Sunday, August 30, 2009

MERDEKA

Pembaca Budiman ...

Rasanya baru jer aku menulis pasal semangat patriotik tentang sambutan MERDEKA. So apa pengertian MERDEKA bagi korang semua. Esok dah 31 OGOS, dah 52 tahun kita merdeka, apa rasa engkau semua terhadap Malaysia. Check balik, cukup patriotik ker kita semua. Kalau rasa kureng tu, erm... Adjust la sendiri. So this time aku nak share gambar PM kita dari yang pertama hinggalah yang sekarang..


Perdana Menteri Pertama
Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj








Perdana Menteri Kedua
Tun Abdul Razak








Perdana Menteri Ketiga
Tun Hussein Onn








Perdana Menteri Keempat
Tun Dr. Mahathir Mohammed








Perdana Menteri Kelima
Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi








Perdana Menteri Keenam
Dato' Seri Najib Tun Razak







Erm... Salam MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA... Laungkan seperti Almarhum Tungku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957... Klik link di bawah ni untuk dapatkan feeling Sambutan Kemerdekaan yang pertama.

Cerita Bazaar Ramadhan ...

Pembaca Budiman ...

This time aku tak nak menulis banyak, just nak upload beberapa keping gambar yang aku snap snot kat Bazaar Ramadhan... Bukan apa aku hanya nak perkenalkan kepada korang semua beberapa jenis kuih tradisi Kelantan...








Nek Bak




Buah Tanjung











Akok







Ayam Percik ... One of the famous brand



Western Food pun ada... Chicken Chop RM5.00 jer.. yang penting aku kenal Chef tu... He is trained Chef in Western Food... Try la...











Next entry aku akan perkenalkan lagi kuih-kuih tradisi Kelantan untuk tatapan korang semua... So jangan lupa KLIK lagi di sini ...

Friday, August 28, 2009

After Terawih ...

Pembaca Budimaan ...

Yer... kali ni aku nak bercerita aktiviti selepas terawih... Kita orang kat Kelantan ni, dah jadi macam satu budaya... After terawih pergi makan COLEK ( lebih kurang cam rojak la ) tapi dalam versi Kelantan. Aku bersama 2 orang rakan menuju ke port yang memang terkenal dengan COLEK ... Sesampainya kami kat sana.. Ya Allah, ramainyer manusia...

So kita orang order COLEK CAMPUR... Erm... Best la, sonok sangat kami makan, sambil bercerita... Sampai tak sedar pinggan tu kosong... Erm... Korang semua kalau nak rasa, jom la... mai Kelantan musim ni, kalau tak susah sikit... Boleh katankan benda ni bermusim, kalau dalam bulan puasa ni, orang semua macam naik hantu nak makan COLEK...

Harganya pulak berpatutan la, tapi terpulang ler apa yang korang pesan... tadi kena RM29.00 tapi rasanya berbaloi-baloi, apatah lagi makan FREE, Thank You... Lan...


Colek Campur : Ikan, Sotong, Perut, Peparu, Udang, Fish Ball dan Kerang... Slurpppp best....

Thursday, August 27, 2009

Cerita Terawih ...

Pembaca Budiman ...

Pejam celik, pejam celik dah 5 hari rupanya kita berpuasa... Erm, persoalannya adakah kita semua masih kuat menghadapi dugaan seharian berpuasa dan malamnya pula Solat Terawih... Aku sure puasa memang korang semua dapat buat, cuma darjah ganjarannya jer yang belum tahu samada gagal, lemah, sederhana, baik,cemerlang atau mungkin gemilang... Erm... sebelum tido tu letak tangan atas kepala dan muhasabah diri, konfem korang semua akan beriltizan nak jadikan esok lagi baik....

Pasal Terawih ni yang jadi masalah... Ramai member yang dok komen tak larat nak pergi terawih... Erm tu la pasal, masa berkunjung ke Bazaar Ramadhan tu, bulat jer mata pilih makanan, akhirnya tewas dengan nafsu... Aku pun kekadang tu, nak berlebihan gak berbelanja, tapi cepat-cepat belek balik plastik bag yang dah penuh kat tangan ni... Erm, nak kata apa tu.

Tapi sepanjang aku pergi terawih ni, rasanya kat Masjid Kg. Sireh ni best gak.. Walaupun lama, maklumlah, nak abiskan 1 Juzuk Al-Quran, tapi bacaan Imam memang mengagumkan dan mengasyikkan, lantang dan fasih... Masjid Sultan Ismail Kubang Kerian pun ok gak, tapi ngantuk sikit... mungkin kerana lampunya kut... Tapi kalu aku rasa malam tu memang pancit, aku akan ke Masjid Solihin kat Kubang Kerian gak, sini memang fast and furious... Rasanya malam esok nak cuba Masjid Muhammadi plak... Itu ler aku, kalau bulan Ramadhan ni aku akan menjelajah ke masjid-masjid sekitar Kota Bharu ni... Masa kecil dulu pun suka gak jelajah masjid dan surau ni, tapi bukan sebab terawih..... Morenyer... kat mana yang best, situ ler, aku and the gang berada he he he ..... Citer zaman bebudak ni, memang sonok kalau di kenang... Enjoy jer...

Ok lah kengkawan... Muhasabah diri sentiasa, cermin diri dan hiasi peribadi.

Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian



























Masjid Muhammadi Kota Bharu

Friday, August 21, 2009

Puasa La Woi.....

Pembaca Budiman ...

Esok dah puasa la... Erm jangan lupa plak berniat puasa malam ni, tapi sebaik-baiknyer waktu sahur nanti... tapi untuk kecemasan baik niat malam ni terus, mana tau... kut-kut tertidur sampai pagi kan... nanti sajer jer.... buat alasan tak boleh puasa.

Bila nak sambut Ramadhan ni, hati aku jadi sayu sikit... bukan apa teringat arwah ayah aku... Masa dia meninggal dunia tu, lebih kurang macam gini la waktunya... tapi aku pun tak berapa ingat, sbb masa tu aku baru berusia 6 tahun... dulu Umi aku selalu sebut, setiap kali tiba Ramadhan. Agaknya masa tu Umi aku masih belum dapat menerima hakikat telah kehilangan seorang suami. Tapi Umi aku ni hebat, aku adik beradik bagi gelaran Super Mom... sbb dia berseorangan membesarkan kami bertiga, sedang harta arwah ayah tidak diwarisi oleh kami semua.... sedih cerita ni... tapi malas aku nak mengenang bab sedih ni, yang dah lepas tu biarkan saja berlalu... lagi dikenang, lagi berdendam... demi hubungan darah dan sesama islam, kami anak beranak redha dengan apa yang berlaku... Al Fatihah untuk ayahnda yang amat aku rindui...

Cerita belajar puasa ni.... ha ha ha, kelakar sikit. Masa tu aku darjah dua... belajar sesi petang, sebelum pergi sekolah, aku pulun nasi cukup-cukup... bila sampai sekolah, Ustazah selalu tanya, " Siapa puasa hari ni ?... he he he Apa lagi, aku ler yang pertama angkat tangan... berlagak alim tu .... bila aku ingat kisah tu, tersenyum sendiri aku ... Aku rasa korang semua pun mesti ada sesuatu yang manis kan...

Tuesday, August 18, 2009

Yasmin Ahmad

Pembaca Budiman...

Allahyarhamah Yasmin Ahmad, tidak asing bagi kita semua. Seorang bintang seni yang telah banyak mencipta nama di persada antarabangsa. Namun berapa kerat di antara kita yang mengenali beliau dengan baik. Semasa hayatnya, arwah banyak dikritik dgn hebat melalui hasil kerjanya. Ramai yang tidak dapat memahami dan menyelami bahasa seni yang cuba disampaikan melalui karyanya. Bahkan ada juga idea yang diketengahkan mengundang kontroversi. Aku sendiri cukup kagum dgn hasil seni beliau, bahkan ada juga yang aku kritik kerana dangkal dalam menilai mesej dan idea yg ingin beliau kongsi. Astro melalui saluran khas Yasmin Ahmad Dalam Kenangan 110 ( kalau tak silap ) banyak mengupas dan memaparkan perjalanan seni, hasil kerja, keluarga, sahabat handai dan insan - insan yg mengagumi kerjanya. Sungguh hebat insan ini pada mata mereka semua. Sesungguhnya kehilangan beliau adalah satu kehilangan yg amat besar, bukan sahaja sebagai penggiat seni, tetapi sbg anak, sahabat dan warga Malaysia yg kreatif dan asli hasil kerjanya. Aku percaya hatinya sesuci hasil seninya, tingkahnya selembut tuturnya, kasihnya semanis senyumnya.... walau siapa pun Yasmin Ahmad pada mata anda, marilah bersama kita sedekahkan Ummul Kitab untuknya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan insan yang beriman... Al-Fatihah....

Solat Terawih

Pembaca Budiman...

Kalau dalam entry lepas aku cakap pasal bulan Ramadhan, kali ni aku nak cakap pula tentang solat sunat terawih. Terawih ni walaupun sunat tapi banyak fadhilatnya... lagipun setahun hanya sekali, rugi ler kalau kita tak mengerjakannya... Kalau rasa malas nak buat banyak, sikit pun jadilah... kurang-kurang untuk akaun tahun ni, nama korang semua tersenarai dalam umat yang mengerjakan solat sunat terawih... he he he... Petuanyer senang jer untuk elakkan malas terawih, masa makan tu jangan ler makan banyak sangat.... ikut nafsu orang kata... makan lah secara sederhana saja, jangan dok lahap sangat no... baiklah korang semua... berazam dan berniatlah untuk bersama-sama berterawih dalam bulan Ramadhan nanti... orang kata kalau kita berniat baik pun, dah dapat pahala, tak gitu ..... tapi kalau buat plak, lagi ler pahala tu, mencurah-curah... erm... camana tu ? fikir ler sendiri ...

Diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a daripada Rasulullah s.a.w sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat tentang fadhilat sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan :

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 :Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Maâmur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 :Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firâaun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim alaihissalam.

Malam 9 :Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 :Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah s.w.t tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam 18 : Seru Malaikat "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) "

Malam 19 : Allah s.w.t tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah s.w.t binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat dalam keadaan aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 : Allah s.w.t binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 : Allah s.w.t buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :Allah s.w.t angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 : Allah s.w.t kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah s.w.t kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah s.w.t kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah s.w.t beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”

So kengkawan... amacam, selepas baca semua fadilat di atas, apa rasa ? ... tak teringin ker nak mengejar semua tu... Erm, bagi la can pada roh kita plak untuk membina dan meneroka masa depannya... banyak tu kelebihannya. Aku harap info ini dapat memberi semangat kepada korang semua untuk memenuhkan malam bulan ramadhan dengan terawih, bahkan dengan ibadat sunat dan wajib yang lain. Semoga kita semua akan memperoleh keberkatan hendaknya. Apapun jangan plak niat pergi terawih tu kerana nak dapat fadhilat ni.. Niat kena betul.. Ibadat tetap kerana Allah, nescaya Allah akan berikan fadhilat ni semua jika kita beribadat dengan ikhlas, khusyuk' dan tawaddhuk'... Jom sesama kita perbaiki diri... Jangan lupa KLIK lagi di sini, insya-allah info lain plak yang akan menyusul..

Sunday, August 16, 2009

Ramadhan Al-Mubarrak ...

Pembaca Budiman ...

Ramadhan datang lagi, ... Ada yang suka dan gembira dan ada yang buat-buat suka dan ada juga yang gembira sebab boleh buka gerai kat Bazar Ramadhan. Aku harap kita semua tergolong dalam kumpulan yang suka dan gembira sambut Ramadhan kerana peluang ibadah yang Allah s.w.t berikan sepanjang bulan ni. Kita rebutlah peluang yang datang 1 tahun sekali ni yer... Jangan lah dok berkira sangat kalau letih sekalipun... Sabar..

Entry kali ni aku akan membincangkan Fadhilat Ramadhan. Semoga dalam aku membuat entry ni bukan sahaja memberi pengetahuan kepada aku, bahkan buat korang semua, tak gitu... aku dapat pahala, korang semua dapat gak pahala membaca blog aku ni... he he he....

Sebenarnya kekawan, Ramadhan ni adalah kesinambungan daripada bulan Rejab dan Sya'ban. Seperti yang aku cerita dalam entry lepas berkaitan dengan Nisfu Sya'ban. Rasulullah banyak beribadat dalam kedua-duan bulan ni sebagai persediaan menempuhi Ramadhan. Kiranya Ramadhan ni adalah kemuncak dari rangkaian 3 bulan ni...

Abu Hurairah ada meriwayatkan, maksud sabda RAsulullah : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat segala syaitan.

Juga dari Abu Hurairah, maksud sabda Rasulullah : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosa yang telah lalu.

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia pada hari itu dan dilarang menghampiri(bercumbu)tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

Erm... kekawan, what do you think about Ramadhan selepas korang semua baca info di atas. Rugi sakan kalau kita tak tunaikan ibadat sepanjang Ramadhan dengan khusyu' dan tawaddhu'. Aku rasa baik kita muhasabah diri kita sepanjang Ramadhan yang lalu, setiap kekurangan dan kelemahan pada tahun lepas, sama-sama kita baiki dan pertingkatkan di tahun ini. Moga-moga kita semua memdapat keredhaan dari Allah s.w.t... Amin....

Jangan lupa KLIK lagi di sini, banyak lagi info dan cerita ceriti yang boleh kita kongsikan bersama... Kalau korang semua ada cadangan untuk jadikan blog aku ni lebih informatif, bagiler cadangan... kalau terdaya akan aku usahakan... Insya-allah.....

\

Friday, August 14, 2009

Pandangan Aku ...

Pembaca Budiman...

Salam 1 Malaysia buat korang semua...

Ini hanya pandangan aku dari apa yang aku perhatikan dan aku faham, kalau berbeza dengan pandangan korang semua tu sowwy la yer... ISA atau Internal Security Act atau dalam bahasa ibundanya Akta Keselamatan Dalam Negeri. Bagi aku akta ni ada banyak baiknyer pada negara, kita tak boleh samakan negara kita dengan negara orang lain... Aku percaya di setiap negara pasti ada satu badan khas yang akan bertindak bagi memastikan isu-isu keselamatan dalaman sentiasa terkawal. Kalau US dia orang ada FBI, walaupun nama yang berbeza-beza, tapi hakikatnya tujuan adalah sama... Untuk menangani isu-isu yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan keamanan negara.

Aku rasa dalam persekitaran negara kita, ISA telah banyak membantu pihak kerajaan dalam mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Aku percaya sekiranya akta ini sudah tidak wujud, maka makin ramai pihak muncul dengan pandangan yang berbeza-beza dan mungkin menjurus kearah fitnah, hasutan, ajaran sesat dan sebagainya. Bagi aku apalah ISA jika nak dibandingkan dengan keamanan dan kemakmuran hidup di bumi Malaysia sekarang. Sanggup ker korang semua menggadai tu semua... Bagi aku orang yang menyokong pemansuhan ISA adalah kerana mereka mempunyai tujuan peribadi yang sudah tentunya menyalahi prinsip Rukun Negara...

Kalau nak dibincangkan masih banyak lagi... Just tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran dan bayangkan keindahan Malaysia hari ni, boleh ker kita beli keindahan itu semua kalau bumi Malaysia dah jadi macam Palestin, Iraq atau masyarakat melayu di selatan Thailand, atau etnik Uighur di Xinjiang China... Walau air mata darah sekalipun mengalir, apa yang hilang tak mungkin akan kembali lagi... fikir-fikir kan wahai Malaysia.

Sumthg Funny About My Boss .....

Pembaca Budiman ...

Sepatutnya 2 minggu yang mendatang ni menjadi minggu yang sangat busy bagi aku, tapi tetiba boss aku mengamuk dan tidak approve surat arahan keluar bertugas. Erm... apa nak buat aku hanya kuli jer... sepatutnya aku akan habiskan semua tugasan aku menjelang Ramadhan. Yang menyayat hati tu dia call a friend of mine yang incharge program ni dan marah-marah beserta dengan kutukan manis terhadap aku... Aku terfikir sendiri, teruknyer aku pada pandangannya ... abis apa yang aku buat selama ni tu hapa... siap berlaku ugut mengugut lagi... so untuk meredakan keadaan aku tarik diri dari semua aktiviti tu dengan berat hati... bersusah payahlah plak kawan aku tu cari pengganti... tup-tup esok bagi dia approve plak, tapi aku dapat memo jer... tapi aku tetap tak pergi memandangkan kawan aku dan buar replacement... aku tak suka betul orang cakap berubah-ubah, susah kita nak plan apa-apa kerja... Suka tak suka dia tetap boss jgak... so kalau sayang kerja baik diam jer, kuat mana sekalipun suara korang semua melawan, tapi yang menang tetap BOSS jgak... so, just shut up... tak gitu...

Thursday, August 6, 2009

Isu ISA ...

Pembaca Budiman...

Kali ini aku tertarik plak dengan isu mansuhkan ISA yang dok kecoh diperkatakan tu... Pada pendapat korang camana dengan ISA tu ... Setuju ke Tidak, ISA dimansuhkan .... komen yer ....

Nisfu Sya'ban ...

Pembaca Budiman ....

Spatutnya posting ni masuk lebih awal, tapi aku terlupa nak update. Sorry guys...., this time about fadhilat malam Nisfu Sya'aban. Sebaiknya kita baca surah Yasin sejurus selesai solat maghrib dan di ikuti puasa sunat pada keesokkan harinya. Kelebihannya adalah Allah akan ampunkan dosa kita. Kecuali dosa atas perbuatan syirik, zina dan orang yang bermusuh sesama Islam. Allah juga akan masukkan cahaya keimanan dalam hati kita. Walau bagaiamanapun tidak ada hadis sahih yang mengatakan sunat berpuasa pada hari nisfu sya'ban. Mengikut amalan Rasulullah, baginda akan berpuasa sepanjang bulan Sya'ban atau jika tidak sepenuhnya, baginda Rasulullah akan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana pada hari tersebut amalan manusia akan diangkat, dan baginda tidak suka amalan baginda diangkat ketika tidak berpuasa. Dengan kata mudah amalan sunat ni elok kita lakukan secara berterusan, terutamanya pada Rejab dan Sya'ban kerana ianya adalah sunnah Rasulullah tak kira, samada puasa atau solat sunat. Amalan ni, bukan wajib, kita buat jika kita terdaya ... dan setiap amalan yang ikhlas, pasti ada ganjarannya. Erm... aku rasa itu jer info pada kali ini... So jangan lupa KLIK lagi blog aku ni... banyak lagi tips dan info yang sedang menanti... see ya..

Monday, August 3, 2009

Jalur Gemilang ....

PembacaBudiman ...

Kali ini kita bersembang pasal Jalur Gemilang, korang semua tahukan ?... Yer... Bendera Malaysia yang kita selalu tengok tu. Secara mudahnya Jalur Gemilang ni lahir dari idea kreatif Allahyarham Mohamed b. Hamzah. Dulunya dikenali sebagai Bendera Persekutuan, kemudian Bendera Malaysia, pastu baru ler dinamakan Jalur Gemilang pada tahun 1997. Nama Jalur Gemilang ni diberikan oleh Saudara Redzuan Tamin. Bertuah dia orang ni, nama tercatat dalam sejarah negara. Korang pun kalau nak masuk nama dalam sejarah negara buat ler sesuatu yang grand gitu...

Korang semua tahu ker bila buat pertama kalinya Jalur Gemilang dikibarkan ?.... Erm... pada 26 Mei 1950 bertempat di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Nasib baik korang semua KLIK blog aku ni, dapat ler tahu sejarah Jalur Gemilang... Camtu baru patriotik beb...

Begitulah kisahnya lebih kurang... Harapan aku, kita semua akan menjadi warga negara yang bertanggunjawab dan penuh rasa kecintaan terhadap MALAYSIA bumi gemilang dan terbilang.

Lagu Keramat...

Pembaca Budiman...

Lagu keramat ? Apa tu.. semestinya lagu Negaraku. Aku tak tahu naper setiap kali aku nyanyikan lagu Negaraku, terutama sekali dalam majlis-majlis rasmi, pasti meremang bulu roma ku. Perasaan bangga dan sayang pada Malaysia jelas terasa. Kekadang tu, rasa panas mata, air mata pun nak jatuh dek kerana rasa bertuah menjadi rakyat Malaysia. Aku rasa setiap warga Malaysia mesti ada rasa bangga dalam diri sendiri, baru ler semangat patriotik tu semakin kuat dan utuh di jiwa. Kekadang aku bertanya pada diri sendiri, over react ke aku... tp tak kisah, kerana aku rasa perasaan tu bagus... Aku yakin kalau semua rakyat Malaysia sayangkan Malaysia dengan sepenuh hati, Malaysia pasti akan makmur dan maju selaras dengan kehendak wawasan negara.. 1 Malaysia 1 People ... berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Hayati lirik lagu keramat ni ...

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.

Tapi lagi malang kalau ada antara kita yang lupa lirik lagu ni... ada ker lagi patriotiknyer... Pikir ler sendiri ... kalau korang rasa bolen menyumbang lebih lagi untuk Malaysia, jangan teragak-agak... Go for it...

Bukan nak tunjuk baik, tapi sekadar berpesan-pesan agar Malaysia kita, tetap menjadi hak kita sampai bila-bila.

Sunday, August 2, 2009

Ada rasa tak ?

Pembaca Budiman...

Bulan OGOS dah masuk hari ke tiga esok.. Cuba korang check diri sendiri apa rasa korang semua bila menyambut kedatangan OGOS ? Jawab ........

Terengganu...

Pembaca Budiman...

Dalam tempoh lebih kurang sebulan, dah kali ke 3 aku berkunjung ke Terengganu kerana tuntutan tugas. Aku pun heran naper kerap sangat ke Terengganu. Kalau lain-lain tempat kan best, boleh ler aku bekerja sambil melancong.. he he he. Tapi apa kan daya, aku ni kuli jer, ikut jerlah apa yang BOSS suruh. Pekerja yang patuh, katanyer.....