan, aku nak berhenti dulu... cam biasa, jangan lupa tau ...KLIK lagi di sini.


Suasana di Qariah Ramadhan.
Pentas Utama : Nasyid, Forum, Motivasi







Khemah ... aktiviti keagamaan dan solat terawih.